25 November 2009

Catcheye

Catcheye.com.my adalah salah sebuah syarikat pengiklanan baru yang ditubuhkan tahun ini.

Ia mungkin bakal menyaingi syarikat pengiklanan seperti Nuffnang dan Advertlets. Anda masih belum sertai?

Jom kita lihat serba sedikit tentang informasi yang diberikan oleh pihak Catcheye.

Di bawah ni aku copy artikel dari website Catcheye

1. What is Catcheye

Catcheye is an online advertising platform that allows advertisers to deliver their advertisements in a highly effective manner. Our ad delivery platform guarantees that each ad is viewed by unique and voluntary viewers. In return, they will earn Catcheye reward points which can be exchanged for cash and/or other prizes. Viewers are also required to answer 3 simple questions related to the ad being displayed, hence strengthening their impression and understanding of the message being conveyed.

In addition, Catcheye will donate to a charity organization (of the user’s choice) everytime an ad is viewed. Indirectly, this allows companies to fulfill their corporate social responsibilities while promoting their businesses.

2. How Catcheye Works?

-Advertisers upload ads
-Advertisers formulate questions based on the ads
-Advertisers decide how many unique users should view the ads
-Advertisers can further specify the target audience by demographic segmentation
-Catcheye may only display the ads to the intended target based on advertiser preferences.
-Users in Catcheye read the ads, answer the questions
-Catcheye pays users with cash, and/or other rewards.

Sign in and Invite Friends: Catcheye

3. Why Join Catcheye?

-You will receive reward points by viewing our ads, which can be converted into cash or other prizes.
-The more ads that you view, the higher your chance of winning our attractive monthly prizes such as jackpot, free gifts and more!
-Earn more reward points by inviting others to join Catcheye. They will become part of your network and contribute a portion of their points to you!
-With Catcheye’s charity programme, you can even choose to associate yourself with a charity organization and raise fund for them by viewing ads.

4. Why Advertise with Catcheye?

-You spend less but are assured definite and unique viewers;
-Your messages are guaranteed to be received by viewers;
-Catcheye’s relevance ranking algorithm will analyze user’s preferences and serves ads which are relevent and meaningful to them, thus increasing the effectiveness of your ad.
-Fulfill corporate social responsibility by making indirect donations to charity.

Langkah-langkah untuk mendaftar dan menyertai contest Catcheye adalah seperti berikut:

————————————————————————————————————————

» Pergi ke website Catcheye.com.my dan klik Join Catcheye
» Isi informasi diri anda dengan betul
» Di bahagian Answer, Invite & Win!, anda perlu memilih jawapan seperti berikut untuk tiga soalan yang diberikan:

1. Soalan: What is Catcheye.com.my? Jawab: A charity-oriented online advertising platform where you are rewarded for viewing ads.
2. Soalan: How will Catcheye.com.my Work? Jawab: You contribute to charity and receive benefits at the same time for viewing ads.
3. Soalan: What is the Next Biggest Event? Jawab: Fight for A Good Cause – our Big Surprise launch on 21st Nov 2009

» Jika anda memberikan jawapan selain di atas, anda mungkin tidak boleh mendaftar.

24 November 2009

PapaDom Is Best


Cerita papadom memang best aku tengok. Lain dari yang lain. Ianya mengisahkan pengorbanan seorang Papa terhadap anaknya. Pada hidup Papa Mia berubah setelah Mia kehilangan ibunya yang tercinta. Setelah daripada itu, Papa Mia tidak mempunyai sesiapa lagi melainkan Mia sendiri.

Aku suka tengok cerita ini kerana mempunyai ciri-ciri kekeluargaan,bukannya ciri-ciri org yang tgh meleleh bercinta dan sebagainya...Korang tengok lah sendiri cerita PapaDom ini. Memang best. aku kasi 4.7/5

21 November 2009

Akaun Rapidshare

Akhirnya berakhir juga hayat akaun rapidshare premium aku yg aku beli oleh silly-liliyaya dari selamba.org. Nak rasa hangin ada jugak bila tetiba login akaun, dia kata

"Fraud detected, Account ********: This Account has been illegally used by several users."

