30 December 2011

Menggunakan Pendrive Sebagai RAM


IKUTI LANGKAH-LANGKAH INI :
1. Masukkan pendrive pada port USB..
(Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik)

2. Klik kanan pada 'My Computer'..

3. Klik 'Properties'..

4. Klik 'Advanced'..

5. Klik 'Settings' pada bahagian 'Performance'

6. Klik 'Advanced'..

7. Klik 'Change' pada 'Virtual Memory'..

8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda..

9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik 'OK'..

10. Restart PC anda..selesai!

11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi 'ReadyBoost' yang terletak pada 'My Computer' juga..

10 November 2011

Update

Assalamulaikum...

Uiks,dh lama aku tak update blog aku nie. Al maklum lah dah jadi tunang orang. hehe.17/9/2011 aku telah menjadi tunang orang kepada orang perak. Namanya aku xnk bgtau lagi laa.. hehe. Rahsia. Lepas kahwin baru laa aku bagitau. Pada 22/11 - 23/11 aku kena pergi kursus kahwin. Tak pergi lagi,so terpaksa laa mintak cuti daripada boss walaupn keadaan projek sekarang semakin sibuk. Projek didalam peringkat Pra-Penyerahan.

So setakat ini xde lagi aku nak update blog aku. So harap2 aku dapat kembali blogging coz dah agak lama aku tinggalkan dunia blog nie...


Assalamulaikum...

05 August 2011

18 SX - Kesan Buruk Pornografi Kepada Otak Manusia

12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memper****hkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.


Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.


8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.
Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.
Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :

a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.



14 June 2011

Cara Nak Bypass Sekatan SKMM

Bodoh punya SKMM nak menyekat penggunaan internet dengan memblock pengguna internet daripada menggunakan perkhidmatan seperti The Pirate Bay,Megaupload,Fileserve seperti yang tertera didalam surat yang dikatakan confidential.

Disini ada tunjukan bagaimana nak bypass sekatan daripada SKMM


This steps works for me until today (as at 14.06.2011) to access all the SKMM blacklisted address.

ISP: P1 Wimax
Proxy: 100% not using proxy in any method
Web Browser: Firefox 4.0.1

~ Result: ~
- Accessable to any filehoster (SKMM already blacklisted) + UL & DL.
- Torrent? piece a donut @ karipap. http @ https encryption? no problem
- Most targeted are Fileserve, Piratebay, Megaupload.. few steps below can bypass although i'm not virtually p**n.. ahakz
- Bottom line is as tom already said "block macam mana sekalipun aku dan rakan-rakan IT yang lain still leh masuk"

Windows 7 steps (mirror.. mirror on the wall, hope this steps will unblock you all)

00: shortcut: press Windows+R then type ncpa.cpl
01: go to Start > Control Panel > choose Network & Internet > Network & Internet > Network & Sharing Center
02: on your left side there is a link "Change Adapter Settings" and click
03: right-click on you local area connection > choose properties and it will pop out as you see in picture above
04: choose the Internet Protocol version 4 (not TCPIP v6)
05: google for any free dns on the net, copy the number and fill in the box (big circle in red)
06: CHECK the "validate" box and ready to rumble the SKMM internet road block!

Windows XP steps (mirror.. mirror on the wall, hope this steps will unblock you all)

00: shortcut: press Windows+R then type ncpa.cpl
01: right-click on you local area connection > choose properties
02: highlight Internet Protocol then press the Propeties button (as shown in PICTURE 1) and a window will pop out as shown in the next picture
03: google for any free dns on the net, copy the number and fill in the example box
04: press ok and get ready to rumble the SKMM internet road block!


Kredit To Seekfinger@Jiwang.org

11 May 2011

RE tak buat kerja

Setiap kali meeting agak panas laa bila nak mengadap RE(Resident Engineer) aku. RE yang tak tahu apa kerja dia. Boleh pulak dia mintak dengan aku kiub test selepas 5 bulan habisnya kerja-kerja konkrit. Takde akal ke RE aku neh. Sepatutnya selepas sebulan ko memang kena mintak dengan aku sudah. Bukannya tanya aku balik selepas 5 bulan habis kerja konkrit. Bongok sungguh. Dah laa tak pernah witness test kiub.

Tadi dalam meeting Pengarah JKR Kelantan, Ir.Syed Abdul Rahman B. Syed Abdullah datang ketapak menjadi Pengurusi Majlis dan ini kali pertama Pengarah JKR mempengurusi mesyuarat Jabatan Audit. Hehe.

Bagus gak pengarah baru. Turun padang sendiri. Hehe.

Tp bukan nak cerita tentang pengarah JKR kelantan yang baru. Tp kebongokan R RE aku. Tadi memang kena atas batang hidung RE aku dimana Pengarah JKR menegur akan campur aduk mesyuarat tapak dengan mesyuarat teknikal. Sepatutnya diadakan mesyuarat teknikal, so Mamat RE aku nie cakap ada la. Tp bos aku menyamput dihadapan para panglima JKR memang ada, tahun lepas. Tahun ini belum ada lagi. Maknanya selama 5 bulan tak pernah ada buat mesyuarat teknikal. Ini bermakna Mamat RE tak buat kerja.

Dia seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab jika hendak mengadakan mesyuarat teknikal. Dia berkata bahawa JKR @ Arkitek yang patut mengadakan mesyuarat teknikal bukan dia. Tp JKR & Projek Arkitek tidak tahu menahu masalah yang ada ditapak sehingga kontraktor mengetengahkan isu tersebut. Dia berkata lagi Arkitek yang leading projek, memang betul,tp siapa kuasa siapa yang lebih besar di tapak RE @ Clerk Of Work Arkitek? Bodoh betul. Tapi bila nak kemukakan Non Comfirm Product(NCR) C.O.W yang melaporkan dan RE yang mengesahakan NCR. Klu begitu, baik RE yang melaporkan kepada C.O.W dan C.O.W akan mengesahkan. Tak begitu? Heheh

Selain itu juga ada beberapa masalah major diantaranya dibahagian Aras servis yang sepatutnya menjadi pelantaian sepertimana didalam lukisan arkitek, tp apabila direfer lukisan Civil & Structure tiada lukisan pelantaian malahan lukisan teperinci. Dari segi design, consultant tidak mengemukan sebarang design. Kitaorang yang design sendiri. Apa nak jadi,jadi laa... Bila kontraktor kemukakan masalah mamat RE tak bagi jawapan. Hanya secara lisan. Namun kepada siapa tu aku tak tahu.


Yang 1st gambar tu adalah lukisan arkitek yang ada tulis pelantaian pada aras servis bagi perletakan air-con. Manakala didalam lukisan CnS kelihatan pangkah (x) bermakna ada ruang kosong.

Selain itu juga consultant cns terlupa untuk meletakan tiang padatempat sepertimana didalam gambar dibawah.
Yang aku bulatkan putih itu adalah perbezaan. Perkara kecikan? tak taruh tiang pn takpe sebab lukisan sudah disahkan oleh jurutera professional. So kitaorang abaikan lah semua itu sehingga laaa....

Bila nak masuk part trusses. Apabila nak membina trusses barulah kami sedar akan kegunaan tiang itu untuk support trusses diatas. Namun nak buat cm mana,sudah terlewat. Takkan nak buat tiang baru pulak. Saiz tiang adalah 300x300. Kemudian pembina & pembekal trusses membuat 2 jenis design dengan design pertama membuat 5 lajuran trusses dan siap dicop oleh jurutera professional. Kemudian apabila dibina, mereka mengeluarkan satu lagi drawing untuk menambah satu lagi trusses. So seperti biasa kontraktor proceed asalkan mendapat kelulusan daripada konSETAN. Bahagian trusses itu telah siap pada bulan 12 2010 lagi. Namun geng2 penjahat ini, konSETAN baru tahu terdapat kersilapan pada awal bulan 5 2011. Ramai yang menyedari termasuk C.O.W Arkitek,C.O.W Mekanial,PM,site supervisor dan aku terdapat keganjilan pada design tersebut. tapi masing mendiamkan diri kerana konSETAN CnS menganggap diri mereka sudah hebat.

Keganjilan ini disedari oleh apabila Project Arkitek berkenaan trussnya. Sememangnya trusses itu tidak silap pihak conSETAN CnS tidak memberi apa-apa peringatan semasa pembinaan dan selepas pembinaan atau semasa orang-orang kerja masih ada lagi disitu. Namun selepas 5 bulan baru pihak konSETAN sedar akan kesilapan kontraktor. Lantas diaroang mengeluarkan memo kepada main kon berkata terdapat kesilapan pada trusses. So kitaorang pn mengakui kesilapan, namun disebalik kesilapan tu, sebenarnya kami mahu mengelakan daripada bocor. Namun mereka yang lebih arif dan pandai lagi bongkak bertegas laa. Apabila dikeluarkan memo aku pn balas berkata telah mengkut plan yang telah diluluskan oleh diaorang. Tapi kata salah pulak. Lepas tu diaorang balas cm mana erk, memang agak tidak munasabah alasan dimana mereka hanya meluluskan bahan tapi bukan plan. Kerana plan telah dicop oleh jurutera professional, so diaorang kira sudah lepas tanggungjawab diaorang.

Walaupn bang bung pang sana,pang sini aku mempersoalkan apa yang mereka lakukan,dimana mereka sewaktu pembinaan dan mengapa mengambil masa lebih 4 bulan lebih untuk mengeluarkan memo sebegitu dan tidak mengeluarkan NCR? Sebaliknya mengeluarkan memo?

Sekian,sahaja...terima kasih.

P/S : Betapa desperatenya diaorang tadi siap kasi resume lagi kepada project arkitek nak suh mintak tolong carikan diaorang kerja. Jual diri. Dah laa tak pro langsung. Menyusahkan semua orang

09 April 2011

Memory Indah



Saje jek post ini sebab aku tengok kawan aku post video kat facebook dia. Teringat aku kemanisan bersama dengannya. Hilang beban jiwa seketika. Yang paling tak tahan hari aku dengar lagu ini kerana bos aku pakai lagu ini wat ringtone. hehe... Naik aku cemburu laks nak pakai ringtone cm nie.

04 April 2011

Boleh Sakit Mental

Boleh sakit mental aku hari-hari begini. Makin lama pendam makin tertekan. Kalau diluahkan takut ia akan hilang. Seperti tajuk lagu shahir - kebahagian dalam perpisahan. Tapi tak tahu bahagia atau tidak, kerana aku takut akan kehilangannya.

Sekiranya aku kehilangan dia, maka hidup ini hanya sia-sia sahaja, menjadi mayat hidup. Menjadi manusia yang tidak ada perasaan,yang tidak ada tujuan hidup, tiada arah tuju, gelap dan sebagainya. Tanpanya aku sesat. Sekali sudah cukup menyiksakan,jikalau kali kedua berlaku lagi maka aku menjadi mayat hidup.