Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

12 September 2014

9 Pedang Patah di Tangannya


Rasulullah bersabda, "Jika Zaid mati syahid, maka Jaafar yang menggantikannya. Jika Jaafar mati syahid, maka Abdullah bin Rawahah penggantinya."

Peperangan Mu'tah termasuk peperangan besar dalam Islam. Tentera Islam berjumlah 3000 orang menentang 200 000 orang tentera Rom Nasrani.

Tentera Islam dan tentera musuh saling berhadapan kedudukan tentera di medan perang terdiri daripada 5 pasukan;

Pasukan Depan
Pasukan Belakang
Pasukan Kanan
Pasukan Kiri
Pasukan Tengah

Tentera musuh dengan jumlah yang sangat ramai memerlukan seorang sahabat melawan puluhan musuh.

Peperangan berkecamuk dengan dahsyat. Musuh memberikan perhatian khusus kepada pembawa bendera kaum Muslimin hinggalah syahid panglima pertama, Zaid Bin Harithah.

Lalu bendera perang diambil oleh panglima kedua; Jaafar Bin Abi Talib. Beliau berperang habis-habisan hingga tangan kanannya terputus, lalu bendera dibawa dengan tangan kirinya hingga terputus. Beliau merangkul bendera dengan dadanya hingga terbunuh. Sebagai balasan, Allah menggantikan angannya dengan  sayap di syurga. Setelah beliau syahid, ditubuhnya terlihat lebih 90 luka hasil tusukan pedang, panah dan tombak.

Kemudian bendera perang dibawa oleh panglima ketiga; Abdullah Bin Rawahah dan berperang sehingga mati syahid menyusul 2 orang sahabatnya. Agar bendera perang tidak jatuh, mereka mengangkat bendera it dan bersepakat untuk menyerahkannya kepada Khalid bin Al-Walid. Maka Khalid menjadi jeneral keempat.

Keesokkan hari, Khalid dengan kecerdasannya merangka strategi baharu dengan mengubah posisi pasukan tentera Islam; Pasukan Hadapan ke belakang, Pasukan Kiri ke Kanan dan sebaliknya, sehingga musuh melihat seolah-olah tentera Muslimin mendapat bantuan baharu dan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan menjadi sebab kekalahan mereka.



Setelah lama berperang, Khalid menilai bahawa kekuatan musuh tidak sebanding tentera Muslimin, Maka beliau mengundurkan pasukannya dengan selamat hingga ke Madinah, sedangkan musuh tidak mengejar mereka kerana Rom khuatir kalau-kalau ini taktik perang kaum Muslimin untuk mengajar Rom menuju medan perang ang lebih terbuka di padang pasir. Situasi itu tentunya tidak akan menyebelahi Rom kerana muka bumi sahara akan menyusahkan mereka.

Dalam perang ini, Khalid berperang habis-habisan hingga sembilan bilah pedang patah ditangannya. Hal ini menunjukkan betapa besarnya peperangan tersebut dan betapa besarnya dan membaranya semangat jihad pada sahabat demi Islam. Sekalipun demikian dahsyat peperangan Mu'tah, sahabat yang mati syahit hanya 12 orang dan mereka pastinya memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah. Adapun pasukan musuh tidak dapat dipastikan bilangan mereka terbunuh, tetapi tentunya bilangannya ramai kerana hebatnya peperangan yang terjadi.

02 June 2013

Penuturan Nabi Muhammad s.a.w Tentang Isa Al-Masih dan Dajjal


Dari Abdullah bin Umar r.a, dia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai, lalu baginda bersabda,"Sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah. Ketahuilah, sesungguhnya mata kanan Dajjal itu buta, biji matanya bagai buah anggur yang menonjol kedepan." Kata Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda,"Aku pernah bermimpi di sisi Kaabah lalu di situ ada seorang lelaki yang berkulit sawo matang, seperti dia orang berkulit sawo matang yang paling tampan, rambutnya panjang lagi berombak sampai ke bahu dan ia memercik kepalanya dengan air. Dia meletakkan kedua tangannya di atas bahu dua orang lelaki dan bertawaf di Baitullah dengan didampingi dua orang lelaki tersebut, kemudian aku bertanya,'Siapa ini? 'Mereka menjawab, Isa putera Maryam.'Di belakangnya kamu lihat seorang lelaki berambut kerinting dan mata kanannya buta, seolah-olah mirip dengan seorang yang pernah aku lihat iaitu Ibnu Qathan. Lelaki tersebut meletakkan lengannya di atas bahu dua orang lelaki sambil tawaf di Baitullah, lalu aku bertanya, "Siapa ini? Mereka menjawab, Ini adalah al-Masih ad-Dajjal."

28 February 2013

Pelindung Diri Dari Bahaya Sihir Dengan Ayat Al-Quran


Terapi yang paling ampuh dan penting adalah membentengi diri dengan zikir serta doa yang sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan hadis. Di antara zikir dan doa tersebut adalah :

a. Membaca Ayat Kursi setiap habis solat fardhy, setelah bacaan-bacaan zikir yang disyariatkan selepas salam. Baik juga bila dibaca menjelang tidur. Ayat Kursi ini merupakan ayat teragung didalam Al-Quran, iaitu:



Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al Baqarah [2] :255)

b. Membaca

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Ikhlas [112] : 1-4)


Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk (Al Falaq [113]: 1 - 5)



Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (An-Nas [114]: 1-6)

Setiap habis solat fardhu, ditambah membaca ketiganya sebanyak 3x pada waktu permulaan siang atau setelah solat Zuhur dan permulaan malam atau setelah solat Maghrib.


c. Membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah pada waktu permulaan malam (setelah solat Maghrib) iaitu, 



Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al Baqarah [2] : 285-286)

Dalam sebuah hadis sahih disebutkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Barangsiapa membaca Ayat Kursi pada malam hari, maka Allah akan selalu menjaganya dan syaitan tidak akan mampu mendekatinya sehingga pagi."

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

"Barangsiapa membaca dua ayat terakhir surah AL-Baqarah, maka keduanya akan melindunginya (daripada segala kejahatan dan keburukan)."

24 February 2013

Sistem Suria Kita Sebenarnya Adalah Trompet Malaikat Israfil



“Dan pada hari ditiup sangkakala (trompet), maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri.” (Surah an-Naml : Ayat 87) 


Sebelum ini, manusia menyangka alam semesta ini bentuknya rata, luas terbentang. Ada juga kajian yang berpandangan bahawa alam ini bundar seperti donat. Namun, kajian terbaru yang dilakukan oleh sekempulan saintis dari sebuah universiti di Jerman lebih menarik. Hasil permerhatian yang di ketuai oleh Profesor Frank Steiner menggunakan teknologi cangih milik NASA, mereka menemui sesuatu yang menakjubkan!

Kumpulan saintis itu mendapati bahawa alam semesta ini berbentuk seperti TROMPET! Penelitian mereka mendedahkan bahawa bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) adalah bahagian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar (unobserveable). Manakala bahagian hadapan alam semesta pula tempat terletaknya bumi dan seluruh sistem suria masih boleh dilihat manusia (oberserveable), sama ada melalui penglihatan, alat teleskop mahupun pencerapan. 



Cuba perhatikan gambar diatas. Alam semesta dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian 1, 2, 3, dan 4 merupakan tempat letaknya sistem suria termasuk bumi. Manakala bahagian 5 dikategorikan sebahagian unobserveable, sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia. 

Apa pula kaitan hadis di bawah dengan penemuan kumpulan saintis tersebut? 

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : 

“ Ketika Allah S.W.T. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah S.W.T. jadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil. Kemudian ia meletakkan di mulutnya sambil melihat ke Arasy menanti bilakah ia diperintahkan untuk meniupnya.

Lalu sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, apakah sangkakala?” 

Jawab Rasulullah : “Bagaikan tanduk dari cahaya.” Sahabat bertanya lagi : Bagaimanakah besarnya?” 

Jawab Rasulullah : “Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali . Pertama Nafkhatul faza’ (untuk menakutkan). Kedua Nafkhatus sa’aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba’ats (untuk membangkitkan).” 

Hadis diatas menyebutkan sangkala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat daripada cahaya. Saiz bulatannya pula seluas langit dan bumi, ibaratnya terbentang daripada alam nyata hingga ke alam ghaib. 

Persoalannya, mungkinkah “trompet” penemuan para saintis ini ada kaitan dengan “trompet” yang bakal ditiup malaikat Israfil? Bayangkan, jika trompetnya sahaja sudah sebesar alam semesta, bagaimana agaknya apabila malaikat Israfil meniupnya? 

Hanya Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui rahsianya. Yang pasti, trompet itu sudah sekian lama tersedia di bibir malaikat Israfil. Hanya menanti arahan-Nya untuk ditiup. Sudah sediakah kita untuk mendengar bunyi trompet itu?