09 May 2013

Fatimah az-zahra r.a. dan Gilingan Gandum


Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w menemui anaknya Fatimah az-zahra r.a. Didapati anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w bertanya pada anakdanya,"Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah?, semoga Rasulullah s.a.w tidak menyebabkan matamu menangis".Fatimah r.a. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis".Lalu duduklah Rasulullah s.a.w di sisi anakdanya. Fatimah r.a melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikan kiranya ayahanda meminta "aliy(suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya didalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t  Rasulullah s.a.w meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakdannya dengan tangannya sedangkan penggiling itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah s.a.w berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t", maka penggiling itu berhenti berputar lalu penggiling itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w, demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t suatu ayat yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api negara yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w kelak hamba menjadi batu yang masuk kedalam neraka. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda kepada batu penggiling itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggiling batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada anakdanya," Jika Allah s.w.t menghendaki wahai Fatimah, niscaya penggiling itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untu suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t menuliskan untuknya dari setiap biji gandung yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya suatu darjat".

"Ya Fatimah perempuan mana yang berkeringat ketiak ia mengiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t menjadikan antaranya dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anak dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t akan menghalanginya dari meminum air telaga kautshar pada hari kiamat".

"Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredaan suami terhadap isterinya. Jikalau suaminya tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redha suami itu daripada Allah s.w.t dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.? Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untukmu dan Allah s.w.t akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaanya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t akan menkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat sehingga hari kiamat."

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah s.w.t untuknya seribu bahala haji dan umrah. Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat),"

02 May 2013

Setahun Hutang Gaji Tertunggak



Tahun lepas aku berkerja dengan kawan aku yang bernama Mat Kamaruddin Mat Adam. Kerja hanya 2 bulan jek. Gaji 1st bulan dibayar ansur-ansur pada bulan ke 2. Dan pada tarikh perkahwinan adik ipar aku, aku berhenti kerja. Ini bermakna sudah cukup 2 bulan aku berkerja. Dia berjanji untuk menyelesaikan gaji aku dan minta no account bank dengan aku. So aku bagi lah no account bini aku kepada dia iaitu no account CIMB. Tunggu punya tunggu tak masuk jugak, so mungkin ada masalah kewangan. Tup-tup aku lupa dan aku teringat balik gaji yang tertunggak selepas gaji daripada Ketella Timur Resources pun tak bayar jugak. So aku contact balik. Berikut adalah perbualan sms aku dengan Mat Kamaruddin Mat Adam



Mar 28, 13, Me : Mat, bilo nok byr gaji aku? Nk dekat setahun aku tunggu

23 Apr, 10:19am, Me : Mat, no byr atau xse byr gaji aku?

23 Apr, 11:23am, 0196990677 : Bg no maybank. Ikut rekod kawe boleh bg rm250 je. Sbb tolak demo tak mari kerja dan balance...

23 Apr, 11:29am, Me : Ikut rekod mg berapo hari aku gi kijo ng mg dulu?

2 May, 12:28am, Me : "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan." (Riwayat Al-Iman Al-Tarmizi)

2 May, 12:30am, 0196990677 : Mg ni gilo la mi. Aku minta no maybank mu tak bg.

2 May, 12:32am, Me : Mg lh gilo. Kt setahun aku tunggu. Klu aku xtahu mg xbyr doh. Dan xsetuju dgn rm250. Aku tnya mg rekod mg aku semaso aku gi kijo ng mg xse oyak

2 May, 12:33am, 0196990677 : Aku dok kt ni. Bg la no bank tu... supaya senang aku masuk

2 May, 12:35am, Me:  Mg nok byr berapo drpd gaji sebenar aku.

2 May 12:37am, 0196990677 : Berapo mu expect ?

2 May 12:41am, Me : 800

2 May 12:42am. 0196990677 : Aku bagi 500. Tgh2

2 May 12:44am, Me : Aku nak 800.Xsetuju  dengan 500. Ini bukan persetujuan harga barang

2 May 8:50am, Me : 153010389103 - Maybank

2 May 8:34pm,0196990677 : Minggu dpn. Rasa hari isnin atau selasa mi kawe masuk. X leh pitis hari ni...

2 May 10:16pm, Me : Ok. Aku tunggu


Sekarang sape yang giler sekarang. Gaji asal aku RM1500. Bermakna RM57.69. So aku assume aku xdatang kerja hari Sabtu dan Ahad sebab aku ada ambil cuti dan dia pun tahu aku ambik cuti. Yang lahanat dia xbagitau bahawa gaji aku akan dipotong. So aku assume setiap minggu 2 hari aku xdatang

4 minggu x 2 hari = 8 Hari
Sebulan kerja = 30 - 4(Jumaat) = 26 Hari
Jumlah = 26 - 8 = 18 Hari

18 Hari x RM57.69 = RM1038.42.

So aku kira-kira RM200 aku sedekahkan kepada anaknya yang baru lahir. Kesian anak tu dok makan benda haram. Jadilah RM800.

Tup-tup nk ambik yang tengah-tengah RM500. Siapa yang berhutang dengan siapa sekarang? Dan aku sudah check account aku masih belum bank-in lagi dan sekarang jam 1:47pm. Aku masih menunggu lg.

Sekiranya dia hanya bank-in RM500 jek, akan aku jawab "Aku akan tuntut baki diakhirat nanti dengan pahala. Dan sekiranya mg sudah kehabisan pahala, mg mesti tanggung dosa aku pulak, Allah Maha Adil, Maha Mengetahui"

Memang Mat Kamaruddin nie kaki penipu. Dulu jadi resident engineer kt site, sekarng sudah jadi anjing liar. Masa jadi resident engineer di projek Jabatan Audit banyak perkara lintang pukang. Tak mahu pikul tanggungjawab as resident engineer. byk dilepaskan kepada orang lain

Memang betul hadis Nabi Muhammad S.A.W

 Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

Orang yang berhutang akan susah hidup dan sentiasa dibelenggu oleh hutang. Hati tidak akan bebas selagi hutang tidak diselesaikan

...................................................................................................................................................................

Bersambung pula kisah hari khamis dikatakan ingin bank-in. sudah 2x aku bagi no account. 1st time bagi tahun lepas, dan hari khamis sekali lagi aku bagi no account. Apa alasannya kali ini.

8 May 2013 12:10am, Me : Sudah masuk hari baru. No account sudah bagi 2x. Tahun lepas dan minggu lepas, Apa lagi alasan mu kali ini?

30 April 2013

Perginya Seorang Kekasih Allah



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

18 April 2013

Senarai Calon Pas Di Kelantan


P.019 Tumpat : Datuk Kamarudin Jaffar
N.01 Pengkalan Kubor : Shahrom Ibrahim
N.02 Kelaboran : Mohd Zaki Ibrahim
N.03 Pasir Pekan : Datuk Ahmad Yakob
N.04 Wakaf Bharu : Datuk Che Abdullah Mat Nawi

P.020 Pengkalan Chepa : Dr Mohd Izani Hussin (baru)
N.05 Kijang : Wan Ubaidah Omar
N.06 Chempaka : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
N.07 Panchor : Datuk Mohd Amar Abdullah

P.021 Kota Bharu : Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
N.08 Tanjong Mas : Rohani Ibrahim
N.09 Kota Lama : Datuk Anuar Tan Abdullah
N.10 Bunut Payong : Dr Ramli Mamat (baru)

P.022 Pasir Mas : Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
N.11 Tendong : Mohd Rozi Muhammad (baru)
N.12 Pengkalan Pasir : Hanifa Ahmad
N.13 Chetok : Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

P.023 Rantau Panjang : Siti Zailah Mohd Yusoff
N.14 Meranti : Datuk Nasuruddin Daud
N.15 Gual Periok : Ustaz Mohamad Awang
N.16 Bukit Tuku : Abdul Rasul Mohamad (baru)

P.024 Kubang Kerian : Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
N.17 Salor : Datuk Husam Musa
N.18 Pasir Tumboh : Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
N.19 Demit : Mumtaz Mohd Nawi (baru)

P.025 Bachok : Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
N.20 Tawang : Ustaz Hassan Mohamood
N.21 Perupok : Huzaimi Che Hussin (baru)
N.22 Jelawat : Abdul Aziz Kadir

P.026 Ketereh : Ab Aziz Kadir (PKR)
N.23 Melor : Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
N.24 Kadok : Haji Azamin Mohd Noor
N.25 Kok Lanas : Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

