Mandi wajib merupakan perkataan yang
mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah
air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan
betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang
itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau
janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang
melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar
kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika
air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat
mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya
dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan
najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan
air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada
di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh
kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia
wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg
boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran
itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan
ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah
yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna
selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna
itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan
pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya
yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya
akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah
faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan
sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam
hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini
juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang
telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi
wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib
pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3
sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak
keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan
anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan
air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan
suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu
malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur
itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat
kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
No comments:
Post a Comment