17 April 2012

Cepat Ke Bukit Aman 23 April Ini, PDRM Nak Lelong Harta Pengedar Dadah!

Anda berminat untuk memilik barang kemas, jam tangan pelbagai jenama dan pelbagai barangan lain termasuk televisyen?

Satu upacara lelongan besar-besaran akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Untuk itu jangan lupa hadir pada 23 April 2012 (Isnin) ini di Dewan PERKEP, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ia akan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang

Aset yang dilelong pula boleh dilihat pada 19 April 2012 (Khamis) di Tingkat 13, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Kesemua aset ini merupakan hasil rampasan dan dilelong di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 - Pelupusan Harta dilucuthak.

Untuk pengetahuan anda, Perlucuthakan Harta merupakan satu senjata yang sangat berkesan dalam membanteras jenayah narkotik dengan melumpuhkan sumber dan keupayaan sindiket pengedaran dadah dan sekutu mereka.

Sumber : http://mynewshub.my/2012/04/17/cepat-ke-bukit-aman-23-april-ini-pdrm-nak-lelong-harta-pengedar-dadah/

No comments: