Pelajar UPSI maut
terjun bangunan
lima tingkat E-Learning Kampus Universiti!! Seorang pelajar UPSI tahun 3
yang menuntut di Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak meninggal dunia
akibat kecederaan parah yang dialami di kepala dan kaki selepas terjun
dari tingkat 4 bangunan E-Learning Kampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang itu dipercayai disebabkan
oleh tekanan perasaan yang dialami oleh pelajar tersebut. Pelajar yang
berumur 23 tahun itu dipercayai mencederakan diri sebelum nekad untuk
terjun bangunan kerana terdapat kesan darah di dinding koridor tingkat
empat bangunan tersebut. Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar
yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap
seorang diri dan berkemungkinan menghadapi tekanan.
Kes pelajar
UPSI
maut terjun bangunan ini bukanlah kes pertama yang direkodkan, sebelum
ini telah banyak kes seumpama ini telah berlaku melibatkan pelajar
khususnya pelajar universiti.
No comments:
Post a Comment