15 November 2008

Cuak Semalam

Semalam aku cuak gila bila PDA aku buat hal...Ceritanya begini

Semalam,aku download satu software nama HTC Plugin. Functionnya untuk papar something laa kat screen. So lepas download tu,aku transfer la kat PDA aku nih. Time nak install ok jek,xde masalah,kemudian dia suruh restart. Aku pn OK sahaja laa....bermula laa part yang mencemaskan. Bila restart tu,lepas masuk jek Window,tak sempat aku nak tekan no pin sim card,dia restart secara automatik skali lagi. Mula, aku ingatkan weng apa pulak. So aku dh cuak dh sikit situ, kemudian aku tekan button OFF dia tak mahu off. Tahap kecuakan semakin memuncak, apa lagi, cabut battery laa apa lagi.

Lepas cabut battery kemudian pasang balik battery tu aku on balik PDA....Zassssssss!!!!!!!! menjadi lagi,dia keep on restarting...aku dh cuak dh...Gila lah,takkan nak hantar ke SIS(Kedai repair). Jauh tu kedai nak repair, kat Shah Alam...memang cuak lah aku. Nak tido pun tak lena. Aku siap posting kat forum.lowyat.net kasi tau permasalahan aku nih,cm mana nak buat. xdep orang reply, almaklum lah,jam waktu tu dah pukul 12.30. So aku ingat kot-kot ada orang nak reply coz aku tgk Baronic ada online, hope dia boleh tolong aku laa,skali jam dh pukul 1, dia pn tak reply-reply jugak.Lagi laa aku cuak...isk,gila lah. Mana taknya beli mahal-mahal,skali rosak software.

Yang aku rungsingnya takut kena hantar ke SIS jek untuk repair. Risiko nak menghantar tu lagi, Risiko dia nak hantar balik kat aku lagi... leceh n merbahaya laa...Last-last aku ada satu idea, aku open manual book check untuk reset samaada untuk SOFT RESET @ HARD RESET. Mula-mula try soft reset, cm xjadi jek. Kemudian ada manual untuk HARD RESET, klu HARD RESET nie maknanya semua maklumat akan dalam PDA akan hilang laa and the most valuable thing is no phone Cik D ng alamat rumah dia....Sedih laa,nak kena mintak balik ng dia. Lepas tu baca sikit ada tanda warning, kemungkinan akan dihantar ke kilang untuk buat default setting. Aku sudah fikir, baik aku go through jek. Aku ingat nak kena hantar ke kilang untuk install balik Microsoft Window Mobile tu. Fikir-fikir mana laa aku nak cari Microsoft Window Mobile nih. Bukan seperti cd-cd window XP yg boleh download @ beli kat kedai. Isk,lagi laa tension...so aku pn ambil risiko untuk buat HARD RESET jugak...

Nak buat HARD RESET kena tekan button Kiri dan button Kanan kemudian cucuk lubang SOFT RESET sampai dia keluar screen comfirmation untuk buat HARD RESET. So apa lagi,go on sahaja. ambil masa dalam 15minit sahaja. So, dalam hati memang ingat lepas buat HARD RESET mmg kena hantar pergi kedai untuk setting window. Sekali tak payah hantar kedai. Microsoft Window Mobile still remain. Fuh,lega gila rasanya. Pasal yang penting skali MWM tu laa yang untuk run program apa-apa. Ia reset semua perkara,data-data,no phone semua hilang laa. macam brand new PDA. Sedih pn sedih jugak pasal gambar-gambar konvo ada jugak dalam tu n yang paling sadis alamat umah Cik D laa..adus,kena mintak balik.

P/S: Semalam dapat no tepon aju,punya laa payah nak gosok/gentel, tapi malam tu jugak hilang...Aju ko pakai ilmu apa nih?

5 comments:

aju said...

wahhh...tak sie2 aku perasap keris ngan kemenyan smlm...menjadikk jugak ilmu ku..wakakakakkakaa..byk la ko nye gentel..aku letak no ko kat public pone kang!~~hakhakhak

ZuL said...

chiss...nenek bomoh ko nih...
klu ko nak letak,ko letak laa dlm bilik supermodel ke, letak kat dalam pejabat perdana menteri ke...apa class kat public pone..kekeke

Eddie said...

format jer la apa masalah...
Kalau nak cari full cracked software2 untuk PDA, ko leh try join sini: http://www.ipmart-forum.com

ZuL said...

1st time....tkt nak format tkt hilang window dia.klu hilang cd mmg sesia laa beli PDA mahal2..kena anta balik pi kedai

aju said...

cuak!~~...wakaakkakakaa