Cilakak,bila masa aku sharing akaun lak,last time aku sharing akaun pn dengan Ghostblind, itu pn awal tahun hari tu,tapi takkan sekarang nak detect. What The F-Word. Kemudian aku contact balik si-silly-liliyaya dari selamba.org neh nak tanya,apa yang boleh buat. Dia cakap tak leh buat apa sebab akaun aku tu berasal dari bossnya yang dahulu. Sekarang dia dh jual yang original(kira boleh berlagak la). So aku kecewa laa ng sikap silly-liliyaya nih,cm nak lepas tangan,pastu aku mintak akaun lain sebagai ganti rugi. Kasi memang dia kasi, tapi tak sampai 1 minggu akaun yang dia kasi,dh kena tukar password. Pastu aku mintak lagi, pn sama jugak. Kali ke-3 aku mintak dia dh terus senyap. Kecewa sungguh ng seller cm ginie. Dh mula nak lepas tangan dengan apa yang dia buat dahulu.

Kalau orang tgh main seks and then pompuan mengandung, pastu lelaki tak nak btanggungjawab, silly-liliyaya nie species lelaki yang tak bertanggungjawab lah nih. Duit pn dia dh bagi,tapi bukannya nak kasi ganti rugi ke haper,tapi kasi akaun hack. What the F-word.

Kemudian hari ini aku check thread dia kt selamba.org,ada sorang mengamuk pasal kena tipu. Mari ikuti perbualan ini :

SELLER YG PENIPU!!!

PERHATIAN!!! DIA NI PENIPU BESAR. Korang jangan la beli apa2 daripada dia ni.

Aku baru ni ada beli acc yang long term sampai 22/03/2010 tapi baru 4-5 hari guna acc dah tak boleh pakai.

Lepas tu dia bagi lagi satu acc. tapi sama jugak, baru 1 minggu pakai dah tak boleh guna.

Dia cakap acc kena hack la, tapi aku dah lock acc. tu, sepatutnya dah tak leh hack.

Hari ni (21/11/2009) bila aku contact dia dia cakap tak leh nak tolong lagi, sbb dia dah tukar boss. Aku beli dgn dia bukan dgn boss dia. Dan dia tak pernah pun cakap dia ada boss, apa yg dia tulis kat web semua acc tu ori.

Bila ada problem mcm2 alasan. Kalau korang tak caya leh email aku at msibenn@gmail.com

Kat bawah ni aku punya log yahoo messenger:-

benn hawalit: ni pasal account rapidshare
yaya_jabine: yela
yaya_jabine: kenapa dgn ur acc
benn hawalit: i dah x leh access
benn hawalit: dia tak regognize password
benn hawalit: recognise
yaya_jabine: ape yg die tulis?
benn hawalit: The Account has been found, but the password is incorrect.
yaya_jabine: hurm
benn hawalit: bila i guna login name yg i buat: Your Premium Account has not been found.
yaya_jabine: dah bpe lme kau guna ni
yaya_jabine: ok kne steal la tu
yaya_jabine: bpe lme kau gne
benn hawalit: kan baru je beli isnin hari tu
yaya_jabine: ak mne tau ak ni bini die, die yg handle..
yaya_jabine: nnt kang mlm sket kau buzz ea sbb tgh tdo nun haa
benn hawalit: ok
yaya_jabine: btw smpi bile acc kau
benn hawalit: 22 mac 2010
yaya_jabine: okeh
benn hawalit: ni screen capture acc tu sblm dia KO


benn hawalit: assalamualaikum
yaya_jabine: wsalam
benn hawalit: nak mintak tlg pasal acc rs 8907894 yg beli isnin hari tu. dah tak leh access
yaya_jabine: oooo
benn hawalit: dia tulis The Account has been found, but the password is incorrect.
yaya_jabine: aku bg acc lain la
yaya_jabine: taw
benn hawalit: ok
yaya_jabine: kene hack tuh
yaya_jabine: accountid=9004590
password=may12fh
Valid until: Wed, 31. Mar 2010
Premium points: 2000
Traffic left: 24414 MB RM 90
yaya_jabine: kaw amek yg nih la
yaya_jabine: jgn share taw
benn hawalit: nak tanya skt.. traffic left tu maksudnya jumlah sampai 31/03/10 or tiap2 hari rs akan tambah?
yaya_jabine: tuka setting mcm biasa k
yaya_jabine: kalo bole reg email baru
yaya_jabine: tuk yg nih
yaya_jabine: daily
yaya_jabine: 5gb
benn hawalit: ok, dah tuka email, pass, & activate security lock, tima kasih


benn hawalit: a'kum
yaya_jabine: wsalam
benn hawalit: minta tlg.. acc yg u bagi aritu dah tak leh guna lagi.

