22 November 2008

Sedih Bila Berpisah Dengan....

Hari ini aku kerja 2 jam setengah sahaja kerana untuk menghantar ibubapa aku keairport. So sampai dalam pukul 11.30. Flight pukul 2. So biasa laa pergi awal sikit... takut ada apa-apa yang berlaku ke. It better going early compare going late. Sampai check in laa semua barang. Hanya 2 beg sahaja dicheck in. 2 bag lagi,diaorang nak bawak.

Sementara menunggu flight kul 2. Aku,2 org akak aku n abg aku bwk pi makan KFC dekat tingkat atas airport. So pergi laa. Makan2 lepak2 kejap. dekat Pukul 1,kitaorang turun laa bawah pi kot2 dh nak gerak ke.

So bila dh nak masuk pintu berlepas, semua bersalaman laa... Salam dengan ayah aku dulu.mintak maaf banyak... dan yang paling sebak bila bersalam dengan ibu kesayangan aku. Memang air mata aku mengalir bila bersalam dan memeluk mak aku. Aku memang tak boleh tengok ibu aku menangis, tapi harap2 baginya tangisan itu tangisan gembira,bukan tangisan pilu @ sedih. Selama 2 bulan aku terpaksa berpisah dengannya kerana mereka pergi menunaikan Haji di Mekah.

Sewaktu on the way balik, kenapa aku boleh terkenang. Perasaan sedih itu sama seperti aku kehilangan bekas teman wanita aku dahulu. Tapi tak mengape lah. Semoga ALLAH S.W.T melindungi IBU BAPA ku semasa menjalani ibadat HAJI.

3 comments:

nurizan said...

parent ko gi private eh? kalau pegi ngan tabung haji bleh antar sampai kelana jaya jer, kalau tak silap aku la

ZuL said...

pergi ng private,tp katanya mmg pergi kelana jaya dahulu sebelum bergi ke KLIA untuk berlepas

~~Sodiumgirlz~~ said...

semoga parent adik selamat pergi n balik seta mdapat haji yg makbrur.. insyaallah.. amin