Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

25 June 2013

Setiap Negeri Berbeza Ru'yah


Dari Kuraib, Ummul Fadhl Binti Harith mengutusnya kepada Mu'awiyah r.a ke negeri Syam. Kuraib berkata, "Maka aku berangkat menuju Syam, akupun telah memenuhi permintaannya. Lalu tibalah bulan Ramadan, sementara aku masih berada di Syam Aku melihat hilal(bulan sabit) pada malam Jumaat, kemudian aku tiba di Madinah pada penghujung bulan (Ramadan). Abdullah bin Abbas bertanya kepadaku sambil menyebut hilal dan berkata,'Bila kalian melihat hilal?' Aku menjawab,'Kami melihatnya pada malam Jumaat.' Dia bertanya, 'Apakah kamu melihatnya?' Aku menjawab,' Ya, dan orang-orang juga melihatnya. Mereka (orang-orang di Syam) berpuasa dan Mu'aqiyah juga berpuasa bersama mereka.' Lalu Ibnu Abbas berkata,' Akan tetapi kami melihatnya lagi."Lalu aku bertanya,'Apakah tidak cukup bagi kamu dengan ru'yah Mu'aqiyah berserta puasanya?' Dia menjawab,"Tidak, demikian Rasulullah memerintahkan kami." (Yahya Bin Yahya ragu-ragu dalam lafaz hadis, cukup bagi kita atau cukup bagi kamu.)

Hadis Riwayat Muslim 3/126-127

Keutamaan Puasa



Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman, "Semua amalan anak Adam(manusia) adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberi pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia berkata keji dan kasar. Jikaada orang mencaci atau memusuhinya, hendaklah dia berkata, Aku sedang berpuasa.' Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya! Sungguh mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya minyak kasturi. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan iaitu; kegembiraan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa Tuhannya, di mana dia bahagia dengan (pahala) puasanya."'

Hadis Riwayat Muslim 3/158