Bahaya! Statistik kes rogol semakin menurun! Ini adalah petanda
bahaya..satu petanda yang menunjukkan bahawa pekerjaan doktor, polis dan
lain-lain jenis pekerjaan semakin berkurang..Maka mungkin suatu hari
nanti negara kita takkan memerlukan lagi polis untuk menyiasat kes rogol
dan juga negara juga mungkin takkan memerlukan lagi doktor untuk
membuat post mortem terhadap janin dan bayi yang sebelum ini bersepah
digonggong anjing dan bermain-main di tali air ataupun longkang yang
berhampiran..Kemungkinan besar pekerjaan yang bersangkut paut dengan kes
rogol akan pupus dan lenyap ditelan zaman!
Situasi ini sangat merbahaya kepada kerajaan Malaysia! Jadi kepada
wanita wanita di luar sana..jom ikuti teknik teknik di bawah sebagai
suatu sumbangan dan pengorbanan korang sebagai satu tanda cintanya
korang kepada tanah air tercinta ini demi mengelakkan Malaysia
kehilangan sektor pekerjaan yang penting dalam membina sebuah negara
yang maju dan bertamadun.
PERTAMA : Untuk menjayakan misi mengorbankan diri untuk negara ini
memerlukan korang bekerja keras di luar rumah..Jadi sebelum keluar rumah
itu kalau boleh pakaian tu jangan la tutup sangat..Ustazah ni tidak
sesuai untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab ini..maka sebelum
keluar tu pastikan pakaian tu tidak terlalu longgar, sedikit sendat dan
tudung tu WAJIB kecik dan tidak menutup dada supaya ianya tidak
mengganggu pergerakan korang demi memperjuangkan nasib tanah air
tercinta ini.Teknik persiapan seperti ini jarang diajar kepada orang
biasa..
KEDUA : Jangan keluar sorang-sorang! Bahaya! Kalau boleh keluar la
berdua..keluar dengan pakwe ke pacar ke BF ke..apa lagi kata ganti nama
kepada pasangan tidak halal ni? Apa-apa je la kan..masa keluar tu alaaa
pegang la tangan pakwe tu ketat-ketat..muka tu jangan la ketat
pulak..cuba senyum manja...^__^ haaa camni..
KETIGA : Dah keluar tu takkan taknak makan bersama kan? Cuba tunjukkan
kasih sayang seorang kekasih kepada kekasih tidak halal korang tu..suap
dia! ok? Pastu dengan muka mencebik cakap camni " Alaaaa baby ni, mam
cam baby..comot cungguh..meh ayang nak tesat "..( ini bahasa manja
kekasih..lu orang ape tahu )
KEEMPAT : Lepas adegan suap menyuap dah selesai..cuba tanya dia
soalan-soalan yang boleh merangsang otaknya untuk berimaginasi..bukankah
soalan-soalan yang berorientasikan imaginasi ini boleh menajamkan IQ
seseorang! Tanya je soalan berkaitan apakah perancangan masa depan
bersama si 'bakal suami kononnya' tu..tanya nanti nak cat bilik warna
ape..bilik pengantin nanti nak perabot camne..paling penting kena tanya
bab KATIL! Ingat, bab KATIL! Tanya la pakwe tu nanti katil tu nak pakai
saiz Queen ke King..pastu nak cadar warna apa..kalau boleh rancang terus
daripada sekarang warna cadar untuk malam pertama nanti..ok?
KELIMA : Selesai dengan teknik meransang minda..kepada pergi kepada
teknik meransang hormon lelaki supaya pakwe korang tu nanti makin punya
sifat kelakian..bukankah punya sifat kelakian itu adalah macho? ****h la
sape-sape taknak pakwe macho..Lokasi seterusnya adalah panggung
wayang..kalau lelaki biasanya bersifat gentleman untuk menambat hati
pasangan, maka korang timbulkanlah sifat gentlewoman korang tu terhadap
pasangan masing masing ketika menonton panggung wayang..bila ada je
adegan ngeri dan seram maka korang peluk la erat-erat lengan pasangan
korang tu..bukan apa, ianya mampu meransang hormon lelaki pakwe korang
untuk dirembeskan dengan sangat cepat, maka pakwe korang tu mesti takkan
terasa takut dan seram akibat pengeluaran hormon kelakian yang
berlebihan..jadi lepas tu korang boleh la berbangga dengan kemachoan
pakwe korang tu dekat member-member yang lain..
KEENAM : Selesai sudah teknik meransang hormon lelaki di panggung
wayang, jadi seterusnya korang pun balik la ke rumah kan..Ok, disini
peranan korang adalah untuk menelefonnya setiap masa..kalau boleh tu
waktu tengah malam sikit..mula-mula tu tanya la pakwe korang tu pasal
agama..pastu suka hati korang la nak cakap pasal apa..alaah, jangan jadi
jumud ok! Ini adalah teknik rahsia di mana ianya hanya diketahui
pasangan-pasangan kekasih yang sedang berjuang.Ini dinamakan teknik
memohon keberkatan dalam perhubungan..
KETUJUH : Yang terakhir ini adalah teknik yang paling dasyat..mengikut
statistik yang dikeluarkan Metro dan Kosmo menyebutkan bahawa teknik
inilah yang menemui kegagalan paling minimum..testimoni daripada
pengamal teknik ini rata-rata mengakui keberkesanan teknik ini..Inilah
teknik Ajak & Sembunyi..jadi untuk mengamalkan teknik ini memerlukan
korang menguasai teknik-teknik di atas secara mahir..Teknik Ajak &
Sembunyi memerlukan korang menantikan hari istimewa buat sang kekasih
contohnya Valentine's Day, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Besday dia dan
lain-lain hari yang korang rasa ianya betul-betul istimewa buat pakwe
korang tu..maka setelah hari istimewa itu tiba, maka korang pun belikan
pakwe tu hadiah istimewa dan AJAK pakwe tu ke suatu tempat yang
terSEMBUNYI daripada pandangan mata manusia yang lain..takkan la nak ke
tempat yang korang boleh sembunyi daripada malaikat Rakib dan 'Atid
kot..bengong! Mana ada tempat persembunyian camtu..Ok, kenapa kena pergi
tempat tempat yang sunyi dan tersembunyi camtu? Sebab ianya penting
untuk misi korang ini berjaya..lagipun tempat tempat camtu kan
romantik..sesuai untuk korang bermadu kasih dan cinta..sekian.
Info tambahan : Selepas selesai melakukan ketujuh-tujuh teknik di
atas..maka jika kena gaya dan masanya maka korang akan mendapat anak
tidak sah taraf dalam jangka masa terdekat..jadi adakah misi korang
sudah selesai? Belum! Selepas ditinggalkan pakwe korang atas alasan
ingin menjaga agama dan maruah keluarga maka korang mestilah
mengumpulkan bahan bukti seperti SMS jiwang dan juga rekod
perbualan..maka selepas itu bawalah bahan bukti terbabit ke balai polis
berhampiran dan buatlah laporan polis bahawa korang dirogol..Ianya baik
untuk kelestarian pasukan polis untuk terus mencari makan dengan
menyelongkar dan menyiasat bukti-bukti yang korang bawa tadi.
Lagi Info tambahan : Selepas selesai melahirkan anak tidak sah taraf
korang tu..jangan buang terlalu dekat seperti di tepi surau ataupun di
sekitar pasar kerana kemungkinan untuk korang ditangkap dan didakwa
adalah sangat besar..maka apa yang perlu korang lakukakan adalah
letakkan anak tidak sah taraf korang tu secara perlahan lahan di tali
air ataupun longkang yang mengalir kerana ianya terbukti berkesan untuk
menghilangkan kesan bukti yang ditinggalkan..Ianya baik untuk
kelestarian pekerjaan yang terlibat dalam kerja-kerja post mortem
seperti doktor dan penyiasat persendirian..Jadi kepada wanita yang telah
menguasai teknik ini dan telah berjaya dirogol pakwe dengan jayanya
maka diucapkan sekalung kalung tinggi penghargaan dan tahniah KERANA
ANDA TELAH TERBUKTI BERJASA UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA!
No comments:
Post a Comment