Setelah malaikat maut selesaikan tugasnya terhadap raja yang somcong itu maka pergilah ia bertemu dengan seorang mukmin, lalu malaikat maut memberi salam dan orang mukmin itu menjawab salam tersebut.
Berkara malaikat maut: "Sebenarnya aku ada hajat yang hendak disampaikan, tetapi aku hanya akan beritahumu dekat telingamu."
Berkara orang mukmin itu: "Silalah sebutkan hajatmu itu."
Berkara malaikat maut: "Sebenarnya aku adalah malaikat maut."
Berkara orang mukmin itu: "Selamat datang, sudah sekian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah! tidak ada dibumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku ingin berjumpa kamu."
Berkata malaikat maut: "Kalau kamu ada apa-apa hajat silalah tunaikan dahulu."
Berkata orang mukmin itu: "Wahai malaikat maut, aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintanya aku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya."
Berkata malaikat maut: "Pilihlah cara yang bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu."
Berkata orang mukmin itu: "Sanggupkah kamu melakukan seperti kehendaku?"
Berkata malaikat maut: "Ya,aku sanggup, katakan sahaja sebab sememangnya aku telah diperintahkan begitu."
Berkata orang mukmin itu: "Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat seketika kerana aku hendak mengambil wuduk dan aku hendak mengerjakan solat, seltelah itu kamu ambillah nyawaku ini sewaktu aku sujud."
Akhirnya malaikat maut mencabut roh orang mukin itu ketika dia sujud mengadap Allah SWT.
No comments:
Post a Comment