P.027 Tanah Merah : Nik Mahmud Nik Ab Aziz (PKR)
N.26 Bukit Panau : Datuk Abdul Fattah Mahmood
N.27 Gual Ipoh : Wan Yusoff Wan Mustafa
N.28 Kemahang : Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

P.028 Pasir Puteh : Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
N.29 Selising : Drs Saipul Bahrin Mohamad
N.30 Limbongan : Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
N.31 Semerak : Wan Hassan Wan Ibrahim
N.32 Gaal : Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

P.029 Machang : Dr Zawawi Wan Ismail (PKR)
N.33 Pulai Chondong : Zulkifli Mamat
N.34 Temangan : Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
N.35 Kemuning : Ustaz Rosli Ismail (baru)

P.030 Jeli : Mohd Apandi Mohamad
N.36 Bukit Bunga : Sufely Abdul Razak
: N.37 Air Lanas : Ustaz Abdullah Ya’kob
N.38 Kuala Balah : Ramlan Mat (PKR)

P.031 Kuala Krai : Dr Mohd Hatta Ramli
N.39 Mengkebang : Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
N.40 Guchil : *Che Rosli (PKR)
N.41 Manek Urai :Mohd Fauzi Abdullah
N.42 Dabong :Ku Mohd Zaki Ku Hussin

P.032 Gua Musang :Dato’ Haji Wan.Abd Rahim
N.43 Nenggiri : Mohd Azihan Che Seman (PKR)
N.44 Paloh : *Calon ( PKR)
N.45 Galas : Ustaz Abdullah Hussein

16 April 2013

Senarai Calon Barisan Nasional Di Kelantan


P.19 Tumpat: Mansor bin Salleh
N.1 Pengkalan Kubor: Noor Zahidi Omar
N.2 Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob
N.3 Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh
N.4 Wakaf Bharu: Mohd Rosdi Abdul Aziz

P.20 Pengkalan Chepa: Da
N.5 Kijang: Zaluzi Sulaiman
N.6 Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak
N.7 Panchor: Che Rosli Hassan

P.21 Kota Bharu: Fatmi Che Salleh
N.8 Tanjong Mas: Kanidy Omar
N.9 Kota Lama: Tan Ken Ten
N.10 Bunut Payong: Mohd Fakhurazi

P.22 Pasir Mas: Che Johan Che Pa
N.11 Tendong: Hanafi Mamat
N.12 Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat
N.13 Chetok: Aimi Jusoh

P.23 Rantau Panjang: Ghazali Ismail
N.14 Meranti: Mohd Afandi Yusoff
N.15 Gual Periok: Shaari Mat Hussain
N.16 Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail

P.24 Kubang Kerian: Anuar Safian
N.17 Salor: Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff
N.19 Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat

P.25 Bachok: Awang Adek Hussin
N.20 Tawang: Mohd Zain Yasim
N.21 Perupok: Mohammad Zaidi Sidek
N.22 Jelawat: Ilias Husain

P.26 Ketereh: Tan Sri Annuar Musa
N.23 Melor: Mohd Othman Omar
N.24 Kadok: Mohamad Basri Awang
N.25 Kok Lanas: Md Alwi Che Ahmad

P.27 Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz
N.26 Bukit Panau: Baharudin Yusof
N.27 Gual Ipoh: Mohd Bakri Mustapha
N.28 Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid

P.28 Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat
N.29 Selising: Zulkifli Ali
N.30 Limbongan: Mohd Rujhan Salleh
N.31 Semerak: Zawawi Othman
N.32 Gaal: Redzuan Stapha

P.29 Machang : Jazlan Yaakub
N.33 Pulai Chondong: Ab Halim Ismail
N.34 Temangan: Cikgu Azemi Mat Zin
N.35 Kemuning: Eriandi Ismail

P.30 Jeli: Mustapa Mohamed
N.36 Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik
N.37 Air Lanas: Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah: Abdul Aziz Derashid

P.31 Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat
N.39 Mengkeban: Azizzuddin Hussein
N.40 Guchil: Nik Sapeia Nik Yusof
N.41 Manek Urai: Che Jalal Muda
N.42 Dabong: Ramzi Ab Rahman.

P.32 Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah
N.43 Nenggiri: Mat Yusoff Ghani
N.44 Paloh: Nozula Mat Diah
N.45 Galas: Aziz Galas