31 December 2008

Good Bye 2008, Welcom 2009

Tahun 2008 banyak meninggalkan kenangan yang manis dan pahit...Tapi aku fikir kenangan manis lagi banyak dari kenangan pahit. Antara kenangan manis tahun 2008 ialah

1) Aku bersyukur pasal dapat praktikal di JKR dan diketemukan oleh seorang supervisor yang cukup berpengalaman. Memang dia telah memberi impak yang besar dalam hidupku.

2) Aku dapat A dalam Latihan Industri seterusnya, menaikan pointer aku. Hehe...

3) Diketemukan oleh Game Galaxy seterusnya menjadikan aku addict meneruskan cabarang game Galaxy nih...hehe. Disamping itu juga dapat member lagi ramai melalui game galaxy nih...dari yg tak kenal,leh jadi kenalan rapat...

4) Dapat berkenalan ng Cik D :-D (kekasih pink) n aju (kekasih gelap) ... hahaha

5) Dapat 1st kerja sebagai engineer...Tp pegang 2@3 title yakni projek engineer,site engineer, part time quantity surveyor... di Bharun & Associates...Memang sibuk sampai tak sempat nak makan bila start kerja nih... n I like it

6) Konvo jugak aku akhirnya di Unisel dalam Degree in Civil Engineering dan Dapat jumpa member2 yg hampir setahun terpisah especially kwn baek aku Camel n Elyn-X...huhu. Makin lawa diaorg nih.

7) Birthday ari tu,aku dapat satu ala2 gambar berserta ucapan yang paling best tahun nih...hihi. Mmg akan aku simpan smpi biler :-D.Xpenah org kasi kt aku cm tu

8) Aku tinggal keseorangan dirumah selama 2 bulan pasal parent aku pergi Mekah menunaikan haji...huhu..syok giler.

9) 1st time bayar bill api,air,astro,streamyx pakai duit sendiri. Terasa kepuasan...huhu...Pelik kan? Sebelum ini parent bayar semua bill,pakai duit diaorang..tp kali ini,pakai duit sendiri...huhu. Puas hati laa. Kalau asyik guna duit mak bapak, cm xbest n semakin byk membazir ada laa. Bila pakai duit sendiri baru kita akan hargai duit yg kita usaha sendiri.

Kenangan pahit pulak tahun 2008 ialah

1) Kadang-kadang teringat kat ex-gf

2) Kadang-kadang lalu depan dia on the way pergi n balik office

3) Jumpa orang-orang yg sombong/kedekut dalam alam pekerjaan.

Hurm...itu jek lah yang pahit...hehe

Perkara yang aku asyik dok fikir sejak akhir-akhir ini dan event pada tahun depan n tahun seterusnya ialah satu sahaja, iaitu :

Perkahwinan/kawen/nikah..

28 December 2008

Shopping Sakan....

Kelmarin hari sabtu,lepas aku habis kerja,shopping sakan aku...huhu.. antara item yang aku beli ialah :

Ini baju,brand apa brand aku dh lupa,antoni kot..hehe


Seluar Brand Camel...teringat ng sang Camellya...hehe


Baju brand Swaczer


Seluar brand Snaill


Stokin brand murah



Baju Jeans Mustang

Seluar Camel = Rm69.95
Stokin Murah = Rm16.90
Baju Swazser = RM36.90
Mustang Jeans = Rm71.90
Baju Antioni = Rm37.73
Seluar Snails = Rm59.90

Total = RM293.28

Huh,tak cecah gak RM400. Aku budget nak cecah Rm400,namun tidak kesampaian...mmg aku bukan jenis kaki shopping lah. Aku beli yg brand murah pn saje jek..bukannya nak pakai pi jalan2...wat pi office n site jek. Nak jalan-jalan memang aku tak sempat laa. Stokin pn aku beli dalam RM16.90 tp dlm tu ada 4 pasang.Hehe

23 December 2008

Maxis ke Celcom

Mulai hari ini aku bertukar ke celcom. Dh 2 minggu aku tunggu nak tukar dan sekarang baru dapat tukar.

2 minggu lalu aku pergi kedai celcom untuk tukar telco@operator. Tapi yang peliknya hari tu, dia suruh isi nama, ic ng tandatangan jek. Kemudian aku balik opis tanya ada sorang accountant,pasal dia buat pertukaran telco jugak, katanya taruh nama,ic,no tepon n signiture. Tapi org tu tak mintak laa no telefon daripada aku. Pelik gak aku time tu. Tapi aku biar jek lah,pasal malas nak pergi 2x.

Last2 hari nie aku pergi jugak kat celcom center lepas meeting kat Pasir Mas tentang pra pembinaan klinik meranti. Terus tukar, katanya kena tunggu 3@4 hari untuk tukar. Tapi tak sampai 12 jam diaorang sudah tukar. Bagus pulak servis celcom nie. Cepat dan pantas.

Kenapa aku tukar ke celcom? Pasal PDA aku reject sim card maxis....bengang jugak. Sebelum nie tak reject, tetiba reject pulak sim card maxis..pelik. Siap tukar lagi sim card baru takut rosak,tapi reject jugak. Aku rasa server maxis telah downgrade kot.... Tapi masuk dalam hp sony eriksons aku ok pulak.. Tapi sony aku nak kasi kat org hajatnya pasal org tu nak hp biar laa 2nd pn.

Nak beli no celcom baru,sayang nak tukar pasal member2 dh ramai tahu no aku nih...

17 December 2008

Lagu Window XP Tersembunyi

Tadi sambil aku jalan-jalan cari lagu untuk upload,terjumpa lak satu post kat forum nie. kasi tau ada lagu yang tersembunyi dalam window xp... aku dengar cm best jek lagu nih

Carayanya cm ini:

1.C:\
2.Windows
3.System32
4.Oobe
5.images
6.Found song name ,,title,,


Good Luck mencarinya :-D

15 December 2008

Kena Tag ng Sting

a) 7 fakta tentang aku

1. Umur 24 tahun
2. Single
3. Berspecky
4. Suka buat lawak, tp selalu tak menjadi...haha
5. Try to say to myself "Never Say No"
6. Suka dengan perempuan,pasal kena kawen ng perempuan,takkan kawen ng lelaki
7. Suka berambut pendek



b) 7 perkara menakutkan aku di duniawi ini

1) Takut kehilangan orang yg disayangi
2) Takut terjerumus kelembah maksiat
3) Takut ditipu
4) Takut takde internet :-D
5) Takut hilang upaya
6) Takut hilang kawan
7) Takut terlampau miskin @ kaya



c) 7 lagu yg paling aku layan

1. Sum 41 - Pieces
2. Enrique Iglasias - Maybe
3. Eminem - Till I Collaps
4. Ungu - Kekasih Gelapku
5. Shin Seung Hun - I Believe
6. Ronnie - Pejamkan Mata
7. Letto - Ruang Rindu



d) 7 perkara yg aku selalu sebut

1. Assalamualaikum
2. Waalaikumussalam
3. Hello
4. Ok
5. Saya
6. Bye
7. Jom!!!



e) 7 perkara yg bernilai bg aku...guess wut??

1. Family
2. Kawan-kawan
3. Keretaku
4. PDA
5. Laptopku
6. Internet
7. Katilku...ahaha



f) 7 pertama kali dalam hidup aku...

1. Start couple pada tahun 2001, dan end pada 2007,1st time jgk clash
2. 10/9/2008 1st time dapat official kerja selepas habis belajar dari Tadika sampai ke peringkat U
3. Kereta kancil ialah 1st car aku
4. Laptop M-Life 1st laptop aku beli dengan duit sendiri
5. Home alone selama 2 bulan
6. 13/12/2008 1st time buat pembayaran bill melalui internet.huhu
7. 1st time ambil SPM tahun 2001



g)7 org untuk siapkan tag ni...lalalala

Takde sape aku nak tag kan...haha... malas pulak

Apa benda nie?

Hari Khamis minggu lepas,aku pergi laa site pasal ada sembahyang hajat sempena permulaan projek Klinik Kesihatan 3, kemudian aku ada kenal laa dengan pekerja boss aku. Dia ada promote aku satu benda... aku nak korang teka apa benda nie....


Ia ialah diperbuat daripada kayu .......... . Cara nak pakai? kita minum airnya. Taruh air dalam cup kayu tu,tak kisah laa air masak @ air panas @ air sejuk ke, tinggal dalam 15minit,kemudian minum...

Aku pernah merasa...pergh,pahit gila babas. Mula time aku try letak lidah kt cup tak rasa sangat pahit,pasal yg tukang jual tu cakap, pahit...tp aku try letak lidah tak pahit pn...terasa cam kena tipu jek. Apapn aku beli gak pasal dia tu pekerja @ tukang kebun boss aku. Klu dia tipu aku,senang jek nak cari,pi umah big boss,claim balik duit.

So semalam aku try...taruh air suam,pastu terus aku minum cm air masak...skali pahit giler...lagi pahit dari ubat2 yang pernah aku makan...Cikang,betul lah dia tu cakap. Tak tipu,memang pahit.

Katanya khasiat kayu nie,leh kempiskan perut,ubati sengal2 urat dan macam lagi2. Aku beli ng dia dalam RM12 n mengikut statement dia,kalau beli kat kedai2 diaorang akan jual dalam Rm25-RM30..mahal gak. Katanya jugak, barang nie di import dari indonesia tapi diambil dari Johor

Cuba korang teka,cup ini diperbuat dari kayu apa...huhu

14 December 2008

Kereta Yang Aku Rasa Nak Beli

Tadi on the way balik kerja,terfikir pulak nak tukar kereta...Ternampak satu kereta yang buat jantung aku luruh...Kerete tu pergh,terasa jek aku nak beli,tp maybe 6 tahun akan datang kot bru aku boleh beli.

Tetiba aku terlintas kereta apa yang aku nak beli pada masa akan datang, iaitu :

Ini kereta yang aku tengok tadi..pergh,seksi ah...


kete nie aku beli pasal nak save minyak jek...nak gantikan kancil aku yg sedia ada...hehe..boleh menyelit dalam kesesakan pn boleh. Hehe...


Yang nie pulak,proton satria neo.Masa-masa 1st keluar aku memang target aku nak beli yang nie. Tp last2 terpaksa tukar kereta lain pasal org kata kereta proton banyak makan minyak..huh,tukar lah. Kereta neo nie memang nampak sporty...aku pn suka. Modeffied sket,kasi lowed ke.

Ini lak,kereta yang aku mimpi nak pakai. Tapi dalam mimpi pn tak terpakai. hahaha iaitu Aston Martin

13 December 2008

Selamat Hari Keputeraan Yang Ke-24

Selamat Hari Keputeraan yang ke-24,diucapkan kepada aku sendiri...hehe. Umur telah bertukar ke 24 tahun... huh...dh 24 tahun aku hidup didunia nie... Lepas nie apa nak buat yek.

Start kul 00.01 pagi banyak aku terima ucapan happy birthday. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang mengingati birthday aku nih. Kalau tak silap,tahun nie tahun yang paling ramai orang wish kat aku...

Banyak aku terima ucapan melalui sms pn ada,melalui ym pn ada,melalui shoutbox2 forum,friendster,myspace pn ada..fuh,banyak lah...terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada korang semua.

Time birthday nie best laa bergayut, pasal dapat buat call free kemana-mana nombor,tapi terhad kepada no. maxis sahaja... So apa lagi, nak jek bergayut dengan-dengan orang tersayang. Mula-mula call si camel,tapi dia sibuk pasal tgh kerja,dia mtk call malam..huhu, apa lagi malam tu bergayut memang tak hingat laa... dekat 2 @ 3 jam bergayut ng dia. Lama giler, hati pn puas dapat dengar suara dier... aku nak call si elin belah petang tu,sibuk jek...aku pn jd takut nak call tgh malam...kot2 minah tu tido awal ke. Huh, aku nak call aju,isk,pemalu tahap gaban pulak..org lawa jual mahal sikit...hak hak hak...

Time borak-borak ng camel selama 2jam,semua hal-hal keluar dari hal peribadi,sampai laa hal-hal office...dia siap cerita sorang mamat gay kat office dia... haha..memang lawak n aku tak perlu risau klu dia satu bilik ng sang gay tuh...comfirm tak kena goda. haha...

Tahun nie,aku tak dapat apa-apa hadiah, tp aku dapat something yang paling best...tak pernah dibuat orang... apa benda itu ? mms daripada camel. aku rasa mms dari dia laa yang paling best aku penah dpt. huhu..thanks camel...

So what next? kawen kah aku? haha...

09 December 2008

Penatnya Hari Raya Aidiladha kali Ini

Fuh,raya korban tahun ini memang penat gila gabas...start hari pertama lagi sudah penah... Pagi raya tu aku bangun pukul 5.00 pagi...sebelum subuh tuh. Agak shocking aku bangun kul 5 pagi. biasanya aku bangun kat2 kul 6.30 pagi cm tu. Ini tak,1jam sebelum subuh aku dah bangun. Mana taknya orang surau dah on start takbir hari raya jam 5.00. Bangun-bangun itu teringat aku dengan hari raya aidilfitri. Haha...

Bangun-bangun tu terus aku mengadap pc,survey website sboutbox torrent.Sikit jek ada orang...hehe. Mereka yang tidak dapat pulang ke kampung. Aku suh laa diaorang nanyi lagu balik kampung.Haha. Lepas tu smayang subuh kemudian aku turun dari rumah pukul 7 pagi. Pasal aku kena tolong abg aku dia mengerjakan korban di Pasir Mas,rumah ibu kak iparku. Siap pakai baju raya tahun lepas lagi. Baju itu mengingatkan aku sang camel yg memaksa aku pakai baju tu time gathering raya. Hehe.

Sampai Pasir Mas dalam kul 7.40am. Semua orang rumah belum mandi dan ada anak saudaraku belum bangun lagi. Haha..Awal giler lah. Jam sudah menunjukan hampir 8.30,so apa lagi rushing laa aku ng abg aku pergi masjid. Nak tunggu semua memang tak sempat kto. huhu...So habis sembahyang balik rumah mak kak ipar aku,salin pakaian untuk ke tempat korban.

Sampai jek tempat korban ada 4 ekor lembu yang sedia untuk dikorbankan. Besar-besar laa pulak lembu tahun nie aku nengok. huhu. Lembu pertama dan ke-2 selamat disembelih,tp lembu ke 3 lambat sedikit disembelih pasal orang yang nak melakukan "korban" iaitu pembelian lembu kena tangkap dengan polis pasal seludup beras. haha...aku mengeleng kepala bila dengar. Malam raya kena tangkap,keesokkan tak dpt bt upacara korban. So dia wakilkan kepada isterinya...Aku nengok isterinya masam muka jek. Fuh,mana tak marahnya, kena tangkap ng polis/kastam sbb seludup beras. tp kejap jek tu dalam lokap.Seludup beras jek,bukan seludup orang. Heheh...

Abg aku dapat lembu jantan kali nie. Lepas kena sembeliah,tolong laa siat daging. Fuh,memang penat jugak siat daging lembu nie,kena buang "baju"nya dulu,baru boleh ambil daging... Dh laa aku dapat pisau tumpul,kejap2 kena asah dgn batu pengasah,aisey... penat gak. Hampir siap tu tangan aku menggeletar pasal sendi-sendi aku jadi lemah pulak. Huhu,lama tak angkat berat.

Siap siat daging lembu sekitar jam 1 tghari, balik laa umah mak kak iparku tuh. Lepas tu lepak2 jap,jam 2 ptg aku balik laa rumah pasal nak pergi umah boss ng umah mak saudara n umah kawan aku. Sampai rumah dalam jam 3petang. Lepas tu tetiba boleh lak landing atas lantai dan siap terlena lagi pasal time aku nak landing tu,hujan renyai-renyai....Dengan tak mandinya aku terus tido...memang penat giler lah. Lepas tu aku terlena dalam sejam lebih tengok dh pukul 4.30...hujan lebat kat luar,bestnya tido...so aku terfikir laa nak pergi ke tak rumah boss aku kt wakaf bharu. Kalau aku pergi,comfirm sangkut dalam traffic jam especially kat jambatan tuh. Argh, mesti balik lambat...so aku tak pergi n aku hanya pergi rumah makcik aku jek...Umah member aku pn tak pergi jugak pasal aku terlampau penat sangat disiang hari. Nak pergi malam pn tak larat...hurm...

Malam tu aku ambil masa rehat tetiba si camel online...pelik gaks... hehe,lepas tu dia terus offline.So aku wat status "Camel Sembunyi"....bru dia reply. Borak-borak ng dia pasal dia,couple dia and so on,coz lama dh tak chat ng dia. Rindu bangat ng dia... Dia pn cakap aku skg makin nakal...Haha...memang kot makin nakal. Umur dh besar n gatai pn makin laa... Hehe... pe pun aku tetap syg ng ko camel. Kekeke... Tolong cari awek cm jasmin hani erk...jasmin hani sdiri pn boleh gaks...walaupn janda...Hahaha. Sorry lah camel semalam aku janji nak call tp tak tercall pasal terlena depan tv pasal aku ada something nak kasitau ko n advice dari ko coz ko sentiasa panjang akal...


Hari nie pulak aku kena pergi 3 jemputan makan-makan.Tapi menjadi 4 jemputan.isk...aku sorang jek tuh.

1st jemputan umah kakak aku pi makan nasi rumah dia,lauk ayam pedas. Kemudian pergi pulak ke Pasir Mas rumah mak akak ipar makan daging korban semalam. Lauk daging jek lah... Lepas tu on the way balik rumah, ada jiran aku panggil makan rumah dia pasal dia buat akikah...15 minit kemudian lepas aku sampai rumah,kawan aku ajak pi kfc makan kfc...dia yg belanja. Isk,perut baru isi,nak kena isi lagi. Kemudian malam nie pulak sepatutnya aku pergi rumah mak saudara aku pergi makan jugak. Tapi tak terpergi jugak pasal aku letih sangat. Pergi makan-makan... Esok jek lah pergi rumah mak saudara aku tuh..ari nie penat pasal drive dan kenyang gila...lauk yang makcik aku kasi n kak ipar aku kasi pn aku tak sentuh lagi.Peram dalam peti ais...isk isk isk...

Esok mintak2 jadi deting ng cikgu esok...haha @ classmate aku lah...korang jangan salah paham pulak...lawa woo...kekeke

04 December 2008

Ada Orang Nak Carikan aku.... ?

Kelmarin dulu aku dapat sms dari mak su aku...dlm sms tu,mengatakan orang itu hendak mencari isteri untuk aku. Siap ada criteria tuh... tak tahan las... criterianya, profesion cikgu, n anak kelantan. pergh,tak leh blah siap ada criteria... lepas tu aku balas balik sms tu, kata kat mak su aku ckp, orang tersebut ada kat.... tunggu diaorang balik laa,bru leh sms. kemudian mak su aku call. aku ingatkan maksu aku salah hantar sms,tp orang itu yang hantar sms kepada mak su aku. Mintak tolong carikan aku isteri...tak leh blah la..nak tercabut isi perut aku gelak...

lepas tu termenung kejap dalam office,apa hal laa nak sampai ada criteria sampai cam tu sekali. huh. ikut suka aku laa nak yang cam mana. nak yang jadi cikgu ke,tukang masak ke,haper ke. who's cares and by the way, im still not prepare to be somebody husband. not until 2010 or 2011. I still got plenty of work that i want to do. At least wait until i am age 26 coz now iam only 24... Beside that, iam not a good man... like to play@geli especially ng aju...hak hak hak...wat gossip lagi nih(aku xmo buang nama ko aju). Haha...

Kumpul duit,enjoy2,beli pc latest pc dulu ke,kerja sepenuh hati...tak mahu ada lagi lain-lain tanggungjawab. Not prepare nak tanggung anak orang lagik.

29 November 2008

Enrique Iglesias - Maybe



If I had one single wish,
I'd go back to the moment I kissed,
you goodbye. No matter how hard I tried,
I can't live without you in my life.

Maybe you'll say you still want me.
Maybe you'll say that you don't.
Maybe we said it was over.
Baby I can't let you go.

I walk around try to understand,
where we went wrong and I can't pretend,
it wasn't me, it wasn't you.
But I'm convinced we gave up too soon.

Maybe you'll say you still want me.
Maybe you'll say that you don't.
Maybe we said it was over.
Baby I can't let you go.

Nothing left to lose after losing you.
There's nothing I can take.
When I run to you, when I come for you,
don't tell me I'm too late.

Maybe you'll say you still want me.
Maybe you'll say that you don't.
Maybe we said it was over.
Baby I can't let you go.

http://rapidshare.com/files/168561806/14-Enrique_Iglesias-Maybe.mp3

22 November 2008

Sedih Bila Berpisah Dengan....

Hari ini aku kerja 2 jam setengah sahaja kerana untuk menghantar ibubapa aku keairport. So sampai dalam pukul 11.30. Flight pukul 2. So biasa laa pergi awal sikit... takut ada apa-apa yang berlaku ke. It better going early compare going late. Sampai check in laa semua barang. Hanya 2 beg sahaja dicheck in. 2 bag lagi,diaorang nak bawak.

Sementara menunggu flight kul 2. Aku,2 org akak aku n abg aku bwk pi makan KFC dekat tingkat atas airport. So pergi laa. Makan2 lepak2 kejap. dekat Pukul 1,kitaorang turun laa bawah pi kot2 dh nak gerak ke.

So bila dh nak masuk pintu berlepas, semua bersalaman laa... Salam dengan ayah aku dulu.mintak maaf banyak... dan yang paling sebak bila bersalam dengan ibu kesayangan aku. Memang air mata aku mengalir bila bersalam dan memeluk mak aku. Aku memang tak boleh tengok ibu aku menangis, tapi harap2 baginya tangisan itu tangisan gembira,bukan tangisan pilu @ sedih. Selama 2 bulan aku terpaksa berpisah dengannya kerana mereka pergi menunaikan Haji di Mekah.

Sewaktu on the way balik, kenapa aku boleh terkenang. Perasaan sedih itu sama seperti aku kehilangan bekas teman wanita aku dahulu. Tapi tak mengape lah. Semoga ALLAH S.W.T melindungi IBU BAPA ku semasa menjalani ibadat HAJI.

21 November 2008

Kenapa Saya Musim Hujan ?

Kenapa saya suka Musim Hujan ?

1) Kerana boleh tidur dengan nenyak @ berhibernate

2) Sejuk....of cos laa

3) Leh tengok air banjir @ Pesta Air dekat tambatan diraja secara PERCUMA

4) Leh pak baju tebal-tebal

5) Kerete pun cuci, jimat duit untuk basuh kereta. Skg aku parking tgh hujan jek. huhu

6) Pasal aku suka bawak kereta dalam keadaan hujan

7) Dapat buat kerja dalam keadaan sejuk

8) Terasa seperti duduk di negara orang

9) Dapat makan putu halba...pergh,masyuk...

10) Mungkin ada pertunjukan jet sky di Tambatan Diraja

15 November 2008

Cuak Semalam

Semalam aku cuak gila bila PDA aku buat hal...Ceritanya begini

Semalam,aku download satu software nama HTC Plugin. Functionnya untuk papar something laa kat screen. So lepas download tu,aku transfer la kat PDA aku nih. Time nak install ok jek,xde masalah,kemudian dia suruh restart. Aku pn OK sahaja laa....bermula laa part yang mencemaskan. Bila restart tu,lepas masuk jek Window,tak sempat aku nak tekan no pin sim card,dia restart secara automatik skali lagi. Mula, aku ingatkan weng apa pulak. So aku dh cuak dh sikit situ, kemudian aku tekan button OFF dia tak mahu off. Tahap kecuakan semakin memuncak, apa lagi, cabut battery laa apa lagi.

Lepas cabut battery kemudian pasang balik battery tu aku on balik PDA....Zassssssss!!!!!!!! menjadi lagi,dia keep on restarting...aku dh cuak dh...Gila lah,takkan nak hantar ke SIS(Kedai repair). Jauh tu kedai nak repair, kat Shah Alam...memang cuak lah aku. Nak tido pun tak lena. Aku siap posting kat forum.lowyat.net kasi tau permasalahan aku nih,cm mana nak buat. xdep orang reply, almaklum lah,jam waktu tu dah pukul 12.30. So aku ingat kot-kot ada orang nak reply coz aku tgk Baronic ada online, hope dia boleh tolong aku laa,skali jam dh pukul 1, dia pn tak reply-reply jugak.Lagi laa aku cuak...isk,gila lah. Mana taknya beli mahal-mahal,skali rosak software.

Yang aku rungsingnya takut kena hantar ke SIS jek untuk repair. Risiko nak menghantar tu lagi, Risiko dia nak hantar balik kat aku lagi... leceh n merbahaya laa...Last-last aku ada satu idea, aku open manual book check untuk reset samaada untuk SOFT RESET @ HARD RESET. Mula-mula try soft reset, cm xjadi jek. Kemudian ada manual untuk HARD RESET, klu HARD RESET nie maknanya semua maklumat akan dalam PDA akan hilang laa and the most valuable thing is no phone Cik D ng alamat rumah dia....Sedih laa,nak kena mintak balik ng dia. Lepas tu baca sikit ada tanda warning, kemungkinan akan dihantar ke kilang untuk buat default setting. Aku sudah fikir, baik aku go through jek. Aku ingat nak kena hantar ke kilang untuk install balik Microsoft Window Mobile tu. Fikir-fikir mana laa aku nak cari Microsoft Window Mobile nih. Bukan seperti cd-cd window XP yg boleh download @ beli kat kedai. Isk,lagi laa tension...so aku pn ambil risiko untuk buat HARD RESET jugak...

Nak buat HARD RESET kena tekan button Kiri dan button Kanan kemudian cucuk lubang SOFT RESET sampai dia keluar screen comfirmation untuk buat HARD RESET. So apa lagi,go on sahaja. ambil masa dalam 15minit sahaja. So, dalam hati memang ingat lepas buat HARD RESET mmg kena hantar pergi kedai untuk setting window. Sekali tak payah hantar kedai. Microsoft Window Mobile still remain. Fuh,lega gila rasanya. Pasal yang penting skali MWM tu laa yang untuk run program apa-apa. Ia reset semua perkara,data-data,no phone semua hilang laa. macam brand new PDA. Sedih pn sedih jugak pasal gambar-gambar konvo ada jugak dalam tu n yang paling sadis alamat umah Cik D laa..adus,kena mintak balik.

P/S: Semalam dapat no tepon aju,punya laa payah nak gosok/gentel, tapi malam tu jugak hilang...Aju ko pakai ilmu apa nih?

14 November 2008

Gambar - Gambar Konvo

Gambar-gambar convocation aku telah sampai....ini adalah antara gambar convocation yang telah dari camera aku...huhu


Suasana Ditapak Convo


Dengan Dayang-Dayang


Future's Engineer





Snapshoot sendirik sambil menunggu penganugerahan.


Miss. Craby Patty


Wat apa aku ambil blkg diaorang nie, Blkg Camel ng Bala



Farid a.k.a Joe ng Aku


Elin-X, Syaril @ Mat Bangla(mengikut makwe dia laa) Camel n Aku's



Albert Chong ng Aku


Camel,Faizal,Aku n Elin


AKu ng Syaril


Elin,aku ng Syaril


Faizal,Elin, Chan The Tak Pasti n Aku


Suasana bukan main meriah lagi


Yet another view


Mek nie laa yg selalu suka cubit haku dengan tangan besinya. Alhamdulillah time konvo dia tak keluarkan bisanya...


Camel ng Elin


Classmate Semua


Classmate lagi...


Aku,ayahku akak ku n abg iparku


Taken by kakaku..kekeke


Depan dewan unisel


Sorang-sorang laa pulak yeks...hehe


Aku ng adik nuar...hehe


Dibawah pokok yang rendang



Senyum tak hingat lah...kekeke



Aku ng elin yg suka bergambo


Gambar Selepas Touch-up


Gambar family untuk kenangan abadi...huhu. Sadisnya mak aku tidak dapat hadir sekali sebab kesihatannya yang tidak mengizinkan dia datang sekali

12 November 2008

Song Of The Week

Dah 2 hari aku dengar lagu ini....terbayang sesuatu yang romantik bersama-sama dengan orang yang tersayang... tapi wajahnya masih kabur.

http://rapidshare.com/files/163039474/Forever_In_Love.mp3

Akan ku hadiahkan lagu ini untuknya jika ditakdirkan aku bersama dengannya

11 November 2008

Obat hye Obat....

Aduh,sejak balik dari konvo penyakit datang menimpa bertalu-talu.... sekejap demam, sekejap batuk, sekejap selsema...isk. ramai sungguh org tak sihat...SickBoo pn tak sihat,tp dia takpe...Dr. leh dpt obat free... kita nie rakyat biasa,kena beli obat.

3 hari yang lepas aku pi farmasi pergi beli ubat untuk selsema, antibiotik dan ubat batuk..dh nak habis,tp penyakit belum kurang-kurang lagi. Semalam,dapat rasa batuk cm dh takde...tp bangun pagi tadi, bila start menghirup udara bangun pagi,terasa tekak nie satu kelainan...aku pn dah terfikir...alahai,sakit tekak lagi...isk..tension sungguh. Kat office asyik batuk-batuk memanjang jek. Air sejuk tak sentuh langsung. Minum pn minum air suam-suam sahaja. Beli Tea O suam kt kedai bawah office. Tension pulak dah.

Around jam 4.30 aku call abg aku...tanya umah dia ada ubat batuk dan selsema...dia cakap ada. Aku pn fikir, cun lah,jimat duit aku. kekeke. Sampai umah dia,ubat untuk selsema ada sepapan lagi,tp ubat batuk alahai,sket jek. 2 kali makan lagi,habis laa ubat tu. Esok abg aku akan kasi ubat yang baru.

So malam tu yakni malam ini(pasal aku ini malam) try makan ubat. Kuat gak ubat yang abg aku kasi nih. Bau pn memang kuat berbanding ng ubat yang aku beli kat farmasi. Katanya seeloknya klu makan ubat batuk nie(bentuk liquid) tak yah minum air. Pasal nak kasi cerna kat tekak tu. Make sense jugak n kena ikut laa kata dia pasal dia pn doktor jugak. Ubat pun dapat free...kekeke...

Sekarang tahan laa sikit. Sebelum ini nak minum air suam/mineral pn agak susah sebab sakit tekak...isk,sakit tekak laa yg paling aku kurang suka. Nak bercakap kat office pn susah. Suara pn jadi sengau pasal campur dengan selsema. kalau aku karaoke memang hancur dia dengan suara sengau aku nih....

05 November 2008

4 Day Convocation Vacation

Day 1
Pagi tadi aku bertolak dari kuala lipis selepas subuh. Pasal tkt lewat nk pi ambil jubah. Bwk punya laju dari lipis ke unisel smpi dlm kul 9. 3jam jek perjalanan..huhu. Sampai tu aku pi chanseleri nk ambil jubah..skali nk pi ambil jubah,kena isi satu borang sl selidik dalam internet...bru aku teringat. Borang soal selidik tuu patut diisi pd 27/10, tp aku leh lupa lak...pasal sibuk berkerja. Lepas isi borang tu, kn lak pi bendahari. Skali dia ckp ada hutang lg sebyk RM280. Fuh seb baik ada duit dlm wallet.

Tp yg peliknya,sblm ini xde pulak nk bgtau...last-last cm gini bru nk bagitau. Yg lagi aneh,diaorang kata aku xbayar duit hostel semasa sem 2, time aku dok shah alam. Bangong sungguh. Lepas tu aku ckp laa,ada satu ketika, aku ada Byr,tp resit manual. Lepas tu diaorg pn checking lak mmg ada satu yuran yg dibayar secara manual, tp tak tulis untuk apa. Bodoh sungguh diaorg nie. Dalam resit manual tu, dalam RM300. So klu betul yuran rn300 tu skali yuran pendaftaran,maknanya diaorg refund balik kepada aku sebanyak RM280. Tp yg aku risau diaorg suruh aku pi ambil duit tu kt bendahari...mmg aku maki lh klu dia su bt cm tu. So balik nie aku perlu faxkn resutit yg dibuat secara manual tu...menyusahkn org sungguh...

Lepas settle tu, bru la,aku leh ambil jubah kemudian, aku pi masuk dewan tgk apa yg best kt raptai...hehehe. Terasa best lak konvo pasal bila naik pentas pakai kad. Yg unik kad tu ialah, bila nk naik pentas kita touch kad tu cm kad touch n go. Bila touch kad tu kt mesin, nnti akan kedengaran nama kita dipentas n nama kita akan tertera kt sceen..changgih gak...hehe..

Lepas raptai tu, kt luar dewan, jumpa balik semua kw-kwn yg telah pisah lama...chewah, cm jejak kasih lak...hehe. Jumpa ng nuar, pastu faizal,bala, daniel, eddy, elin, camel, syaril n ramai lg. Yg paling mengejutkn ialah elin...gila lh, dia dh krus gilet lh minah tu..slim shady giler lh...keke. Mmg berbaloi dia pi SPA hbskn rm2.5k...huhu..caiyok..

Lepas tu pi The Curve lak pi shopping cari tir. Lupa nk bawak untuk konvo..hehe. Yg bestnya pi the curve pakai GPS pda aku nie. Sebab aku ingat2 lupa jalan nk gi the curve. Smpi the curve, jumpa lagi si daniel n adik dia n maknya...hehe..cum she adik daniel...hehehe ...jng mrh erk daniel. Bkn nk tacke, tp nk adjust yg comfirm xdpt...hehehe ... Kitaorg pi the curve sambil2 nk tunggu ayah aku smpi kt airport subang. Nak pi airport subang dari the curve, lagi laa,aku xtau. Terpaksa bergantung 100% kpd pda aku nih.. Mmg useful lh pda yg ada gps...hehe. Lepas ambil ayah aku kt airport terus kitaorg pi hotal de palma. Gi stu pn pakai pda gak pasal sama-sama tak tahu jalan...hehehe.

Esok lak aku sambung cerita...nk tido lak. Penat... Hehehe

P/S: tadi aku sms dynaz nk jumpa, tp smpi skg dia xbalas lg...isk3... Dapat ke aku nk berjumpa ng dia dlm masa 3 hari nie?



Day 2

Selamat hari konvo untukku...hehehe. Finally aku konvo jugak akhirnya.setelah 3tahun study degee in civil enginering. Hari ini aku ng family aku turun dalam jam 10 pagi. Turun awal sb nak cari jalan ke highway guthry. Semalam kn cari manual sbb software pda aku xberfungsi disiang hari...pelik sungguh. Akhirnya jumpa jgk jalan nk ke unisel ikut highway.

Sampai tu aku nk terkucil lak,berdebar katakn...hehe.so pi laa toilet dlm dewan. Aku msk ikut pintu tepi sbb pintu depan ada guard. Yg part mengejutkn time aku nk pi toilet, kn lalu depan bilik VVIP. Skali time aku lalu datin rosmah ng org2 kenamaan kuar dari bilik VVIP. Yg bestnya pulak, guard bt xtau jek ng kehadiran aku pasal, aku pakai blazer time tu.. Mmg datang dgn smart siap pakai kot lg tu. Cuma slack kt tie jek pasal xpakai tie.then bodo jek lah. Selamba jek join orang2 kenamaan, tapi dok dibarisan last skali...hehe. Bila semua dh kuar, apa lg..cepat2 laa aku pi tunaikan hajat..hehe.

Lepas tu aku tunggu ketibaan kwn2 aku. Org 1st yg aku nampak ialah albert chong..huhu. Kemudian, sorang2 aku nampak yg hadir. Punya laa lama nak tunggu kaunter ambil kad yg aku ckp sblm nie akhirnya bukak jgk kaunter kad tu. kat2 45 minit lepas ambil card, bru leh masuk dalam..aku dh berpeluh gila lah. Mana taknya, 3 lapis baju iaitu jubah,kot, ng kameja. Pakai tie pulak tu lg bt aku tensen n lg bt aku cepat berpeluh.

Semasa kat dalam tu, terasa sejuk sikit ng air cond yg kuat membara...hehe. Penganugerahan untuk civil ialah bahagian ke-3. Sorang demi sorang naik mengikut nama yang telah disusun. Klu ikut nama yg disusun memang aku laa yang last skli pasal nama aku zulfikri. Hoh..lau dpt 4.0 pn nama dok last skali...biar lah.aku tak kisah tu...hehe.

Majlis penganugerahan tu, aku pn berjalan keluar dengan penuh gembira...huhu. Kuar jek dewan. Terus aku bergambar ng classmate..haha..syok gile n happy. Lebih dari sambut hari raya. Dpt bgambar ng camel,elin, faizal,bala,syaril,farid, anuar dan sebagainya... Sorry geng klu nam korang tak disebut. Pasal lepas nie mmg payah@x jumpa dh ng diaorang nie.

Habis jek bergambar ng member2, bergambar ng family lak. Tp kejap jek sebab ayah aku dpt panggilan sbb mak aku masuk hospital. Kena jangkitan kuman. So ayah aku pn apa lg, rushing nk kejar flight firefly, naik kt subang. Time nk blah tu, aku nampak farah n camel tgh bergambar. Aku ingat nk join tp nk buat cm mana. Keadaan tak mengizinkan. Sorry lh farah n camel. Aku sempat bergambar ng tok guru aku jek, pasal dia mmg minat bergambar. Hehe.

On the way balik pda aku nie skali berjasa, sbb memudahkan mencari jalan balik kehotel. So tinggal laa aku sorang kt de palma hotel sorang2..

Malam tu aku sms laa ng dynaz igt blh jumpa ari nie. Tp ktanya sibuk nk prepare tok xm..haha, biarkan lah dia. Aku tau dia malu/xnk jumpa ng aku..hehe sudah biasa ng alasan budak2 muda nih...hehe

Esok lak aku sambung...nak pi mana erk esk. hehe


Day 3

Hari ini aku pi shopping window atau lbh dikenali sebagai jalan-jalan. Hehehe. Mana aku pergi jalan2? Mula-mula aku pergi lowyat, lepas tu fikir-fikir balik barang apa yg aku nk beli kt lowyat. Semua gadjet yg aku nk skg dh ada. Hp, pda, laptop, external hardisk, psp apa lagi...kira-kira seua hampir complete. Cuma tinggal pc jek aku belum nk beli. Tp cm malas jek nk beli pc sbb...byk faktor lah.

Lepas pi lowyat masuk dlm Sg. Weng. Masuk xsampai 5minit terus blah. Xde ada yg aku n beli. Pastu fikir2 balik, baik aku pi midvalley...mana-mana tau jumpa barang@orang best ke. Hehe... So pi laa aku midvalley. Habis floor aku pusing saje nak habiskan masa. Nk shopping, consultant aku keja ari nie... Lepas tuu baru aku teringat bahawa aku ada sorang kwn yg kerja dekat Comic Mart(kedai comic). Jumpa ng dia jap borak-borak sampai pukul 4ptg.

Lepas borank-borak aku pn balik laa. Lepas penat berjalan sakan sebab lepas nie mmg payah dh aku nak datang kl sbb kerja kt kelantan. Kira ari nie ari last la aku jalan-jalan kt KL.

On the way balik hotel tuu, aku singgah jap kt pkns SAC Mall ng Alam Sentral. Beli Mcd ng air coke. Lepas tu balik laa aku kt umah. Malam tu aku tibai laa Mcd nih.

Malam tu aku anta sms kt dynaz yg berbunyi cm ginie

Dlm setahun 365 hari mimpikan awak, 8760 jam fikirkan awk, 25600 minit rindukan awk, 360000 saat sygkan awk, .......................... 2 minit reka sms ini untuk trik awk. hehe.

Lepas tu dia balas korang tau apa? Katanya org lelaki mmg cm tu. Suka mempermainkn perasaan org ppuan. Aku tergelak jek bila baca msg tu...haha. Pastu aku bagitau yg dia lom knl lg sape aku...haha. Aku mmg lah laki. Tp bkn species gay. Terfikir gak nk balas "baik sy jd ppuan klu awk fikir cm tu"...haha. Lepas tu diam jek dia. Biar lah dia. Mmg betul lah mimpi yg aku alami tgt dynaz...mmg xleh caya. Kecewa gila ng mimpi yg aku alami tgt dynaz...

Abis sms tu aku lepak-lepak main psp 2@3 roung pastu tido. Pasal esok nak pi bertarung ng UNIHELL


Day 4

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak urusan dengan unisel. Hampir actually boleh diconsider selesai laa.

Berhempas pulas belajar bagai nk pecah kepala akhinya dapat jugak sijil degree aku. Belajar selama 3 tahun,xtually 4 thn tp dh skip 1 tahun, habis sudah. Bagaikan neraka belaja diunihell..huhu. Berperang ng management, bertungkus lumus settle prob study dan sebagainya.

Cerita aku hari ini pulak, turun ke PKNS dalam jam 9.30am. Tumpang si elin nk ke unisel. Nk tumpang bala menyusahkn dia pulak dari sg buluh melencong ke shah alam,cm byk kerja pulak. So aku tumpang elin pergi unisel.

Sampai-sampai sahaja diunisel terkezut gila aku tgk kt bendahari. Punya laa ramai student nak settle yuran. Aku igtkan dak-dak konvo, tp dak2 yg nk ambil slip xm. Mula-mula aku pergi hantar jubah, pastu dapat kad kuning mengatakan aku dh anta jubah. Kemudian gi ambil gambar konvo pulak. Lepas tu part yg paling sakit skali, nk kata hilang tak jugak, tp terlupa bahawa sehari sblm konvo aku gi bt pembayaran, tp diaorg tak kasi balik surat pengesahan. Aku pn xtau kt mana nak serah yg aku tau cop pengesahan sahaja. Aku dh start nk mrh dgn nk meninggikan suara...so diaorg ckp ambil surat pengesahan yg kosong dekat unit konvo. So pergi laa aku kt unit konvo tempat aku ambil jubah n anta jubah. Semua aku nampak perempuan, pastu aku terus aim sorang abg tu yg agak lembut sedikit pasal previous experience dealing ng org pepempuan merewet. Mmg cm tu pn. Cop pengesahan dh dapat cuma kehilangan borang tu jek. Lantas abg tu bagi borang kosong n cop unit konvo. Senang jek kerjanya. Klu ng perempuan mmg menyusahkan teramat sangat. Hehehe. Kemudian pi laa ambil cop pengesan. Skema sungguh diaorang nih. Isk... Then beratur laa aku kt tempat nak ambil sijil degree n transkrip aku. Lepas check nama dh betul bru dpt secara rasmi, terus aku sematkan sijil degree aku dalam folder yg diberi sewaktu upacara konvo. Huhu.

Kemudian keadaan menjadi kelam kabut sikit sebab 2 org kawan aku ada perselisihan faham sikit. Akak yg bagi official sijil tu tak ckp habis dengan 2 org kwn aku.

Kesnya cnie, kitaorg kena byr RM250 untuk konvo processes sijil dan sebagainya. Tp bendahari cakap kt diaorng bahawa RM250 tu akan dipotong direct dlm acc diaorang. Orang lain xde potong2 bt bank in ke unisel so ada laa slip pembayaran tu. 2org kwn aku nie xde slip. So kn laa mtk slip pengesahan. mula2 dapat slip tp untuk pengesahan boleh konvo. Akak xnk, bru dia cakap pengesahan untuk ambil sijil. Mmg panas jgk la2 org kwn aku tu. Cm kena permainkan jek.

Lepas dapat sijil tu aku temankan kwn aku pi ambil cop untuk dapatkan transkrip. Semua cop lepas kecuali library. Mengikut kata akak library katanya kwn aku tu ada pinjam 3 buah buku. Tp xhantar smpi sekarang. Yg lebih peliknya, buku tu dipinjam pada 24/12/2007. Time tu kitaorg bru start praktikal. So akak tu ckp dia akn bincang ng boss library hari jumaat nie. So good luck kpd kwn aku tersebut.

Lepas kes kwn tu yg bagaikan xde kesudahan, apa lg, balik laa. Dh kt pukul 3.30am. Dia pn nk kn masuk opis n aku pn nak kena kejar flight aku. Kot terlepas. Almaklumlah ini 1st time naik flight..hahaha. Sebelum pergi ke airport subang aku singgah laa dulu kt putra makan jap. Mula-mula ingat nk singgah kt kl central nk makan, tp difikirkan balik mesti ramai org nak naik train nk ke pelabuhan Klang. So aku pi laa mkn fast food kt Putra. Lepas tu aku pergi ke Subang Jaya n dari situ aku naik taxi pergi ke airport. Cas yg driver taxi kenakan ialah RM20. Entah mmg rate tu mg betul ke tak, belasah sahaja.. 1st time n last time. Sampai subang aku main belasah jek cari mana tempat nk check in... Sbb airport tu tgh rennovation lg... Sat lg abg aku dtg ambil kt airport.

27 October 2008

Penat Shooping

Fuh, penat jugak hari nie selepas shopping...walaupun shopping 2 barang jek,tp ada benda lain yang lebih memenatkan...Hehe.Iaitu makan

Ingat makan pn tak penat ke ? bila makan terlalu banyak ia akan menjadi penat yang teramat sangat...Hehe. Mana taknya..kul 11 aku kuar nak pi shopping,pastu teringat ada 2 org member perantau balik ke kampung,haha..so apa lagi,ajak laa diaorang join skali shopping teman n tolong aku shopping sempena SPECIAL OCCACTION minggu depan..hehe.Nak tahu apa Special Occation tu tunggu laa minggu depan,aku post pulak.Hehe..

Tadi aku pi shopping baju kemeja brand Alan Deleion dengan kasut baru yang agak berkilat2..hehe. Tapi bagi aku,bukan part shopping yang paling best. Tapi makan bersama-sama member-member...Itu yang paling best sekali. Yang lebih best lagi,bila kita belanja diaorang. Sebelum ini orang belanja kita, sekarang kita lak belanja orang. Semacam best pulak...hehe. Aku belanja diaorang makan Pizza. 3 orang,tp order untuk 4 orang makan,haha...mana nak habisnya...pizza pn tinggal 6slice lagi..banyak tuh. Last si Tg. Ezran yang bawak balik semua. Klu aku bt balik,nak buat apa..Perut dah kenyang sudah..hehe...kalau boleh bawak balik sup mushroom tu mmg aku nak bawak balik jgk...keke.

Punya laa lama makan dengan Tg. Ezran dgn Mekti,sambil makan,sambil borak...mmg tak kering gusi laa bila makan ng diaorang nih..Besh giler...Last time jumpa ng diaorang time raya ke 3 ke raya ke 4...pastu dh jumpa dh...Cm dh tak jumpa setahun pulak..padahal bru tak jumpa sebulan...hehe..itu laa dinamakan persahabatan yang akrab. Sebulan bagaikan setahun lamanya...hehe

Macam-macam borak,sampai ke Waiter pn masuk gak. Kita orang makan kat Pizza KB Mall n ada sorang waiter nie muka cm Rafique. Kenal tak dengan cerita Dairi Ramadan Rafique tahun lepas dan 2 tahun lepas? Muka diaorang seperti adik dan abang dan time tu laa mata mekti...pergh,meliar aku nengok mata dier..haha. Mentang-mentang ko single boleh laa ko nak meliar wahai mekti...haha... Si Tg. Ezran pulak femes pasal awek yg dia bergambar. Gambar itu ada dalam friendster dier.Cun jgk laa kwn dia tu. Mana taknya, part-time model ng KRU. Tp boleh percaya ke ? entah laa,percaya jek lah.Bukannya rugi pn. Seronok pun ada.Hehe...

Apapun hopefully dapat laa jumpa ng korang lain kali. Lagi ramai lagi bagus ... Peace

22 October 2008

2 Kejadian Berlaku Hari Ini

Mana satu yek nak dimulakan dulu...

Aku mulakan dengan mimpi besh... aku nak cherita,mimpi nie nak kata best,besh klu diikutkan nafsu,tp klu diikutkan rasional/hati mmg patah hati,1000x patah...bangun2 sedih giler ... haha...Last bila bangun tu,syukur alhamdulillah mimpi semata-mata...

Second lak, siang tadi aku pi maxis center,nak pi buat setting untuk mms,gprs dan 3G untuk PDA aku nih. Skali masuk dalam maxis center tu,pergh,ramai lak awek-awek cun. Sempat duduk kejap jek dah kena panggil ng sorang awek. Time tu lidah aku kelu tak tau nak cakap apa(pasal awek cun). Mula laa gagap-gagap cakap dan sebagainya n yang paling tak leh nak kaver, telinga aku merah membara, FAIL!!!! keke. Kalau dia perasan memang fail laa ... keke... itu sahaja cerita aku ari nie...Esk lain pulak cerita... hehe

20 October 2008

Kecantikan Lelaki dan Perempuan

Sambil-sambil tengah surf dalam friendster(yang jarang sekali aku buat),ada artikel yang menarik perhatian aku... So aku ingat,nak copy and paste jek kat blog aku untuk tatapan semua pengunjung blog aku nie...



Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda
Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah
Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wallahualam

19 October 2008

HTC TYnT II

Setelah berhempas pulas,memilih PDA, akhirnya aku berjaya juga membeli PDA yang aku idamkan selama ini. Hehe ... Best pakai PDA nie,hanya untuk orang yang berminat memakai sahaja laa. Kalau yang tak berminat tu,memang tak best pakai. Dan aku rasa berbaloi dan puas hati memakai PDA brand HTC TYnT II nih. Hehe

Ciri-Ciri PDA HTC TYnT II A.K.A HTC Kaiser


Operating System: Windows Mobile 6 Professional AKU 0.2.0
CPU: 32bit Qualcomm MSM7200 Chipset
CPU Clock: 384 MHz
ROM capacity: 256 MB (accessible: 145.24MB)
RAM capacity: 128 MB
Display Type: color transflective TFT , 65536 scales
Display Resolution: 240 x 320
Display Diagonal: 2.8 "
Microphone: mono
Speaker: mono
Audio Output: Proprietary jack
Cellular Networks: GSM850, GSM900, GSM1800, GSM1900, UMTS800, UMTS850, UMTS1900, UMTS2100
Cellular Data Link: CSD, GPRS, EDGE, UMTS, HSDPA, HSUPA
Call Alert: 72 -chord melody
Vibrating Alert: Supported
Positioning Device: Touchscreen
Keyboard: Slide-out QWERTY-type keyboard, 41 keys
Directional Pad: 5 -way block
Jog / Scroll Wheel: Pressable rotary scroll wheel
Expansion Slots: SDIO, microSD, TransFlash
Serial: RS-232 , 115200bit/s
USB: USB 2.0 client, 60Mbit/s , USB Series Mini-B (mini-USB) connector
Bluetooth: Bluetooth 2.0
Wireless LAN: 802.11b, 802.11g
Multimedia Telecommunication
Analog TV: Not supported
Analog Radio: Not supported
Satellite Navigation
Built-in GPS: NMEA 0183
Built-in Digital Camera
Main Camera: CMOS sensor, 2.8MP
Autofocus (AF): Supported
Built-in Flash: Not supported
Secondary Camera: CMOS sensor, 640x480 pixel
Battery: Lithium-ion , removable
Battery Capacity: 1350 mAh

Seperti yang aku cerita pada POST yang lepas, aku usha-usha dulu dalam forum lowyat,pastu cari dalam lelong.com.my... tapi aku kurang percaya sedikit dengan user dalam lelong.com.my. Tapi entah kenapa aku boleh pergi beli dengan user bernama siaokialeong. Pasal boleh dipercayai kot walaupn user baru. Aku pn mula-mula was-was jugak nak beli. Pasal,user baru...bru nak berjinak dengan jualan internet nie. Takut gak kena tipu. So usha lagi sedetail-detail,last-last aku gamble sahaja beli PDA dengannya. Katanya dia dapat PDA tu dari distributor. So aku lagi laa convince nak beli dengannya pasal kalau beli dengan distributor sure dapat murah sikit daripada jual kat kedai. So beli laa aku dengan user bernama siaokialeong. Sebelum sampai tu,siaokialeong ada cakap dengan aku satu perkara,dimana harga yang aku beli dengannya tak sama dengan harga dalam resit. Sebab, takut bila rosak PDA nanti,n bila pergi hantar kedai, nanti SIS Warranty company akan mempersoakan kenapa dijual bawah daripada harga market... Hoh...

Hari Sabtu aku pi pejabat pos.Ingat nak tanya pasal barang aku,sebab tak sabar nk tengok barang yang aku beli. Last-last aku balik terus tengok-tengok bungkusan kotak ada atas meja. Pergh,gembira dan lega rasanya... hehe ... So,apa lagi,masuk bilik,cepat-cepat bukak kotaknya... hehe...Ketika masih berada didalam bungkusan lagi


Kotaknya...Pergh,excited sungguh

Dalam kotanya....


Plastik Depan pun Belum cabut lagi...


Ini dia PDA HTC TYnT II aku... Syoknya pakai PDA nih...ehhe


09 October 2008

HTC 3600i Vs. HTC TYnT II Vs. HTC Touch Diamond.

3 hari lepas,aku masuk forum lowyat nih...saje tengok-tengok apa yang menarik kt forum ... Jumpa iphone 3G. Usha2 harga around Rm2400-RM3000...pergh,giler lah harga tu... tak mampu aku nak beli. Carik yg 2nd hand yg kurang Rm2000 pn tak jumpa. Last2 aku tengok PDA O2 Atom...terkejut aku tgk harga dia dalam RM600 sahaja.Rupa-rupanya 2nd hand... dlu seingat aku,kalau 2nd hand pn dh seribu lebih PDA nih...tapi sekarang, lagi murah rupanya... hehe

So try start usha PDA,jumpa laa PDA O2 Atom Exec, pastu PDA O2 Stealth... cantik gak O2 Stealth nih... pastu try laa cari berapa harga O2 Stealth yang baru.... tak jumpa pula harga... hehe ... pastu kwn aku ckp ada laa kat2 Rm2000 lebih .. pergh,terus tak jadi nak beli... hehe. Kemudian aku usha laa lagi,tengok-tengok ada beberapa user kat forum lowyat nak jual PDA brand HTC. Mula-mula aku kurang berminat dengan brand HTC nie,pasal tak pernah aku dengar brand HTC nie,bkn tak pernah laa,tp kurang femes... hehe. So aku usha laa O2 Stealth, O2 Atom ng O2 Atom Exec... tak suka pulak dengan spec dia... hehe... pastu tengok-tengok Asus 750 dengan Asus 320... tak jugak berkenan dengan spec dia...So survey laa lagi,tanya member-member.

Lepas tu cm mana erk boleh terbukak hati dengan HTC. Aku leh terbukak hati dengan HTC bila aku tengok ada user yang nak jual 2nd HTC brand harga below RM2000. Boleh tahan gak ... hehe ... lepas tu start laa aku hunting brand untuk HTC. Lastly aku jumpa 3 brand yang memikat hatiku... iaitu HTC 3600i,HTC TYnT II dengan HTC Touch Diamond.

Mula-mula aku compare antara HTC 3600i dengan HTC TYnT II, lebih kurang sama... masing-masing ada advantage dan masing ada disadvantage. Harga lebih kurang sama jek

Ini link comparism spec dia HTC 3600i dengan HTC TYnT II

http://www.gsmarena.com/compare.php3?idPhone2=2126&idPhone1=2024

ada kawan aku ckp, dari segi processor 3600i lagi laju dari TYnT II
tengok kat TYnT II punya camera lagi advance dari 3600i. TYnT II 3.5mp, manakala 3600i 2mp sahaja... kedua-dua auto-focus,ada 3G,GPRS, Wifi type b/g, cuma TYnT II lagi besar n berat 3600i. pasal saiz TYnT II ialah 112 x 59 x 19 mm manakala 3600i ialah 108 x 58.2 x 18.4 m. Beza berat ialah 40. Pastu TYnT II ada keyboard n touchscreen manakala 3600i takdep keyboard. Aku dh confuse dah nk pilih mana satu ...

Lepas tu siang tadi,terjumpa pula HTC Diamond Touch. Harga pn boleh tahan gak ... hehe

Nie link comparism spec antara TYnT II ng Touch Diamond

HTC Touch Diamond

http://www.gsmarena.com/compare.php3?idPhone2=2368&idPhone1=2024

Spec lebih kurang power....design lagi cun Touch Diamond... hehe ... sampai pening aku tanya orang tu tanya orang nie...

last-last aku berbalik antara TYnT II ng 3600i ... hehe ... skg tgh pening...

Ada sorang user nak jual TYnT II dia(2nd) dengan harga Rm1500,tapi warranty tinggal 2 bulan jek lagi... Ini gambar PDA dia



Sorang user lagi nak jual Diamond Touch dia (used) dengan harga RM1750( included shipping). Umur barang tu 2 bulan, dan tinggal 10bulan jek lagi warranty dia.Ini gambar dia



Sorang lagi iaitu staff forum lowyat nak jual TYnT II jgk dengan harga RM1550. Warranty tinggal 6 bulan sahaja lagi ...

Orang yang ke3 nie boleh dipercayai sikit pasal dia xnak COD(Cash On Delivery). Kemudian aku tanya, kenapa...takut barang hilang semasa penghantaran. Difikirkan jugak,betul jgk,barang beribu gak tuh. Nanti jadi kes duit dh kasi, barang tak sampai. Lebih-lebih lagi dia tu staff forum. Nanti aku wat kecoh,buruk lak nama dia... So dia nak sorang laa pi ambil barang dia kat PJ. Dan ada sorang kawan aku kenalan internet n boleh dipercayai jugak. Dok di Sungai Buluh, pakar kimia.. huhu ... nama akenz...dia akn pi ambil barang... kemudian awal bulan 11 aku turun KeyEll pulak ambil barang dengan dia ...

Mula-mula dia mtk bank-in dulu deposit...tak tau laa berapa ringgit pasal sampai janji nak kasi no bank ari nie,tp tak kasi pn. Takpe lah...aku tunggu lah dlu. Lepas tu, aku tanya dia,kalau aku tak puas hati dengan barang dia cm mna? boleh dapat balik ke deposit tu. Then,dia cakap boleh dapat balik deposit. So, apa lagi... go on laa...cuma condition barang tu cm mana. Aku dh mtk tolong kawan aku akenz tolong sport check barang tu... katanya condition barang tu very good. Very good takat mana tu tak tau laa ... hehe

Ini gambarnya ...



So,agak mana satu Diamond Touch dan TYnT II dan p3600i