11 April 2012

Syarahan Iblis Dalam Neraka


DALAM sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai ke neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar daripada api, dipakaikan pakaian daripada api, bermahkota daripada api dan diikat iblis dengan tali daripada api.

Ketika itu terdengarlah suara menyeru iblis: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka!"

Iblis pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai penghuni neraka! Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik! Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar dan bahawa kamu semua mati, akan dihalau dan dihisab untuk menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan lagi ke neraka Sa'ir..."

Semua penghuni neraka mendengar segala ucapan iblis yang menjadi ketua mereka. Iblis menyambung: "Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia selama-lamanya.

"Tidak! Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atasmu melainkan aku hanya mengganggu dan memperdaya kamu semua dengan tipu muslihat. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu.

"Oleh itu, janganlah kamu mengumpat dan mencaci aku, sebaliknya umpatlah diri kamu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah lebih berhak mengumpat daripada aku mengumpat."

Iblis terus berucap sambil menyoal kebodohan penghuni neraka. Sambil menempelak, iblis mengakui Allah yang paling berkuasa menciptakan segala sesuatu.

"Mengapa kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan Dialah Allah yang menciptakan segala sesuatu?" soal iblis.

Iblis mengakhiri syarahannya dengan berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripada seksaan Allah dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas daripada apa yang telah aku katakan kepada kamu dahulu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari hadrat Tuhan, seru sekelian alam."

Setelah itu iblis dipukul oleh malaikat Zabaniah dengan tombak daripada api dan jatuh ke neraka paling bawah. Kekal iblis di situ bersama-sama dengan pengikut setianya.

09 April 2012

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

05 April 2012

FAM putuskan Annuar Musa bersalah, digantung 2 tahun 6 bulan

KELANA JAYA: Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.

Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah. 

04 April 2012

7 Teknik Berkesan Untuk Dirogol

Bahaya! Statistik kes rogol semakin menurun! Ini adalah petanda bahaya..satu petanda yang menunjukkan bahawa pekerjaan doktor, polis dan lain-lain jenis pekerjaan semakin berkurang..Maka mungkin suatu hari nanti negara kita takkan memerlukan lagi polis untuk menyiasat kes rogol dan juga negara juga mungkin takkan memerlukan lagi doktor untuk membuat post mortem terhadap janin dan bayi yang sebelum ini bersepah digonggong anjing dan bermain-main di tali air ataupun longkang yang berhampiran..Kemungkinan besar pekerjaan yang bersangkut paut dengan kes rogol akan pupus dan lenyap ditelan zaman!

Situasi ini sangat merbahaya kepada kerajaan Malaysia! Jadi kepada wanita wanita di luar sana..jom ikuti teknik teknik di bawah sebagai suatu sumbangan dan pengorbanan korang sebagai satu tanda cintanya korang kepada tanah air tercinta ini demi mengelakkan Malaysia kehilangan sektor pekerjaan yang penting dalam membina sebuah negara yang maju dan bertamadun.


PERTAMA : Untuk menjayakan misi mengorbankan diri untuk negara ini memerlukan korang bekerja keras di luar rumah..Jadi sebelum keluar rumah itu kalau boleh pakaian tu jangan la tutup sangat..Ustazah ni tidak sesuai untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab ini..maka sebelum keluar tu pastikan pakaian tu tidak terlalu longgar, sedikit sendat dan tudung tu WAJIB kecik dan tidak menutup dada supaya ianya tidak mengganggu pergerakan korang demi memperjuangkan nasib tanah air tercinta ini.Teknik persiapan seperti ini jarang diajar kepada orang biasa..


KEDUA : Jangan keluar sorang-sorang! Bahaya! Kalau boleh keluar la berdua..keluar dengan pakwe ke pacar ke BF ke..apa lagi kata ganti nama kepada pasangan tidak halal ni? Apa-apa je la kan..masa keluar tu alaaa pegang la tangan pakwe tu ketat-ketat..muka tu jangan la ketat pulak..cuba senyum manja...^__^ haaa camni..


KETIGA : Dah keluar tu takkan taknak makan bersama kan? Cuba tunjukkan kasih sayang seorang kekasih kepada kekasih tidak halal korang tu..suap dia! ok? Pastu dengan muka mencebik cakap camni " Alaaaa baby ni, mam cam baby..comot cungguh..meh ayang nak tesat "..( ini bahasa manja kekasih..lu orang ape tahu )


KEEMPAT : Lepas adegan suap menyuap dah selesai..cuba tanya dia soalan-soalan yang boleh merangsang otaknya untuk berimaginasi..bukankah soalan-soalan yang berorientasikan imaginasi ini boleh menajamkan IQ seseorang! Tanya je soalan berkaitan apakah perancangan masa depan bersama si 'bakal suami kononnya' tu..tanya nanti nak cat bilik warna ape..bilik pengantin nanti nak perabot camne..paling penting kena tanya bab KATIL! Ingat, bab KATIL! Tanya la pakwe tu nanti katil tu nak pakai saiz Queen ke King..pastu nak cadar warna apa..kalau boleh rancang terus daripada sekarang warna cadar untuk malam pertama nanti..ok?


