Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah SWT telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah SWT menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkan di mulutnya melihat ke Arsy dan menantikan perintah Allah SWT."
Bertanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yang dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."
Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak 3 kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi, kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.
Apabila telah ditiup sangkakala untuk mematikan semua makhluk, maka matilah semua makhluk kecuali malaikat Jibril,malaikat Mikail, malaikat Israfil dan Hamalatul Arsy. Kemudian Allah SWT memerintahkan mencabut roh ke semua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh kesemua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh semua malaikat dan yang tinggal hanya Malakulmaut dan Allah SWT sahaja.
Lalu Allah SWT bertanya pada Malakulmaut: "Haai Malakulmaut, siapa yang masih tinggal?" Jawab Malakulmaut: "Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah."
Maka firman Allah SWT: "Hai Malakulmaut, tidakkah kamu dengar firmanKu! Kullu nafsin dza'iqtul maut, tidakkah kau tahu setiap yang berjiwa itu mesti merasakan mati! Firman Allah lagi: "Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu dan engkau juga harus mati."
Dalam riwayat lain pula dikisahkan iaitu apabila Allah SWT telah perintahkan Malakulmaut mencabut rohnya sendiri, maka pergilah Malakulmaut ketempat iaitu antara syurga dan neraka lalu ia mencabut rohnya sendiri.
Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah ia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.
lalu berkata Malakulmaut: "Kalaulah aku tahu kesakitan begini diwaktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."
Setelah semua makhluk Allah mati, Allah SWT lalu berfirman kepada bumi yang rendah ini: "Di manakah raja-raja dan anak-anak raja. Dimanakah raksaksa-raksaksa dan anak-anaknya yang makan rezeki Aku tetaip menyembah lain dari Aku?".
Kemudian Allah berfirman lagi: "Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?" Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab melainkan Allah sendiri yang menjawab: "Hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu.".
Kemudian Allah menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki. Maka turunlah hujan dengan airnya seakan-akan air mani lelaki selama 40hari sehingga air naik atas segala sesuatu setinggi 12 hasta. Maka Allah mengeluarkan makhluknya bagai sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana asalnya.
Kemudian Allah menyeru: "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatul Arsy." Maka hiduplah mereka dan Allah menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya."
Lalu Allah menyeru: "Hiduplah Jibrail dan Mikail." Maka hiduplah kedua mereka. Kemudian Allah memanggil kesemua roh dan diletakkan dalam sangkakala. Lalu Allah menyuruh Israfil meniup sangkakala.
Apabila Israfil meniup sahaja sangkakala itu, maka berterbanglah roh-roh keluar bagaikan lebah memenuhi angkasa antara langit dan bumi lalu masuk roh itu ke dalam jasad melalui hidung. Maka bumi mengeluarkan mereka. Orang pertama yang akan keluar dari bumi ialah Rasulullah SAW.
Dalam hadith diterangkan bahawa, sesungguhnya apabila Allah telah menhidupkan Jibrail dan Mikail, maka pergilah kedua-duanya ke kubur Rasulullah sambil membawa Buraq(sejenis haiwan yang ditunggangi ketika Rasulullah pergi Israk Mikraj) dan perhiasan-perhiasan dari syurga.
Apabila sampai saja mereka dikubur Rasulullah, terbukalah kubur baginda. Apabila Rasulullah melihat Jibrail, baginda pun bertanya: "Hari apakah ini?" jawab Jibril: "Inilah hari kiamat yang hari yang sangat menggetarkan."
Kemudian Rasulullah bertanya lagi: "Terimalah khabar gembira kerana kamu adalah orang yang pertama keluar dari perut bumi."
Kemudian Allah memerintahkan Israul meniup sangkakala. Apabila ditiup saja sangkakala, keluarkan semua orang dari perut bumi sambil melihat keadaan sekeliling.
Dalam hadith Abu Hurairah diterangkan: "Apabila semua manusia keluar dari perut bumi, keadaan mereka adalah telanjang tanpa berpakaian dan mereka berjalan menuju kepada Tuhan mereka. Kemudian mereka berhenti di satu tempat selama 70 tahun. Allah membiarkan mereka dan tidak melihat keadaan mereka. Maka menangislah mereka sehingga habis air mata dan keluar darah disertai dengan peluh yang melimpah hingga menjadi banjir ke mulut."
No comments:
Post a Comment