Showing posts with label Lawak Ke Der. Show all posts
Showing posts with label Lawak Ke Der. Show all posts

20 June 2013

Agent Insurance Dikenakan Balik


Selepas aku dengar video ini dah takde dah ejen insurance call aku. Aku rasa nak buat cam nie jek bila mereka call aku

Apabila Isteri Anda Mengamok



Asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat atau bergaduh tu biasalah. kalau tak rumahtangga tu sunyi pula dan boring. Tiada pula pahit manisnya. Apa yang anda perlu buat apabila isteri anda mengamuk?
Serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika isteri tengah marah!

Situasi 1:
Bila isteri mula turun tok nenek baling barang
————————————————————–
Anda cuba sambut ape yg dorang baling tu.
Inilah masanyer anda nak tunjuk kepantasan anda menjadi goal keeper.

Situasi 2:
Bila isteri anda mule menjerit tak pasal menengking, membebel tanpa henti
————————————————————–
Anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal.
Inilah masenyer anda nak tunjok yg suara anda sedap giler!

Situasi 3:
Bila isteri anda tenung anda cam nak telan (garang arh konon!)
————————————————————–
Anda senyum jek pandang isteri anda tuh!
Inilah masenyer anda tunjuk betapa machonya anda ketika senyum!

Situasi 4:
Bila isteri anda hambik sumer barang dia bungkus ala nak lari rumah
————————————————————–
Anda tolong kemaskan barang dia. hambik semua barang dia masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tuh.
Inilah masenyer anda nak tunjuk betapa rajinnyer anda, ringan tulang dan suka membantu.

Situasi 5:
Bila isteri anda menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
————————————————————–
Anda ketawalah berdekah hingga terguling.
Inilah masenyer anda nak buktikan bahawa anda berusaha buat isteri anda gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!

P/S : Saya tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami kecederaan apabila mengikut cara diatas :))

Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama. Terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi di sini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
. 1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

. 2. Soalan: Haloo, siapa disana?
. Jawapan: Ntah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

. 3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

. 4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

. 5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

. 8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan samad. Saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap

. 9. Soalan: halloo… …
. Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

. 10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
. Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

. 11. Soalan: Haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

. 12. Soalan: assalammualaikum…
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

p/s : haha kalo lah ada org jawab macam tu..apa korang akan buat?