Bahaya! Statistik kes rogol semakin menurun! Ini adalah petanda
bahaya..satu petanda yang menunjukkan bahawa pekerjaan doktor, polis dan
lain-lain jenis pekerjaan semakin berkurang..Maka mungkin suatu hari
nanti negara kita takkan memerlukan lagi polis untuk menyiasat kes rogol
dan juga negara juga mungkin takkan memerlukan lagi doktor untuk
membuat post mortem terhadap janin dan bayi yang sebelum ini bersepah
digonggong anjing dan bermain-main di tali air ataupun longkang yang
berhampiran..Kemungkinan besar pekerjaan yang bersangkut paut dengan kes
rogol akan pupus dan lenyap ditelan zaman!
Situasi ini sangat merbahaya kepada kerajaan Malaysia! Jadi kepada
wanita wanita di luar sana..jom ikuti teknik teknik di bawah sebagai
suatu sumbangan dan pengorbanan korang sebagai satu tanda cintanya
korang kepada tanah air tercinta ini demi mengelakkan Malaysia
kehilangan sektor pekerjaan yang penting dalam membina sebuah negara
yang maju dan bertamadun.
PERTAMA : Untuk menjayakan misi mengorbankan diri untuk negara ini
memerlukan korang bekerja keras di luar rumah..Jadi sebelum keluar rumah
itu kalau boleh pakaian tu jangan la tutup sangat..Ustazah ni tidak
sesuai untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab ini..maka sebelum
keluar tu pastikan pakaian tu tidak terlalu longgar, sedikit sendat dan
tudung tu WAJIB kecik dan tidak menutup dada supaya ianya tidak
mengganggu pergerakan korang demi memperjuangkan nasib tanah air
tercinta ini.Teknik persiapan seperti ini jarang diajar kepada orang
biasa..
KEDUA : Jangan keluar sorang-sorang! Bahaya! Kalau boleh keluar la
berdua..keluar dengan pakwe ke pacar ke BF ke..apa lagi kata ganti nama
kepada pasangan tidak halal ni? Apa-apa je la kan..masa keluar tu alaaa
pegang la tangan pakwe tu ketat-ketat..muka tu jangan la ketat
pulak..cuba senyum manja...^__^ haaa camni..
KETIGA : Dah keluar tu takkan taknak makan bersama kan? Cuba tunjukkan
kasih sayang seorang kekasih kepada kekasih tidak halal korang tu..suap
dia! ok? Pastu dengan muka mencebik cakap camni " Alaaaa baby ni, mam
cam baby..comot cungguh..meh ayang nak tesat "..( ini bahasa manja
kekasih..lu orang ape tahu )
KEEMPAT : Lepas adegan suap menyuap dah selesai..cuba tanya dia
soalan-soalan yang boleh merangsang otaknya untuk berimaginasi..bukankah
soalan-soalan yang berorientasikan imaginasi ini boleh menajamkan IQ
seseorang! Tanya je soalan berkaitan apakah perancangan masa depan
bersama si 'bakal suami kononnya' tu..tanya nanti nak cat bilik warna
ape..bilik pengantin nanti nak perabot camne..paling penting kena tanya
bab KATIL! Ingat, bab KATIL! Tanya la pakwe tu nanti katil tu nak pakai
saiz Queen ke King..pastu nak cadar warna apa..kalau boleh rancang terus
daripada sekarang warna cadar untuk malam pertama nanti..ok?
KELIMA : Selesai dengan teknik meransang minda..kepada pergi kepada
teknik meransang hormon lelaki supaya pakwe korang tu nanti makin punya
sifat kelakian..bukankah punya sifat kelakian itu adalah macho? ****h la
sape-sape taknak pakwe macho..Lokasi seterusnya adalah panggung
wayang..kalau lelaki biasanya bersifat gentleman untuk menambat hati
pasangan, maka korang timbulkanlah sifat gentlewoman korang tu terhadap
pasangan masing masing ketika menonton panggung wayang..bila ada je
adegan ngeri dan seram maka korang peluk la erat-erat lengan pasangan
korang tu..bukan apa, ianya mampu meransang hormon lelaki pakwe korang
untuk dirembeskan dengan sangat cepat, maka pakwe korang tu mesti takkan
terasa takut dan seram akibat pengeluaran hormon kelakian yang
berlebihan..jadi lepas tu korang boleh la berbangga dengan kemachoan
pakwe korang tu dekat member-member yang lain..
KEENAM : Selesai sudah teknik meransang hormon lelaki di panggung
wayang, jadi seterusnya korang pun balik la ke rumah kan..Ok, disini
peranan korang adalah untuk menelefonnya setiap masa..kalau boleh tu
waktu tengah malam sikit..mula-mula tu tanya la pakwe korang tu pasal
agama..pastu suka hati korang la nak cakap pasal apa..alaah, jangan jadi
jumud ok! Ini adalah teknik rahsia di mana ianya hanya diketahui
pasangan-pasangan kekasih yang sedang berjuang.Ini dinamakan teknik
memohon keberkatan dalam perhubungan..
KETUJUH : Yang terakhir ini adalah teknik yang paling dasyat..mengikut
statistik yang dikeluarkan Metro dan Kosmo menyebutkan bahawa teknik
inilah yang menemui kegagalan paling minimum..testimoni daripada
pengamal teknik ini rata-rata mengakui keberkesanan teknik ini..Inilah
teknik Ajak & Sembunyi..jadi untuk mengamalkan teknik ini memerlukan
korang menguasai teknik-teknik di atas secara mahir..Teknik Ajak &
Sembunyi memerlukan korang menantikan hari istimewa buat sang kekasih
contohnya Valentine's Day, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Besday dia dan
lain-lain hari yang korang rasa ianya betul-betul istimewa buat pakwe
korang tu..maka setelah hari istimewa itu tiba, maka korang pun belikan
pakwe tu hadiah istimewa dan AJAK pakwe tu ke suatu tempat yang
terSEMBUNYI daripada pandangan mata manusia yang lain..takkan la nak ke
tempat yang korang boleh sembunyi daripada malaikat Rakib dan 'Atid
kot..bengong! Mana ada tempat persembunyian camtu..Ok, kenapa kena pergi
tempat tempat yang sunyi dan tersembunyi camtu? Sebab ianya penting
untuk misi korang ini berjaya..lagipun tempat tempat camtu kan
romantik..sesuai untuk korang bermadu kasih dan cinta..sekian.
Info tambahan : Selepas selesai melakukan ketujuh-tujuh teknik di
atas..maka jika kena gaya dan masanya maka korang akan mendapat anak
tidak sah taraf dalam jangka masa terdekat..jadi adakah misi korang
sudah selesai? Belum! Selepas ditinggalkan pakwe korang atas alasan
ingin menjaga agama dan maruah keluarga maka korang mestilah
mengumpulkan bahan bukti seperti SMS jiwang dan juga rekod
perbualan..maka selepas itu bawalah bahan bukti terbabit ke balai polis
berhampiran dan buatlah laporan polis bahawa korang dirogol..Ianya baik
untuk kelestarian pasukan polis untuk terus mencari makan dengan
menyelongkar dan menyiasat bukti-bukti yang korang bawa tadi.
Lagi Info tambahan : Selepas selesai melahirkan anak tidak sah taraf
korang tu..jangan buang terlalu dekat seperti di tepi surau ataupun di
sekitar pasar kerana kemungkinan untuk korang ditangkap dan didakwa
adalah sangat besar..maka apa yang perlu korang lakukakan adalah
letakkan anak tidak sah taraf korang tu secara perlahan lahan di tali
air ataupun longkang yang mengalir kerana ianya terbukti berkesan untuk
menghilangkan kesan bukti yang ditinggalkan..Ianya baik untuk
kelestarian pekerjaan yang terlibat dalam kerja-kerja post mortem
seperti doktor dan penyiasat persendirian..Jadi kepada wanita yang telah
menguasai teknik ini dan telah berjaya dirogol pakwe dengan jayanya
maka diucapkan sekalung kalung tinggi penghargaan dan tahniah KERANA
ANDA TELAH TERBUKTI BERJASA UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA!
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itu adalah Al-QURAN dan SUNNAHKU - Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
04 April 2012
Petrol RON97 naik 10 sen, RON95 kekal
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.
Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.
Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama

Nabi Ibrahim Menolak Pertolongan Jibrail Dan Mikail
Ketika Nabi Ibrahim as akan dilempar oleh Namrud ke dalam kawah api yang siap membakarnya, tiba-tiba Malaikat Jibril datang menawarkan pertolongan.
"Wahai Ibrahim! Apakah engkau memerlukan pertolonganku?" tanyanya. "Kalau darimu, aku tidak perlu sebarang pertolongan. Cukuplah penolongku Allah semata-mata, dan Dia adalah sebaik-baik Penolong," jawab Nabi Ibrahim as.
Kemudian, datang pula Malaikat Mikail menawarkan bantuan. Katanya: "Wahai Ibrahim, apabila engkau inginkan, aku akan padamkan api ini kerana kunci-kunci hujan dan air berada dalam genggamanku."
"Kalau pertolongan darimu, tidak kuperlukan," jawab Ibrahim. Datang lagi Malaikat lain yang bertugas meniup angin menawarkan bantuan. Katanya: "Wahai Ibrahim, kalau engkau inginkan, aku akan tiupkan angin yang boleh memadamkan api itu."
"Tidak darimu." Jawab Ibrahim.
Lalu, Jibril datang lagi dan berkata: "Kalau begitu, mohonlah dari Allah."
"Hanya kepadaNya dan hanya dariNya tempat aku bermohon; dan Dia Maha Tahu tentang keadaanku..." Jawab Ibrahim as.

01 April 2012
Jibril a.s., Kerbau, Kelawar, dan Cacing
Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri
a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan
Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril
a.s. segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.
Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Kisah Malaikat Maut Mencabut Rohnya Sendiri
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah SWT telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah SWT menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkan di mulutnya melihat ke Arsy dan menantikan perintah Allah SWT."
Bertanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yang dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."
Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak 3 kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi, kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.
Apabila telah ditiup sangkakala untuk mematikan semua makhluk, maka matilah semua makhluk kecuali malaikat Jibril,malaikat Mikail, malaikat Israfil dan Hamalatul Arsy. Kemudian Allah SWT memerintahkan mencabut roh ke semua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh kesemua malaikat-malaikatnya. Maka Malakulmaut pun mencabut roh semua malaikat dan yang tinggal hanya Malakulmaut dan Allah SWT sahaja.
Lalu Allah SWT bertanya pada Malakulmaut: "Haai Malakulmaut, siapa yang masih tinggal?" Jawab Malakulmaut: "Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah."
Maka firman Allah SWT: "Hai Malakulmaut, tidakkah kamu dengar firmanKu! Kullu nafsin dza'iqtul maut, tidakkah kau tahu setiap yang berjiwa itu mesti merasakan mati! Firman Allah lagi: "Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu dan engkau juga harus mati."
Dalam riwayat lain pula dikisahkan iaitu apabila Allah SWT telah perintahkan Malakulmaut mencabut rohnya sendiri, maka pergilah Malakulmaut ketempat iaitu antara syurga dan neraka lalu ia mencabut rohnya sendiri.
Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah ia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.
lalu berkata Malakulmaut: "Kalaulah aku tahu kesakitan begini diwaktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."
Setelah semua makhluk Allah mati, Allah SWT lalu berfirman kepada bumi yang rendah ini: "Di manakah raja-raja dan anak-anak raja. Dimanakah raksaksa-raksaksa dan anak-anaknya yang makan rezeki Aku tetaip menyembah lain dari Aku?".
Kemudian Allah berfirman lagi: "Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?" Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab melainkan Allah sendiri yang menjawab: "Hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu.".
Kemudian Allah menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki. Maka turunlah hujan dengan airnya seakan-akan air mani lelaki selama 40hari sehingga air naik atas segala sesuatu setinggi 12 hasta. Maka Allah mengeluarkan makhluknya bagai sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana asalnya.
Kemudian Allah menyeru: "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatul Arsy." Maka hiduplah mereka dan Allah menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya."
Lalu Allah menyeru: "Hiduplah Jibrail dan Mikail." Maka hiduplah kedua mereka. Kemudian Allah memanggil kesemua roh dan diletakkan dalam sangkakala. Lalu Allah menyuruh Israfil meniup sangkakala.
Apabila Israfil meniup sahaja sangkakala itu, maka berterbanglah roh-roh keluar bagaikan lebah memenuhi angkasa antara langit dan bumi lalu masuk roh itu ke dalam jasad melalui hidung. Maka bumi mengeluarkan mereka. Orang pertama yang akan keluar dari bumi ialah Rasulullah SAW.
Dalam hadith diterangkan bahawa, sesungguhnya apabila Allah telah menhidupkan Jibrail dan Mikail, maka pergilah kedua-duanya ke kubur Rasulullah sambil membawa Buraq(sejenis haiwan yang ditunggangi ketika Rasulullah pergi Israk Mikraj) dan perhiasan-perhiasan dari syurga.
Apabila sampai saja mereka dikubur Rasulullah, terbukalah kubur baginda. Apabila Rasulullah melihat Jibrail, baginda pun bertanya: "Hari apakah ini?" jawab Jibril: "Inilah hari kiamat yang hari yang sangat menggetarkan."
Kemudian Rasulullah bertanya lagi: "Terimalah khabar gembira kerana kamu adalah orang yang pertama keluar dari perut bumi."
Kemudian Allah memerintahkan Israul meniup sangkakala. Apabila ditiup saja sangkakala, keluarkan semua orang dari perut bumi sambil melihat keadaan sekeliling.
Dalam hadith Abu Hurairah diterangkan: "Apabila semua manusia keluar dari perut bumi, keadaan mereka adalah telanjang tanpa berpakaian dan mereka berjalan menuju kepada Tuhan mereka. Kemudian mereka berhenti di satu tempat selama 70 tahun. Allah membiarkan mereka dan tidak melihat keadaan mereka. Maka menangislah mereka sehingga habis air mata dan keluar darah disertai dengan peluh yang melimpah hingga menjadi banjir ke mulut."

Subscribe to:
Posts (Atom)