Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itu adalah Al-QURAN dan SUNNAHKU - Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
01 April 2012
Kisah Malaikat Maut Mencabut Rohnya Sendiri
Bertanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yang dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."
Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak 3 kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi, kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.
Apabila telah ditiup sangkakala untuk mematikan semua makhluk, maka matilah semua makhluk kecuali malaikat Jibril,malaikat Mikail, malaikat Israfil dan Hamalatul Arsy. Kemudian Allah SWT memerintahkan mencabut roh ke semua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh kesemua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh semua malaikat dan yang tinggal hanya Malakulmaut dan Allah SWT sahaja.
Lalu Allah SWT bertanya pada Malakulmaut: "Haai Malakulmaut, siapa yang masih tinggal?" Jawab Malakulmaut: "Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah."
Maka firman Allah SWT: "Hai Malakulmaut, tidakkah kamu dengar firmanKu! Kullu nafsin dza'iqtul maut, tidakkah kau tahu setiap yang berjiwa itu mesti merasakan mati! Firman Allah lagi: "Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu dan engkau juga harus mati."
Dalam riwayat lain pula dikisahkan iaitu apabila Allah SWT telah perintahkan Malakulmaut mencabut rohnya sendiri, maka pergilah Malakulmaut ketempat iaitu antara syurga dan neraka lalu ia mencabut rohnya sendiri.
Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah ia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.
lalu berkata Malakulmaut: "Kalaulah aku tahu kesakitan begini diwaktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."
Setelah semua makhluk Allah mati, Allah SWT lalu berfirman kepada bumi yang rendah ini: "Di manakah raja-raja dan anak-anak raja. Dimanakah raksaksa-raksaksa dan anak-anaknya yang makan rezeki Aku tetaip menyembah lain dari Aku?".
Kemudian Allah berfirman lagi: "Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?" Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab melainkan Allah sendiri yang menjawab: "Hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu.".
Kemudian Allah menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki. Maka turunlah hujan dengan airnya seakan-akan air mani lelaki selama 40hari sehingga air naik atas segala sesuatu setinggi 12 hasta. Maka Allah mengeluarkan makhluknya bagai sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana asalnya.
Kemudian Allah menyeru: "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatul Arsy." Maka hiduplah mereka dan Allah menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya."
Lalu Allah menyeru: "Hiduplah Jibrail dan Mikail." Maka hiduplah kedua mereka. Kemudian Allah memanggil kesemua roh dan diletakkan dalam sangkakala. Lalu Allah menyuruh Israfil meniup sangkakala.
Apabila Israfil meniup sahaja sangkakala itu, maka berterbanglah roh-roh keluar bagaikan lebah memenuhi angkasa antara langit dan bumi lalu masuk roh itu ke dalam jasad melalui hidung. Maka bumi mengeluarkan mereka. Orang pertama yang akan keluar dari bumi ialah Rasulullah SAW.
Dalam hadith diterangkan bahawa, sesungguhnya apabila Allah telah menhidupkan Jibrail dan Mikail, maka pergilah kedua-duanya ke kubur Rasulullah sambil membawa Buraq(sejenis haiwan yang ditunggangi ketika Rasulullah pergi Israk Mikraj) dan perhiasan-perhiasan dari syurga.
Apabila sampai saja mereka dikubur Rasulullah, terbukalah kubur baginda. Apabila Rasulullah melihat Jibrail, baginda pun bertanya: "Hari apakah ini?" jawab Jibril: "Inilah hari kiamat yang hari yang sangat menggetarkan."
Kemudian Rasulullah bertanya lagi: "Terimalah khabar gembira kerana kamu adalah orang yang pertama keluar dari perut bumi."
Kemudian Allah memerintahkan Israul meniup sangkakala. Apabila ditiup saja sangkakala, keluarkan semua orang dari perut bumi sambil melihat keadaan sekeliling.
Dalam hadith Abu Hurairah diterangkan: "Apabila semua manusia keluar dari perut bumi, keadaan mereka adalah telanjang tanpa berpakaian dan mereka berjalan menuju kepada Tuhan mereka. Kemudian mereka berhenti di satu tempat selama 70 tahun. Allah membiarkan mereka dan tidak melihat keadaan mereka. Maka menangislah mereka sehingga habis air mata dan keluar darah disertai dengan peluh yang melimpah hingga menjadi banjir ke mulut."
31 March 2012
Malaikat Jibril Terhalang Masuk ke Rumah Rasulullah SAW
Setelah itu baginda menoleh ke belakang dan terpandang seekor anjing kecil dibawah tempat tidur, maka baginda berkata: "Wahai Aisyah! Sejak bilakah anak anjing ini masuk ke sini?" Lalu Aisyah ra berkata: "Wallah! Aku tidak tahu menahu tentang anjing ini."
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menghalau anjing itu keluar. Setelah itu Jibrail as pun masuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Anda telah berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan dan aku telah menunggu anda, tetapi anda tidak juga datan."
Berkata Jibril as: "Aku tidak dapat masuk sebab terhalang oleh anjing dalam rumah kami, kami malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar-gambar. Dengan terbacanya kisah ini adalah baik kita menanggalkan gambar-gambar yang berbentuk haiwan dalam rumah kita, sebab malaikat tidak akan berkunjung kerumah yang mana terdapat anjin dan gambar-gambar
Beribu Malaikat Mengiringi Turunnya Ayat Kursi
Dan terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan kursi,ernitnya tempat duduk Allah SWT, tetapi adalah kursi itu syiar atas kebesaran Allah SWT.
Allah SWT menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi. Kebesaran tujuh lapis langit dan bumi dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah umpama serumpun pohon di tengah padang pasir yang luas, disamping kiri dan kanan kursi yang megah itu dijadi pula beribu-ribu kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahanya. Pada tiap-tiap kursi itu duduk malaikat yang membaca ayat kursi dan malaikat menulis pahala orang yang membaca ayat kursi itu.
Siapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk sekali setelah selesai sembahyang fardhu, setiap pagi,petang, setiap kali keluar masuk ke pasar, setiap hendak masuk tidur dan pergi musafir. Insy Allah ia akan mengamankan kita dari godaan syaitan dan kejahatan manusia dan kejahatan binatang-binatang yang memudharatkan, terpelihara dirinya, keluarganya, anak-anaknya, harta bendanya dengan izin Allah SWT.
Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca 18 kali, insya Allah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT dari segala bala bencana.
Syeikh Abul Abbas Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan pada air hujan, kemudian ia meminumnya, maka insya Allah, Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajarinya.
Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardu, Allah SWT akan mengampuni dosanya dan sesiapa yang membaca ayat kursi sewaktu ia hendak tidur maka dengan izin Allah ia kan terpelihara daripada gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membaca diwaktu ia marah maka akan hilanglah rasa marahnya.
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Malaikat
Penulis : Muhammad Isa Selamat
Dialog Dua Malaikat Yang Mencatat Amalan Baik Dan Amalan Buruk
Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan: "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata yang disebelah kanan: "Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa."
Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi: "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catatkan?" Berkata malaikat yang disebelah kanan: "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat."
Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berkata: "Kalau macam itu bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam."
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Malaikat
Pengarang : Muhammad Isa Selamat
15 March 2012
Jangan Dalam Islam

JANGAN DALAM ISLAM
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

