05 November 2008

4 Day Convocation Vacation

Day 1
Pagi tadi aku bertolak dari kuala lipis selepas subuh. Pasal tkt lewat nk pi ambil jubah. Bwk punya laju dari lipis ke unisel smpi dlm kul 9. 3jam jek perjalanan..huhu. Sampai tu aku pi chanseleri nk ambil jubah..skali nk pi ambil jubah,kena isi satu borang sl selidik dalam internet...bru aku teringat. Borang soal selidik tuu patut diisi pd 27/10, tp aku leh lupa lak...pasal sibuk berkerja. Lepas isi borang tu, kn lak pi bendahari. Skali dia ckp ada hutang lg sebyk RM280. Fuh seb baik ada duit dlm wallet.

Tp yg peliknya,sblm ini xde pulak nk bgtau...last-last cm gini bru nk bagitau. Yg lagi aneh,diaorang kata aku xbayar duit hostel semasa sem 2, time aku dok shah alam. Bangong sungguh. Lepas tu aku ckp laa,ada satu ketika, aku ada Byr,tp resit manual. Lepas tu diaorg pn checking lak mmg ada satu yuran yg dibayar secara manual, tp tak tulis untuk apa. Bodoh sungguh diaorg nie. Dalam resit manual tu, dalam RM300. So klu betul yuran rn300 tu skali yuran pendaftaran,maknanya diaorg refund balik kepada aku sebanyak RM280. Tp yg aku risau diaorg suruh aku pi ambil duit tu kt bendahari...mmg aku maki lh klu dia su bt cm tu. So balik nie aku perlu faxkn resutit yg dibuat secara manual tu...menyusahkn org sungguh...

Lepas settle tu, bru la,aku leh ambil jubah kemudian, aku pi masuk dewan tgk apa yg best kt raptai...hehehe. Terasa best lak konvo pasal bila naik pentas pakai kad. Yg unik kad tu ialah, bila nk naik pentas kita touch kad tu cm kad touch n go. Bila touch kad tu kt mesin, nnti akan kedengaran nama kita dipentas n nama kita akan tertera kt sceen..changgih gak...hehe..

Lepas raptai tu, kt luar dewan, jumpa balik semua kw-kwn yg telah pisah lama...chewah, cm jejak kasih lak...hehe. Jumpa ng nuar, pastu faizal,bala, daniel, eddy, elin, camel, syaril n ramai lg. Yg paling mengejutkn ialah elin...gila lh, dia dh krus gilet lh minah tu..slim shady giler lh...keke. Mmg berbaloi dia pi SPA hbskn rm2.5k...huhu..caiyok..

Lepas tu pi The Curve lak pi shopping cari tir. Lupa nk bawak untuk konvo..hehe. Yg bestnya pi the curve pakai GPS pda aku nie. Sebab aku ingat2 lupa jalan nk gi the curve. Smpi the curve, jumpa lagi si daniel n adik dia n maknya...hehe..cum she adik daniel...hehehe ...jng mrh erk daniel. Bkn nk tacke, tp nk adjust yg comfirm xdpt...hehehe ... Kitaorg pi the curve sambil2 nk tunggu ayah aku smpi kt airport subang. Nak pi airport subang dari the curve, lagi laa,aku xtau. Terpaksa bergantung 100% kpd pda aku nih.. Mmg useful lh pda yg ada gps...hehe. Lepas ambil ayah aku kt airport terus kitaorg pi hotal de palma. Gi stu pn pakai pda gak pasal sama-sama tak tahu jalan...hehehe.

Esok lak aku sambung cerita...nk tido lak. Penat... Hehehe

P/S: tadi aku sms dynaz nk jumpa, tp smpi skg dia xbalas lg...isk3... Dapat ke aku nk berjumpa ng dia dlm masa 3 hari nie?



Day 2

Selamat hari konvo untukku...hehehe. Finally aku konvo jugak akhirnya.setelah 3tahun study degee in civil enginering. Hari ini aku ng family aku turun dalam jam 10 pagi. Turun awal sb nak cari jalan ke highway guthry. Semalam kn cari manual sbb software pda aku xberfungsi disiang hari...pelik sungguh. Akhirnya jumpa jgk jalan nk ke unisel ikut highway.

Sampai tu aku nk terkucil lak,berdebar katakn...hehe.so pi laa toilet dlm dewan. Aku msk ikut pintu tepi sbb pintu depan ada guard. Yg part mengejutkn time aku nk pi toilet, kn lalu depan bilik VVIP. Skali time aku lalu datin rosmah ng org2 kenamaan kuar dari bilik VVIP. Yg bestnya pulak, guard bt xtau jek ng kehadiran aku pasal, aku pakai blazer time tu.. Mmg datang dgn smart siap pakai kot lg tu. Cuma slack kt tie jek pasal xpakai tie.then bodo jek lah. Selamba jek join orang2 kenamaan, tapi dok dibarisan last skali...hehe. Bila semua dh kuar, apa lg..cepat2 laa aku pi tunaikan hajat..hehe.

