29 September 2010

Kalau Animal Ada Facebook

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Alam Maya


Alangkah bagusnya kalau kita tidak bertemu di alam maya. Hehe,nama lagi alam maya. Disini lah kami berkenalan dan disinilah kami menjadi kawan. Namun semuanya semakin hari semakin berubah. Aku mempelawanya tapi ditolaknya. Hanya mahu sekadar kawan yang paling disayangi. Tidak mahu lebih daripada itu. Takut jatuh akan sahamnya. Namun setiap hari melihat ianya membalas komen di facebook dan laman web lain, membuatkan aku rasa iri hati dan cemburu. Aku hanya sekadar memerhati dari jauh, melihat dia menjadi tumpuan lelaki lain. Kalau diikutkan hendak aku menghapuskan akaun facebook dan akaun laman web lain semata-mata untuk menghapuskan rasa iri hati dan cemburu. Namun dia mungkin tidak tahu dan dia tidak kenal bahkan memahami aku aku ini sebagaimana rupa.

Aku tahu dia menyukai dia, kerana hati ini berasa cemburu. Hati ini pun berkata orang itu bukan calang-calang jikalau hendak dibandingkan dengan diri aku ini yang tidak seberapa. Apa boleh buatt. Sudah takdir, orang mahu aku mengejarnya yang sudah pasti amat susah untuk dapat dan tanpa sokongan.

Janji

Hari jumaat ini sungguh penuh xtviti sampai yang aku kena buat sehingga aku mengiya kan apa yang orang ajak. Bila fikir-fikir balik,rumahnya jadual aku sudah clash. Janji dengan kawan aku sewaktu puasa dahulu pn aku boleh lupa. Hoho...

Janji no. 1 : Pada puasa itu hari, aku ada janji dengan kawan aku untuk menghadiri mejlis perkahwinan dia pada hari jumaat ini, 1 / 10 / 2010. Namun boleh lak aku terlupa. Seb baik ilah kawan aku tolong ingatkan aku coz aku igt nak pergi dengan dia akan majlis perkahwinan dia. So kebetulan ilah dapat cuti seminggu mulai esok, so apa lagi, planning ng dia untuk beli apa. Aku planning beli jek cadar, tp dengan syarat dia yang balutkan hadiah tu. Hihihi...

Janji no. 2 : Hari Isnin baru-baru ini, Mok adek,tauke kafe kat site aku mengajak aku pergi mandi kat jeram pada hari Jumaat ini, 1 /10 / 2010. Belah pagi @ petang aku tak sure lagi. Tapi nampak gaya cm petang jek. Kalau pagi cm tak sempat jek. Hehe. Dia kata klu aku pergi, aku boleh tumpangkan kak long ng kete aku. Haha,saje jek Mok adek nie kacau aku. Haha...tp sebenarnya aku takut gak ng kak long. Tak penah senyum ng aku,apa lagi sengih. Haha. Tadi mak kak long bekerja kat site cafe aku. Time nak makan tengahari tadi, kebetulan kawan2 dia bubuh nasi banyak,tinggi menggunung. So semua pakat gelak laa kat mak kak long neh. Kebetulan aku pn baru nak makan tadi. So mak kak long kata " Malu lak dengan menantu nih makan banyak" Habis semua orang kat kedai tadi gelakkan aku. Orang yg tengah main haji pn gelakkan aku. Malu habis aku. Hahah... Tp sedap lak rasa cm tu. mak dh approve,tp anak,aku tak kisah. Jangan paksa sudah. Hehe

Janji no. 3 : Hari selasa itu hari, abg aku call aku mintak tolong pergi KL hari Jumaat ini beli barang komputer, semua dia support termasuk tiket bas. Tapi yang agak mengecewakan aku pergi dengan bas. Agak kecewa sikit laa bila kata pergi ng bas. Kalau pergi dengan keretapi boleh tahan lagi. Mana taknya,kalau pergi dengan Bas, mesti penat gilew. Lepas tu terus pergi ke Lowyat beli barang. Sudah beli barang2 komputer dia, terus balik pada malam tu jugak. Aku fikir-fikir balik, gilew penat. Nak tunggu lowyat bukak lagi, nak bawak barang dia yg banyak lagi. Kalau pergi dengan keretapi,sedap sikit nak tido on the way perjalanan. So last-last2,tadi aku call abg aku xdapat pergi kerana aku kena kerja hari Jumaat ini. So dia pn kata tak pe lah. Maybe next week. Huhuhu...

So janji no 1,memang aku kena pergi. Tapi takut mok adek kecewa lak coz banyak kali aku decline pelawaan dia. Tengok lah cm mana nanti. Huhuhu

16 September 2010

6 Things You Should Never Reveal on Facebook

The whole social networking phenomenon has millions of Americans sharing their photos, favorite songs and details about their class reunions on Facebook, MySpace, Twitter and dozens of similar sites. But there are a handful of personal details that you should never say if you don't want criminals — cyber or otherwise — to rob you blind, according to Beth Givens, executive director of the Privacy Rights Clearinghouse.

The folks at Insure.com also say that ill-advised Facebook postings increasingly can get your insurance cancelled or cause you to pay dramatically more for everything from auto to life insurance coverage. By now almost everybody knows that those drunken party photos could cost you a job, too.

You can certainly enjoy networking and sharing photos, but you should know that sharing some information puts you at risk. What should you never say on Facebook, Twitter or any other social networking site?

Your Birth Date and Place

Sure, you can say what day you were born, but if you provide the year and where you were born too, you've just given identity thieves a key to stealing your financial life, said Givens. A study done by Carnegie Mellon showed that a date and place of birth could be used to predict most — and sometimes all — of the numbers in your Social Security number, she said.

Vacation Plans

There may be a better way to say "Rob me, please" than posting something along the lines of: "Count-down to Maui! Two days and Ritz Carlton, here we come!" on Twitter. But it's hard to think of one. Post the photos on Facebook when you return, if you like. But don't invite criminals in by telling them specifically when you'll be gone.

Home Address

Do I have to elaborate? A study recently released by the Ponemon Institute found that users of Social Media sites were at greater risk of physical and identity theft because of the information they were sharing. Some 40% listed their home address on the sites; 65% didn't even attempt to block out strangers with privacy settings. And 60% said they weren't confident that their "friends" were really just people they know.

Confessionals

You may hate your job; lie on your taxes; or be a recreational user of illicit drugs, but this is no place to confess. Employers commonly peruse social networking sites to determine who to hire — and, sometimes, who to fire. Need proof? In just the past few weeks, an emergency dispatcher was fired in Wisconsin for revealing drug use; a waitress got canned for complaining about customers and the Pittsburgh Pirate's mascot was dumped for bashing the team on Facebook. One study done last year estimated that 8% of companies fired someone for "misuse" of social media.

Password Clues

If you've got online accounts, you've probably answered a dozen different security questions, telling your bank or brokerage firm your Mom's maiden name; the church you were married in; or the name of your favorite song. Got that same stuff on the information page of your Facebook profile? You're giving crooks an easy way to guess your passwords.

Risky Behaviors

You take your classic Camaro out for street racing, soar above the hills in a hang glider, or smoke like a chimney? Insurers are increasingly turning to the web to figure out whether their applicants and customers are putting their lives or property at risk, according to Insure.com. So far, there's no efficient way to collect the data, so cancellations and rate hikes are rare. But the technology is fast evolving, according to a paper written by Celent, a financial services research and consulting firm.


23 August 2010

Fakta Atau Auta ?

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.