15 December 2008

Apa benda nie?

Hari Khamis minggu lepas,aku pergi laa site pasal ada sembahyang hajat sempena permulaan projek Klinik Kesihatan 3, kemudian aku ada kenal laa dengan pekerja boss aku. Dia ada promote aku satu benda... aku nak korang teka apa benda nie....


Ia ialah diperbuat daripada kayu .......... . Cara nak pakai? kita minum airnya. Taruh air dalam cup kayu tu,tak kisah laa air masak @ air panas @ air sejuk ke, tinggal dalam 15minit,kemudian minum...

Aku pernah merasa...pergh,pahit gila babas. Mula time aku try letak lidah kt cup tak rasa sangat pahit,pasal yg tukang jual tu cakap, pahit...tp aku try letak lidah tak pahit pn...terasa cam kena tipu jek. Apapn aku beli gak pasal dia tu pekerja @ tukang kebun boss aku. Klu dia tipu aku,senang jek nak cari,pi umah big boss,claim balik duit.

So semalam aku try...taruh air suam,pastu terus aku minum cm air masak...skali pahit giler...lagi pahit dari ubat2 yang pernah aku makan...Cikang,betul lah dia tu cakap. Tak tipu,memang pahit.

Katanya khasiat kayu nie,leh kempiskan perut,ubati sengal2 urat dan macam lagi2. Aku beli ng dia dalam RM12 n mengikut statement dia,kalau beli kat kedai2 diaorang akan jual dalam Rm25-RM30..mahal gak. Katanya jugak, barang nie di import dari indonesia tapi diambil dari Johor

Cuba korang teka,cup ini diperbuat dari kayu apa...huhu

14 December 2008

Kereta Yang Aku Rasa Nak Beli

Tadi on the way balik kerja,terfikir pulak nak tukar kereta...Ternampak satu kereta yang buat jantung aku luruh...Kerete tu pergh,terasa jek aku nak beli,tp maybe 6 tahun akan datang kot bru aku boleh beli.

Tetiba aku terlintas kereta apa yang aku nak beli pada masa akan datang, iaitu :

Ini kereta yang aku tengok tadi..pergh,seksi ah...


kete nie aku beli pasal nak save minyak jek...nak gantikan kancil aku yg sedia ada...hehe..boleh menyelit dalam kesesakan pn boleh. Hehe...


Yang nie pulak,proton satria neo.Masa-masa 1st keluar aku memang target aku nak beli yang nie. Tp last2 terpaksa tukar kereta lain pasal org kata kereta proton banyak makan minyak..huh,tukar lah. Kereta neo nie memang nampak sporty...aku pn suka. Modeffied sket,kasi lowed ke.

Ini lak,kereta yang aku mimpi nak pakai. Tapi dalam mimpi pn tak terpakai. hahaha iaitu Aston Martin

13 December 2008

Selamat Hari Keputeraan Yang Ke-24

Selamat Hari Keputeraan yang ke-24,diucapkan kepada aku sendiri...hehe. Umur telah bertukar ke 24 tahun... huh...dh 24 tahun aku hidup didunia nie... Lepas nie apa nak buat yek.

Start kul 00.01 pagi banyak aku terima ucapan happy birthday. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang mengingati birthday aku nih. Kalau tak silap,tahun nie tahun yang paling ramai orang wish kat aku...

Banyak aku terima ucapan melalui sms pn ada,melalui ym pn ada,melalui shoutbox2 forum,friendster,myspace pn ada..fuh,banyak lah...terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada korang semua.

Time birthday nie best laa bergayut, pasal dapat buat call free kemana-mana nombor,tapi terhad kepada no. maxis sahaja... So apa lagi, nak jek bergayut dengan-dengan orang tersayang. Mula-mula call si camel,tapi dia sibuk pasal tgh kerja,dia mtk call malam..huhu, apa lagi malam tu bergayut memang tak hingat laa... dekat 2 @ 3 jam bergayut ng dia. Lama giler, hati pn puas dapat dengar suara dier... aku nak call si elin belah petang tu,sibuk jek...aku pn jd takut nak call tgh malam...kot2 minah tu tido awal ke. Huh, aku nak call aju,isk,pemalu tahap gaban pulak..org lawa jual mahal sikit...hak hak hak...

Time borak-borak ng camel selama 2jam,semua hal-hal keluar dari hal peribadi,sampai laa hal-hal office...dia siap cerita sorang mamat gay kat office dia... haha..memang lawak n aku tak perlu risau klu dia satu bilik ng sang gay tuh...comfirm tak kena goda. haha...

Tahun nie,aku tak dapat apa-apa hadiah, tp aku dapat something yang paling best...tak pernah dibuat orang... apa benda itu ? mms daripada camel. aku rasa mms dari dia laa yang paling best aku penah dpt. huhu..thanks camel...

So what next? kawen kah aku? haha...

09 December 2008

Penatnya Hari Raya Aidiladha kali Ini

Fuh,raya korban tahun ini memang penat gila gabas...start hari pertama lagi sudah penah... Pagi raya tu aku bangun pukul 5.00 pagi...sebelum subuh tuh. Agak shocking aku bangun kul 5 pagi. biasanya aku bangun kat2 kul 6.30 pagi cm tu. Ini tak,1jam sebelum subuh aku dah bangun. Mana taknya orang surau dah on start takbir hari raya jam 5.00. Bangun-bangun itu teringat aku dengan hari raya aidilfitri. Haha...

Bangun-bangun tu terus aku mengadap pc,survey website sboutbox torrent.Sikit jek ada orang...hehe. Mereka yang tidak dapat pulang ke kampung. Aku suh laa diaorang nanyi lagu balik kampung.Haha. Lepas tu smayang subuh kemudian aku turun dari rumah pukul 7 pagi. Pasal aku kena tolong abg aku dia mengerjakan korban di Pasir Mas,rumah ibu kak iparku. Siap pakai baju raya tahun lepas lagi. Baju itu mengingatkan aku sang camel yg memaksa aku pakai baju tu time gathering raya. Hehe.

Sampai Pasir Mas dalam kul 7.40am. Semua orang rumah belum mandi dan ada anak saudaraku belum bangun lagi. Haha..Awal giler lah. Jam sudah menunjukan hampir 8.30,so apa lagi rushing laa aku ng abg aku pergi masjid. Nak tunggu semua memang tak sempat kto. huhu...So habis sembahyang balik rumah mak kak ipar aku,salin pakaian untuk ke tempat korban.

Sampai jek tempat korban ada 4 ekor lembu yang sedia untuk dikorbankan. Besar-besar laa pulak lembu tahun nie aku nengok. huhu. Lembu pertama dan ke-2 selamat disembelih,tp lembu ke 3 lambat sedikit disembelih pasal orang yang nak melakukan "korban" iaitu pembelian lembu kena tangkap dengan polis pasal seludup beras. haha...aku mengeleng kepala bila dengar. Malam raya kena tangkap,keesokkan tak dpt bt upacara korban. So dia wakilkan kepada isterinya...Aku nengok isterinya masam muka jek. Fuh,mana tak marahnya, kena tangkap ng polis/kastam sbb seludup beras. tp kejap jek tu dalam lokap.Seludup beras jek,bukan seludup orang. Heheh...

Abg aku dapat lembu jantan kali nie. Lepas kena sembeliah,tolong laa siat daging. Fuh,memang penat jugak siat daging lembu nie,kena buang "baju"nya dulu,baru boleh ambil daging... Dh laa aku dapat pisau tumpul,kejap2 kena asah dgn batu pengasah,aisey... penat gak. Hampir siap tu tangan aku menggeletar pasal sendi-sendi aku jadi lemah pulak. Huhu,lama tak angkat berat.

