05 January 2018

Mimpi Seram

Kembali menjelma setelah hampir setahun menghilangkan diri. Skg trend ramai dh main facebook,twitter,wechat,bigo dan lain. Memblog dh tak femes dh sekarang. Tapi aku still cuba memulakan kembali memblog.

Disini aku nak cerita pada malam kelmarin aku telah bermimpi yang sangat ngeri,seram dan sangat takut. 

Apabila aku melelapkan mata, aku mimpi bahawa aku telah mengalami kemalangan jalan raya dan kemudian aku sangka aku masih hidup dan masih berjalan diatas muka bumi ini seperti biasa. 

Lebih kurang macam filem Karak. Berlaku kemalangan lepas tu gi sana gi sini, last2 aku dapat tahu bahawanya aku telah mati dengan kepala terputus. Korang boleh bayang kan perasaan aku time tu. Rupanya time itu aku dh mati dan banyak perkara yang belum aku selesaikan, tanggungjawab aku lagi. Dosa-dosa kecik dan besar...

Ya Allah, aku bangun dalam keadaan sangat menyesal. Tak kira dosa besar atau dosa kecil yang telah aku buat. 

Sehingga sekarang aku mengalami kesusahan untuk tidur sebab takut untuk menutup mata.

Semoga aku tidak leka dalam dunia yang sementara ini.