11 February 2017

Cara Pendinding Rumah

Aizat Darul Muallij:
Dm azril:
~PAGAR RUMAH SECARA ISLAM~

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

~Niatkan memagar rumah dari segala kejahatan manusia,jin dan binatang..

Us Hussin
DARUL MUALLIJ

08 January 2017

Selamat Menyambut Tahun 2017

Tahun 2016 telah berlalu dan telah tiba tahun 2017. Banyak perkara telah berlaku sepanjang tempoh 2016. Tak leh nak kata sebab banyak sangat event yg berlaku. Nak update kat blog pun tak berkesempatan. Bila dah mula kerja ini macam-macam kerja kena buat, dari jadi Kuli hingga laa menjadi bos.

Tahun 2017 ini aku tidak mempunyai azam apa kerana azam yang tahun lepas pun banyak belum tercapai. So azam tahun ini sama sahaja dengan azam 2017. Sekiranya ada rezeki lebih nak majukan diri sendiri dan keluarga. Itu sahaja.

Tahun 2016 menyaksikan suka duka yang telah aku lalui. Paling aku tak leh lupa aku dijangkiti penyakit...ada org kata kayap, ada org kata chicken pop. Sehingga Alisha dan Aryan pun turut sama dijangkiti. Akibatnya bila dh dijangkiti penyakit seperti itu ada laa beberapa kesan parut dimuka ini yang menjadi kenangan. Anak-anak aku insyallah parutnya akan hilang dari semasa ke semasa. Tapi parut orang tua seperti aku ini akan kekal buat selama-lamanya sehingga mati.

Lupa nak perkenalkan seorang lagi ahli keluarga baru iaitu Alisha Izz Zara. Alisha tu aku yang pilih nama. Izz Zara itu mak dia yang pilih sebab terpengaruh dengan cerita-cerita novel yang ditayangkan dikata television. Apa-apa hal aku harap, Anak aku dapat membesar dengan cerita. Tahun ini juga Aryan mula bersekolah di PASTI. Hari pertama sudah tidak mahu kersekolah sehingga dia dipaksa sehingga teriak si aryan itu. Hahaha. Kemudian bila habis waktu sekolahnya, Van sekolah akan datang untuk pickup dia di PASTI untuk di transit kan ke Taska Anis Syakini. Nak naik van pun menangis sehingga bila sampai ke Taska baru dia tak menangis. Nak buat macam mana, dia tak biasa ke rumah orang. Totally stranger dia mula rasa takut. Harap Wife aku bersabar lah dengan dugaan anak-anak nih.

Kadang-kadang aku kesian juga dengan wife aku sampai mati akal dh dia melayan karenah 2 org budak nie. Alisha masih tinggal dengan Opahnya.

Tahun ini juga menyaksikan aku menguruskan 3 buah projek serentak iaitu

1) Projek Naik Taraf Jalan Sg. Rual (Jeli)
2) Central Spine Road (CSR) Kota Bharu - Kuala Krai (Pakej 2B)
3) Projek Infrastructure Pulau Jarak (Lumut)

Penat weh kesana-kemari dengan nak handle 3 projek besar ini. 1 OTW nak siap 1 lagi pertengahan jalan dan 1 lagi baru nak mula. Letih-letih. Macam-macam karenah nak layan diaorang ini. Aku tak mintak pun untuk projek ke-3 tapi wallahualam laa cam mana boleh terbabit dgn projek ke 3 nih. Wish me Luck ok. Lagipun projek ke 3 nie aku di pinjamkan sahaja. Bila tamat musim banjir dikelantan aku nak stay di projek KBKK laa. Penat giler handle 3 projek ini. Tak cukut masa, letih tenaga zahir dan batin. Orang igt relex jek kot, cuba tukar tempat dengan aku nih, bru tahu letih atau tak handle 3 projek berbekalkan gaji yang baru naik 1x. hahaha.

Ok lah jam pun dh menunjukan dh 1.11am. Masa untuk tido dah. Mata mengantuk gila dh nie. Next time aku tulis lagi.

Assalamulaikum w.b.t