Siap siat daging lembu sekitar jam 1 tghari, balik laa umah mak kak iparku tuh. Lepas tu lepak2 jap,jam 2 ptg aku balik laa rumah pasal nak pergi umah boss ng umah mak saudara n umah kawan aku. Sampai rumah dalam jam 3petang. Lepas tu tetiba boleh lak landing atas lantai dan siap terlena lagi pasal time aku nak landing tu,hujan renyai-renyai....Dengan tak mandinya aku terus tido...memang penat giler lah. Lepas tu aku terlena dalam sejam lebih tengok dh pukul 4.30...hujan lebat kat luar,bestnya tido...so aku terfikir laa nak pergi ke tak rumah boss aku kt wakaf bharu. Kalau aku pergi,comfirm sangkut dalam traffic jam especially kat jambatan tuh. Argh, mesti balik lambat...so aku tak pergi n aku hanya pergi rumah makcik aku jek...Umah member aku pn tak pergi jugak pasal aku terlampau penat sangat disiang hari. Nak pergi malam pn tak larat...hurm...

Malam tu aku ambil masa rehat tetiba si camel online...pelik gaks... hehe,lepas tu dia terus offline.So aku wat status "Camel Sembunyi"....bru dia reply. Borak-borak ng dia pasal dia,couple dia and so on,coz lama dh tak chat ng dia. Rindu bangat ng dia... Dia pn cakap aku skg makin nakal...Haha...memang kot makin nakal. Umur dh besar n gatai pn makin laa... Hehe... pe pun aku tetap syg ng ko camel. Kekeke... Tolong cari awek cm jasmin hani erk...jasmin hani sdiri pn boleh gaks...walaupn janda...Hahaha. Sorry lah camel semalam aku janji nak call tp tak tercall pasal terlena depan tv pasal aku ada something nak kasitau ko n advice dari ko coz ko sentiasa panjang akal...


Hari nie pulak aku kena pergi 3 jemputan makan-makan.Tapi menjadi 4 jemputan.isk...aku sorang jek tuh.

1st jemputan umah kakak aku pi makan nasi rumah dia,lauk ayam pedas. Kemudian pergi pulak ke Pasir Mas rumah mak akak ipar makan daging korban semalam. Lauk daging jek lah... Lepas tu on the way balik rumah, ada jiran aku panggil makan rumah dia pasal dia buat akikah...15 minit kemudian lepas aku sampai rumah,kawan aku ajak pi kfc makan kfc...dia yg belanja. Isk,perut baru isi,nak kena isi lagi. Kemudian malam nie pulak sepatutnya aku pergi rumah mak saudara aku pergi makan jugak. Tapi tak terpergi jugak pasal aku letih sangat. Pergi makan-makan... Esok jek lah pergi rumah mak saudara aku tuh..ari nie penat pasal drive dan kenyang gila...lauk yang makcik aku kasi n kak ipar aku kasi pn aku tak sentuh lagi.Peram dalam peti ais...isk isk isk...

Esok mintak2 jadi deting ng cikgu esok...haha @ classmate aku lah...korang jangan salah paham pulak...lawa woo...kekeke

04 December 2008

Ada Orang Nak Carikan aku.... ?

Kelmarin dulu aku dapat sms dari mak su aku...dlm sms tu,mengatakan orang itu hendak mencari isteri untuk aku. Siap ada criteria tuh... tak tahan las... criterianya, profesion cikgu, n anak kelantan. pergh,tak leh blah siap ada criteria... lepas tu aku balas balik sms tu, kata kat mak su aku ckp, orang tersebut ada kat.... tunggu diaorang balik laa,bru leh sms. kemudian mak su aku call. aku ingatkan maksu aku salah hantar sms,tp orang itu yang hantar sms kepada mak su aku. Mintak tolong carikan aku isteri...tak leh blah la..nak tercabut isi perut aku gelak...

lepas tu termenung kejap dalam office,apa hal laa nak sampai ada criteria sampai cam tu sekali. huh. ikut suka aku laa nak yang cam mana. nak yang jadi cikgu ke,tukang masak ke,haper ke. who's cares and by the way, im still not prepare to be somebody husband. not until 2010 or 2011. I still got plenty of work that i want to do. At least wait until i am age 26 coz now iam only 24... Beside that, iam not a good man... like to play@geli especially ng aju...hak hak hak...wat gossip lagi nih(aku xmo buang nama ko aju). Haha...

Kumpul duit,enjoy2,beli pc latest pc dulu ke,kerja sepenuh hati...tak mahu ada lagi lain-lain tanggungjawab. Not prepare nak tanggung anak orang lagik.