benn hawalit: accountid=9004590
Valid until: Wed, 31. Mar 2010
yaya_jabine: kejap ye
benn hawalit: ok
yaya_jabine: accountid=clipbucket
password=summer1232
Expiration date:Thu, 12. Aug 2010
yaya_jabine: cube gune yg nih k


NI YG HARI NI:-

benn hawalit: a'kum.. acc. rs aritu dah tak leh guna lagi..
benn hawalit: accountid=clipbucket
password=summer1232
Expiration date:Thu, 12. Aug 2010
yaya_jabine: aku xleh nk tolong dah
yaya_jabine: tu acc dulu
yaya_jabine: boss dlu
yaya_jabine: die da xde skrang
benn hawalit: abis tu camne takkan beli 5 bln punya acc dapat guna dlm 1 bln je
benn hawalit: dah 3 acc u bagi tapi semua dpt guna kejap je
BUZZ!!!
yaya_jabine: ye
yaya_jabine: acc tuh dari boss lame
benn hawalit: so camne ne?
yaya_jabine: xbole buat ape2
benn hawalit: u kata kat site semua lehj recover
benn hawalit: ada resit la
benn hawalit: yg ori la
yaya_jabine: tuh post baru edit la
yaya_jabine: acc yg baru nih
yaya_jabine: boss baru
benn hawalit: "acc yg dijual nih ade sume detail pasal payment.. ade resit, ade transaction id sume. kalo ade suspicious activiti, rs akan trus reset password. kami akan hantar trus password tu by email.."
yaya_jabine: ye
yaya_jabine: tp itu untuk acc baru
benn hawalit: mana la saya tau u punya boss baru or lama sbb bukan beli kat dia, i beli kat u
yaya_jabine: ye
yaya_jabine: aku xleh ganti ko pnye
benn hawalit: ok takpe la kalu camtu, aku akan complen kat forum2 la..
yaya_jabine: ape2 jela
yaya_jabine: kau tau x akaun kau tu dlu ngn bos lme, acc tu dr point mcm ne ak nak dpptkan balik kalau bos da tade
yaya_jabine: mcm kau da benti kje ngn bos kau
yaya_jabine: kau da kje ngn company lain
yaya_jabine: ape2 jd kt customer ny xkn nak tuntut ngn bos baru
yaya_jabine: kau nak ckp ape2 pun ckp la
yaya_jabine has signed out. (11/21/2009 3:52 PM)

aku tak sempat nak balas dia dah cabut. nampak sangat memang bersalah!!!

JADI KESIMPULANNYA JANGANLAH KORANG BELI APA2 DARI PADA MAMAT DAN MINAH NI DUA2 PENIPU

Kemudian silly-liliyaya...korang tau apa yg dia balas?dengan angkuhnya dia menjawab

"msibenn, semua org kt selamba ni syg aku. ape la kau ni cakap ak tipu.."



What the F-word...perasan nak mampus barangkali. Kalau dulu iyer laa kot,tp sekarang tgk laa cm mana. Sekarang aku dh tak percaya dah dengan silly-liliyaya nih walaupn dia kata dia jual yang original akaun,kalau beli,akan dapat resit sebagai bukti pembelian laa...Ah, Fcuk lah semua tu. Sekali orang itu rasa tertipu,sampai bila-bila orang itu tidak akan mempercayai ko walaupn ko menggunakan method yang sama dengan orang lain.

Sekarang aku pakai yang bulan-bulan sahaja. Untung pn untung,klu kena blacklist pn takde laa rasa rugi sangat. Xpakai akaun original pn xpe

18 November 2009

Adat perkahwinan yang selari dengan tuntutan Islam

Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan “biar mati anak, jangan mati adat”. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat zuriat. Sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut adat-adat masyarakat dahulu yang berkaitan dengan adat-adat orang Hindu. Namun dengan kedatangan Islam, banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang Melayu amnya. Walau bagaimanapun, akibat daripada amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang Melayu, terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah ada perubahan, ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.

Agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumulliyah dan universal. Maka, agama Islam sememangnya merupakan agama yang bercorak konvensional iaitu yang boleh diterima umum. Kita perlu faham bahawa Islam bukanlah agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab sahaja bahkan Islam adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini. Oleh itu, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan sesuatu bangsa jika bangsa tersebut memilih Islam sebagai agamanya. Hal ini kerana, antara faktor yang menyebabkan agama Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Begitulah juga halnya dalam soal upacara perkahwinan. Masyarakat Melayu sememangnya bebas untuk mengadakan upacara perkahwinan berdasarkan budaya dan adat mereka berdasarkan hadis sahih bukhari jilid iv:

“Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jelaslah disini bahawa islam tidak melarang mana-mana adat di dunia ini selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti. Jika dahulu masyarakat melayu hanya mengikut adat nenek moyang sahaja namun kini menteliti masyarakat melayu telah berubah seiring dengan perkembangan dan kemajuan yang dikecapi negara kita. Persoalanya adakah adat perkahwinan dewasa ini selari dengan tuntutan syariat Islam?

Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu dewasa ini selari dengan tuntutan Islam walau bagaimanapun, ada sebahagian upacara yang diadakan di dalam adat perkahwinan itu yang bercanggah dengan ajaran islam. Adat Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut. Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan bertunang di dalam islam dipanggil khitabah dan ianya sama sekali tidak bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mereka berdua lagi bukan muhrim.

Adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang “wajib” bagi satu pasangan apabila berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit. Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun.



Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkanan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

“Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.

Selain dari itu, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Menurut Asma Farhana binti Anuar pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin Universiti Malaya (UM) kebanyakan orang Melayu menganggap upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada pandangan mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi “biar papa asal bergaya” sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)” (Hadis Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau (Surah Al-Isra:26)



Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:

“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”

Menurut Abu Thohib bin Ahmat 70 tahun, amalan andaman yang mengarut dan salah disisi syariat islam seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur dan bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial tidak lagi diamalkan sekarang. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini telah timbul satu fomonena baru dimana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang terdiri dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil ‘mak nyah’. Hal ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.

Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :

”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata ” memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

“Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za’faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Dilarang memakai za’faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za’faran dari segi mengeluarkan warna dan bau. Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam islam dibolehkan berdasarkan hadis

:”Dalam riwayat al-Bukhari daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda:

” Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Dewasa ini, ramai juga yang mengundang kugiran atau deejay untuk tujuan hiburan, seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai kepada peringkat melampau, bahkan yang lebih buruk lagi kadangkala terdapat juga yang menganjurkan joget lambak dan ada pula yang mengundang “mak nyah”! Hal ini jelas tidak sesuai dan haram.

Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

Jelaslah, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam

08 November 2009

The Final Doremon



Sedih gile tgk ending doremon nih....

03 November 2009

Kerja Jenayah Yang Dilakukan Oleh Golongan Pro


Aku rasa post aku kali ini akan mengundang kontroversi kot... Tp harap2 para-para reader boleh cool down, coz aku saje nak buat post ini. Xde benda nak post. Kalau ramai sangat bantahan,so aku delete jek lah post ini. Hehe

Antara kerja-kerja jenayah yang dilakukan oleh golongan professional:

1) Doktor - Menjual dadah secara haram
2) Engineer - Menipu
3) Peguam - Membela mereka yang bersalah / pecah amanah
4) Accountant - Menggelap wang syarikat @ jabatan
5) Polis - Menerima rasuah/menyalahguna kuasa
6) Juruterbang - Membuat video porno...haha(apa yek?pakat2 fikir)
7) Nurse - Menjual/mengambil dadah secara haram
8) Guru - Ajar ilmu sesat/Rogol anak murid(aju's opinion)
9) Menteri - Makan Rasuah/Menganaiya Rakyat
10)Setiausaha - Pecah Amanah
11)....

Apa lagi yek? Sama-sama kita sumbangkan idea. Nanti aku update lagi... hehe