KELIMA : Selesai dengan teknik meransang minda..kepada pergi kepada teknik meransang hormon lelaki supaya pakwe korang tu nanti makin punya sifat kelakian..bukankah punya sifat kelakian itu adalah macho? ****h la sape-sape taknak pakwe macho..Lokasi seterusnya adalah panggung wayang..kalau lelaki biasanya bersifat gentleman untuk menambat hati pasangan, maka korang timbulkanlah sifat gentlewoman korang tu terhadap pasangan masing masing ketika menonton panggung wayang..bila ada je adegan ngeri dan seram maka korang peluk la erat-erat lengan pasangan korang tu..bukan apa, ianya mampu meransang hormon lelaki pakwe korang untuk dirembeskan dengan sangat cepat, maka pakwe korang tu mesti takkan terasa takut dan seram akibat pengeluaran hormon kelakian yang berlebihan..jadi lepas tu korang boleh la berbangga dengan kemachoan pakwe korang tu dekat member-member yang lain..


KEENAM : Selesai sudah teknik meransang hormon lelaki di panggung wayang, jadi seterusnya korang pun balik la ke rumah kan..Ok, disini peranan korang adalah untuk menelefonnya setiap masa..kalau boleh tu waktu tengah malam sikit..mula-mula tu tanya la pakwe korang tu pasal agama..pastu suka hati korang la nak cakap pasal apa..alaah, jangan jadi jumud ok! Ini adalah teknik rahsia di mana ianya hanya diketahui pasangan-pasangan kekasih yang sedang berjuang.Ini dinamakan teknik memohon keberkatan dalam perhubungan..


KETUJUH : Yang terakhir ini adalah teknik yang paling dasyat..mengikut statistik yang dikeluarkan Metro dan Kosmo menyebutkan bahawa teknik inilah yang menemui kegagalan paling minimum..testimoni daripada pengamal teknik ini rata-rata mengakui keberkesanan teknik ini..Inilah teknik Ajak & Sembunyi..jadi untuk mengamalkan teknik ini memerlukan korang menguasai teknik-teknik di atas secara mahir..Teknik Ajak & Sembunyi memerlukan korang menantikan hari istimewa buat sang kekasih contohnya Valentine's Day, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Besday dia dan lain-lain hari yang korang rasa ianya betul-betul istimewa buat pakwe korang tu..maka setelah hari istimewa itu tiba, maka korang pun belikan pakwe tu hadiah istimewa dan AJAK pakwe tu ke suatu tempat yang terSEMBUNYI daripada pandangan mata manusia yang lain..takkan la nak ke tempat yang korang boleh sembunyi daripada malaikat Rakib dan 'Atid kot..bengong! Mana ada tempat persembunyian camtu..Ok, kenapa kena pergi tempat tempat yang sunyi dan tersembunyi camtu? Sebab ianya penting untuk misi korang ini berjaya..lagipun tempat tempat camtu kan romantik..sesuai untuk korang bermadu kasih dan cinta..sekian.


Info tambahan : Selepas selesai melakukan ketujuh-tujuh teknik di atas..maka jika kena gaya dan masanya maka korang akan mendapat anak tidak sah taraf dalam jangka masa terdekat..jadi adakah misi korang sudah selesai? Belum! Selepas ditinggalkan pakwe korang atas alasan ingin menjaga agama dan maruah keluarga maka korang mestilah mengumpulkan bahan bukti seperti SMS jiwang dan juga rekod perbualan..maka selepas itu bawalah bahan bukti terbabit ke balai polis berhampiran dan buatlah laporan polis bahawa korang dirogol..Ianya baik untuk kelestarian pasukan polis untuk terus mencari makan dengan menyelongkar dan menyiasat bukti-bukti yang korang bawa tadi.


Lagi Info tambahan : Selepas selesai melahirkan anak tidak sah taraf korang tu..jangan buang terlalu dekat seperti di tepi surau ataupun di sekitar pasar kerana kemungkinan untuk korang ditangkap dan didakwa adalah sangat besar..maka apa yang perlu korang lakukakan adalah letakkan anak tidak sah taraf korang tu secara perlahan lahan di tali air ataupun longkang yang mengalir kerana ianya terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan bukti yang ditinggalkan..Ianya baik untuk kelestarian pekerjaan yang terlibat dalam kerja-kerja post mortem seperti doktor dan penyiasat persendirian..Jadi kepada wanita yang telah menguasai teknik ini dan telah berjaya dirogol pakwe dengan jayanya maka diucapkan sekalung kalung tinggi penghargaan dan tahniah KERANA ANDA TELAH TERBUKTI BERJASA UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA!
 

Petrol RON97 naik 10 sen, RON95 kekal

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.
Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.
Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama