Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih
mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya
seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan
tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut
waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
(Sekadar Gambar Hiasan)
Mana
mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab
itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang
wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri
sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat
kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai
seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai
isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami.
Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan
erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah
kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami.
Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu
bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain,
tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai
isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan
menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula
memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di
luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu
dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga
bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda
tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah
sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet
bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami
diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat
keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya
isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’.
Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan
perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak
akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami
hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan
cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja,
beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai
isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka
terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak
pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang
kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi
mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa
tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan
galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini
seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan
kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan
kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan
chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam
menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja
menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah
pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan
makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri
perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami
‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka
sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan
kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau
suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat
pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri
perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej
suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik
ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan
kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin
menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak
dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi
suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli
keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan
suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda.
Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua
akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan
keluarganya.
No comments:
Post a Comment