Lepas tu aku tunggu ketibaan kwn2 aku. Org 1st yg aku nampak ialah albert chong..huhu. Kemudian, sorang2 aku nampak yg hadir. Punya laa lama nak tunggu kaunter ambil kad yg aku ckp sblm nie akhirnya bukak jgk kaunter kad tu. kat2 45 minit lepas ambil card, bru leh masuk dalam..aku dh berpeluh gila lah. Mana taknya, 3 lapis baju iaitu jubah,kot, ng kameja. Pakai tie pulak tu lg bt aku tensen n lg bt aku cepat berpeluh.

Semasa kat dalam tu, terasa sejuk sikit ng air cond yg kuat membara...hehe. Penganugerahan untuk civil ialah bahagian ke-3. Sorang demi sorang naik mengikut nama yang telah disusun. Klu ikut nama yg disusun memang aku laa yang last skli pasal nama aku zulfikri. Hoh..lau dpt 4.0 pn nama dok last skali...biar lah.aku tak kisah tu...hehe.

Majlis penganugerahan tu, aku pn berjalan keluar dengan penuh gembira...huhu. Kuar jek dewan. Terus aku bergambar ng classmate..haha..syok gile n happy. Lebih dari sambut hari raya. Dpt bgambar ng camel,elin, faizal,bala,syaril,farid, anuar dan sebagainya... Sorry geng klu nam korang tak disebut. Pasal lepas nie mmg payah@x jumpa dh ng diaorang nie.

Habis jek bergambar ng member2, bergambar ng family lak. Tp kejap jek sebab ayah aku dpt panggilan sbb mak aku masuk hospital. Kena jangkitan kuman. So ayah aku pn apa lg, rushing nk kejar flight firefly, naik kt subang. Time nk blah tu, aku nampak farah n camel tgh bergambar. Aku ingat nk join tp nk buat cm mana. Keadaan tak mengizinkan. Sorry lh farah n camel. Aku sempat bergambar ng tok guru aku jek, pasal dia mmg minat bergambar. Hehe.

On the way balik pda aku nie skali berjasa, sbb memudahkan mencari jalan balik kehotel. So tinggal laa aku sorang kt de palma hotel sorang2..

Malam tu aku sms laa ng dynaz igt blh jumpa ari nie. Tp ktanya sibuk nk prepare tok xm..haha, biarkan lah dia. Aku tau dia malu/xnk jumpa ng aku..hehe sudah biasa ng alasan budak2 muda nih...hehe

Esok lak aku sambung...nak pi mana erk esk. hehe


Day 3

Hari ini aku pi shopping window atau lbh dikenali sebagai jalan-jalan. Hehehe. Mana aku pergi jalan2? Mula-mula aku pergi lowyat, lepas tu fikir-fikir balik barang apa yg aku nk beli kt lowyat. Semua gadjet yg aku nk skg dh ada. Hp, pda, laptop, external hardisk, psp apa lagi...kira-kira seua hampir complete. Cuma tinggal pc jek aku belum nk beli. Tp cm malas jek nk beli pc sbb...byk faktor lah.

Lepas pi lowyat masuk dlm Sg. Weng. Masuk xsampai 5minit terus blah. Xde ada yg aku n beli. Pastu fikir2 balik, baik aku pi midvalley...mana-mana tau jumpa barang@orang best ke. Hehe... So pi laa aku midvalley. Habis floor aku pusing saje nak habiskan masa. Nk shopping, consultant aku keja ari nie... Lepas tuu baru aku teringat bahawa aku ada sorang kwn yg kerja dekat Comic Mart(kedai comic). Jumpa ng dia jap borak-borak sampai pukul 4ptg.

Lepas borank-borak aku pn balik laa. Lepas penat berjalan sakan sebab lepas nie mmg payah dh aku nak datang kl sbb kerja kt kelantan. Kira ari nie ari last la aku jalan-jalan kt KL.

On the way balik hotel tuu, aku singgah jap kt pkns SAC Mall ng Alam Sentral. Beli Mcd ng air coke. Lepas tu balik laa aku kt umah. Malam tu aku tibai laa Mcd nih.

Malam tu aku anta sms kt dynaz yg berbunyi cm ginie

Dlm setahun 365 hari mimpikan awak, 8760 jam fikirkan awk, 25600 minit rindukan awk, 360000 saat sygkan awk, .......................... 2 minit reka sms ini untuk trik awk. hehe.

Lepas tu dia balas korang tau apa? Katanya org lelaki mmg cm tu. Suka mempermainkn perasaan org ppuan. Aku tergelak jek bila baca msg tu...haha. Pastu aku bagitau yg dia lom knl lg sape aku...haha. Aku mmg lah laki. Tp bkn species gay. Terfikir gak nk balas "baik sy jd ppuan klu awk fikir cm tu"...haha. Lepas tu diam jek dia. Biar lah dia. Mmg betul lah mimpi yg aku alami tgt dynaz...mmg xleh caya. Kecewa gila ng mimpi yg aku alami tgt dynaz...

Abis sms tu aku lepak-lepak main psp 2@3 roung pastu tido. Pasal esok nak pi bertarung ng UNIHELL


Day 4

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak urusan dengan unisel. Hampir actually boleh diconsider selesai laa.

Berhempas pulas belajar bagai nk pecah kepala akhinya dapat jugak sijil degree aku. Belajar selama 3 tahun,xtually 4 thn tp dh skip 1 tahun, habis sudah. Bagaikan neraka belaja diunihell..huhu. Berperang ng management, bertungkus lumus settle prob study dan sebagainya.

Cerita aku hari ini pulak, turun ke PKNS dalam jam 9.30am. Tumpang si elin nk ke unisel. Nk tumpang bala menyusahkn dia pulak dari sg buluh melencong ke shah alam,cm byk kerja pulak. So aku tumpang elin pergi unisel.

Sampai-sampai sahaja diunisel terkezut gila aku tgk kt bendahari. Punya laa ramai student nak settle yuran. Aku igtkan dak-dak konvo, tp dak2 yg nk ambil slip xm. Mula-mula aku pergi hantar jubah, pastu dapat kad kuning mengatakan aku dh anta jubah. Kemudian gi ambil gambar konvo pulak. Lepas tu part yg paling sakit skali, nk kata hilang tak jugak, tp terlupa bahawa sehari sblm konvo aku gi bt pembayaran, tp diaorg tak kasi balik surat pengesahan. Aku pn xtau kt mana nak serah yg aku tau cop pengesahan sahaja. Aku dh start nk mrh dgn nk meninggikan suara...so diaorg ckp ambil surat pengesahan yg kosong dekat unit konvo. So pergi laa aku kt unit konvo tempat aku ambil jubah n anta jubah. Semua aku nampak perempuan, pastu aku terus aim sorang abg tu yg agak lembut sedikit pasal previous experience dealing ng org pepempuan merewet. Mmg cm tu pn. Cop pengesahan dh dapat cuma kehilangan borang tu jek. Lantas abg tu bagi borang kosong n cop unit konvo. Senang jek kerjanya. Klu ng perempuan mmg menyusahkan teramat sangat. Hehehe. Kemudian pi laa ambil cop pengesan. Skema sungguh diaorang nih. Isk... Then beratur laa aku kt tempat nak ambil sijil degree n transkrip aku. Lepas check nama dh betul bru dpt secara rasmi, terus aku sematkan sijil degree aku dalam folder yg diberi sewaktu upacara konvo. Huhu.

Kemudian keadaan menjadi kelam kabut sikit sebab 2 org kawan aku ada perselisihan faham sikit. Akak yg bagi official sijil tu tak ckp habis dengan 2 org kwn aku.

Kesnya cnie, kitaorg kena byr RM250 untuk konvo processes sijil dan sebagainya. Tp bendahari cakap kt diaorng bahawa RM250 tu akan dipotong direct dlm acc diaorang. Orang lain xde potong2 bt bank in ke unisel so ada laa slip pembayaran tu. 2org kwn aku nie xde slip. So kn laa mtk slip pengesahan. mula2 dapat slip tp untuk pengesahan boleh konvo. Akak xnk, bru dia cakap pengesahan untuk ambil sijil. Mmg panas jgk la2 org kwn aku tu. Cm kena permainkan jek.

Lepas dapat sijil tu aku temankan kwn aku pi ambil cop untuk dapatkan transkrip. Semua cop lepas kecuali library. Mengikut kata akak library katanya kwn aku tu ada pinjam 3 buah buku. Tp xhantar smpi sekarang. Yg lebih peliknya, buku tu dipinjam pada 24/12/2007. Time tu kitaorg bru start praktikal. So akak tu ckp dia akn bincang ng boss library hari jumaat nie. So good luck kpd kwn aku tersebut.

Lepas kes kwn tu yg bagaikan xde kesudahan, apa lg, balik laa. Dh kt pukul 3.30am. Dia pn nk kn masuk opis n aku pn nak kena kejar flight aku. Kot terlepas. Almaklumlah ini 1st time naik flight..hahaha. Sebelum pergi ke airport subang aku singgah laa dulu kt putra makan jap. Mula-mula ingat nk singgah kt kl central nk makan, tp difikirkan balik mesti ramai org nak naik train nk ke pelabuhan Klang. So aku pi laa mkn fast food kt Putra. Lepas tu aku pergi ke Subang Jaya n dari situ aku naik taxi pergi ke airport. Cas yg driver taxi kenakan ialah RM20. Entah mmg rate tu mg betul ke tak, belasah sahaja.. 1st time n last time. Sampai subang aku main belasah jek cari mana tempat nk check in... Sbb airport tu tgh rennovation lg... Sat lg abg aku dtg ambil kt airport.

No comments: