29 April 2010

Birds has Feeling Too







Apakah perasaan kita jika kita menjadi seperti burung dibawah ni:)
ingatilah:)

16 April 2010

Lelaki Malaysia pilih wanita seberang isteri kedua

MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali, berkata 31 pasangan berkahwin Januari lalu, Februari (29) manakala Mac (32) dan hampir semua mereka beragama Islam.

Beliau berkata, ada juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri asal masing-masing.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.
"Ramai calon isteri mereka adalah janda yang sudah beranak dan wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali dan selepas berkahwin isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia. Mengikut Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri itu layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak pasangan berkenaan automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia untuk menikahi wanita warga negara asing.

“Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana kematian isteri pertama," katanya.

Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera pula sangat kurang. Sebagai contoh, pada Mac, hanya dua pasangan bukan Islam berkahwin.

Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. - Bernama

P/S : Agak-agak apa rumusan yang boleh dibuat dari berita di atas?

12 April 2010

Sabri Lidah Biawak

Gerammnya aku hari ini...Memang aku geram sungguh dengan Sabri Setan,Sabri Lidah Biawak,Sabri Keling...Mana taknya aku geram...Dulu time aku hantar form SPK on the spot,dia complain xde masa nak check form yang aku buat. Kemudian dia suruh aku hantar awal sikit walaupn kerja kat tapak belum siap.

Tapi sekarang,bila aku siapkan awal form dan hantar awal, complain pulak,kerja kat tapak belum siap, kenapa kasi awal pulak. Suruh tunggu kerja kat tapak siap baru kasi kat dia form. Itu yang aku hangin satu badan. Tak ke manusia macam itu dikategori sebagai lidah biawak. Bukan aku sahaja yang complain, malah pekerja buruh pn complain sebab susah sangat. Besi nak kena berus laa biar berkilat laa dan sebagainya.

Kepala sub-kontraktor pn kawan lama dia jugak memang nak marah sebab susah sangat nak puas hati dia. Entah laa,aku xtahu nak cakap apa sebab dia nie laa manusia yang paling payah sekali nak berurusan.

Resident Engineer pn lebih kurang sama jek. Pemalas,hari-hari main komputer,main internet. Drawing diaorang banyak masalah, banyak yang tak tally dengan drawing arkitek. Bila ada yang tak sama,last-last ikut drawing arkitek. Sekarang aku dah tahu dh, kalau ada yang tak sama, ikut drawing arkitek jek lah. Diaorang pn bukannya berani membuat keputusan pn.

Awal bulan hari tu, RE suruh aku ubah report bagi next month punya report. Bahagian Kelulusan Bahan. Katanya aku tak masukkan tarikh bila bahan-bahan mendapat kelulusan. Kemudian aku on the spot bagitau dengan projek manager aku sebab time tu dia pn ada skali dalam bilik consultant. Terus Projek Manager aku ambil File Kelulusan Bahan dan dia bagitau semua tak bagi tarikh kelulusan termasuk dengan boss dia sekali. Yang bagi tarikh hanyalah consultant Mekanikal. Consultant C&S ke, Consultant Arkitek ke,tak pernah nak reply tarikhnya. So bila aku bagi cadangan tulis kt tempat kosong, "Via Phone" Semua orang tak setuju. Takpe, aku nak tengok report next month cm mana.

Kemudian tadi COW complain kata aku tak hantar result test kiub yang original kat diaorang. Aku dh hantar lama dah yang original, diaorang jek yang letak merata-rata seperti kertas-kertas kosong. Bagi aku,buat apa aku pegang lelama yang original. Kalau hilang tidakkah menjadi masalah. Lepas aku pergi ambil result test kiub kat IKRAM, aku terus fotocopy satu salinan untuk aku dan yang original aku bagi kat RE. Ada satu ketika, aku masuk bilik diaorang,check dalam file test kiub,hampeh, result bulan 2 lagi. Result bulan 3 entah mana diaorang letak. Ari tu RE tanya aku,aku ada buat salinan untuk aku. Aku pn jawab ada laa. On that time aku dh tau,mesti nak pinjam file aku sebab result diaorang pn entah kemana. Patut laa tempat kerja dia dahulu,boss dia panggil engineer lembu.

Nanti sampai masanya diaorang cakap consultant bagi muka sangat kat kontraktor,padahal diri sendiri tu tak betul. Hari-hari dok bersenang lenang

01 April 2010

Aku Kecewa Dengan Kau A

Ari nie aku sakit kepala start dari pagi sampai laa kepetang. Gara-gara tak cukup tidow. Pagi tadi aku bangun pukul 4 sebab terlalu panas dalam bilik aku walaupn hari hujan. Ini menyebabkan bilik aku menjadi kedap dengan udara panas yang dihasilkan oleh PC dan badan aku nih.

Bangun pagi tadi tonton cerita Police Story 3 : Supercop yang dibintangi oleh Jackie Chan. Lepas tu tepat pada masanya habis jek cerita tu, azan subuh berbunyi. Lepas solat aku terus tido. Tak sampai setengah jam aku nak terlelap mak n ayh aku panggil suh turun kt umah. Diaorang nak gi Cameroon Highland. Al-maklumlah,sekarangkan musim cuti sempena birthday raja kelantan yang sedang gering. Sambutan gitu-gitu apek jek...

Lepas diaorang kasi amanat semua aku pn balik bilik untuk sambung tido. Malangnya aku tak dapat tidow jugak. Last aku pergi kerja awal pagi. Huhu, dengan sakit kepala berkerja siapkan report bulanan. Belah petang aku pergi laa basuh kereta baru. Kotor bukan sebab aku masuk site, tapi jalan depan umah aku dikorek tapi dikambus dengan tanah jek. Ini kontraktor yang pasang cable maxis laa nie menyebabkan umah aku dan jiran-jiran yang lain habis berdebu.

Seperti biasa bila aku pergi kemana-mana orang tanya berapa harga no. Aku belasah jek harganya...hehe..beberapa ratus jek. Hehe. Semasa tengah tunggu basuh kereta, aku teringat ada satu perkara aku nak selesaikan kat site. Nak datang site esok memang malas sebab hari jumaat,hari untuk beristirehat dan sebagainya. So dengan kereta yang baru basuh aku terus pergi ke site.

Kemudian sampai site aku cari site agent aku nama Mamat. Cari-cari mamat aku terjumpa 2 pasang selipar iaitu selipar mamat dan selipar Ayu. Aku nak masuk jugak tanya direct. Tapi sebelum aku buat apa-apa aku buat-buat pergi tanya boss aku, Mamat ada kat mana. Dia cakap kat sebelah....Hurm...Lepas tu aku tak leh nak fikir panjang sebab kepala aku pn sakit sepanjang hari, aku cuba bukak pintu.

TERKUNCI!!!

On that time,apa yang aku tengah fikirkan!!! Marsyallah...Xnak sebut aku perkataan itu. Agak terguris jugak aku kerana bukan Mamat bersama-sama dengan Ayu dalam bilik tu. Tapi terguris dengan Ayu. Budak baru lepas SPM sudah pandai berdua-duaan didalam bilik. Memang tak dinafikan dia membuatkan aku agak tertarik kerana akan personalitynya seakan-akan "you know who".

Kemudian aku turun padang, tengok ada 2 buah kereta iaitu mak saudara ayu dan bapak saudara ayu pulang dari entah kemana. Tetiba dua orang itu muncul entah dari mana. Aku tengok ayu memegang tuala manakala Mamat nampak semacam pucat. Ah, whatever lah. Aku agak bersimpati lah dengan ayu. Muda-muda sudah hendak berdua-duaan. Walaupn bukan malam,tapi kenapa mesti didalam bilik.

Aku tahu sejak awal lagi, Mamat memang ada hati dengan Ayu, it's better i back off from this kind of feeling. Well, she's only 18 years old, and im hoping that she will get into the university. I want you to fell how does to live in University. It's fun and enjoy. Don't waste you time by doing such thing. After or during you at University, that is the time to find ur own couple. Trust me, I have been through a LOT