Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

13 February 2013

Jangan Bersedih Kaum Wanita




.............Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetah...ui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Bersedih, bersedih dan bersedih
Bersedih

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia.. Waalhualam

Source : http://www.facebook.com/pages/-Mutiara-Hikmah-/207901742686558?group_id=0

04 November 2012

Kuasa Seorang Muslimah




KUASA LAYANAN PEREMPUAN

• Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

• Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

• Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

• Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

• Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

• Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya).