11 June 2013

Bahaya Syiah


Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Rukun Iman adalah rukun yang wajib diimani oleh semua umat islam. Jika kita tidak beriman pada salah satu rukun yang ada dalam rukun-rukun iman, maka kita dihukumkan sebagai bukan daripada Islam. Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua ulama menyatakan bahawa rukun iman ada 6 perkara iaitu:

Beriman kepada Allah swt.
Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
Beriman kepada Kitab-Kitab.
Beriman kepada Rasul-Rasul.
Beriman kepada Hari Kiamat.
Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berbeza pula dengan Akidah Syiah mengenai Rukun Iman, mereka mempunyai 7 perkara. Ini adalah senarai 

Rukun Iman yang mereka imani :
Beriman kepada Saidina Ali kwh.
Beriman kepada Allah swt.
Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
Beriman kepada Kitab-Kitab.
Beriman kepada Rasul-Rasul.
Beriman kepada Hari Kiamat.
Beriman kepada Qada dan Qadar.

Di dalam ajaran Syiah juga, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

Diriwayatkan, Syiah mempunyai mashaf Ali (Mashaf Fatimah) dimana ayat Al-quran mengandungi 17000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf uthmani (yang biasa kita guna sekarang). perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul kafi, I’tiqadi, ijtima’i, Akhalaki Wa-ilmi oleh Al-Kulaini hal 443-446.

Saksikan video ini untuk pengetahuan mengapa ajaran syiah ini adalah ajaran sesat


10 June 2013

Fakta Sains Tentang Keunikan Kaabah Yang Kita Tidak Tahu


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

04 June 2013

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu



Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

02 June 2013

Perempuan Yang Bermimpi Mengeluarkan Sperma Sebagaimana Lelaki Lalu Mandi Junuh


Dari Ishak bin Abu Talhah, dari Anas r.a. dia berkata, "Ummu Sulain(nenek Ishak) datang kepada Rasulullah s.a.w seraya bertanya kepada baginda, sedangkan Aisyah berada di sisi baginda, "Ya Rasulullah ! Bagaimana bila perempuan bermimpi sehingga mengeluarkan mani sebagaimana yang dialami lelaki?" Aisya berkata," Hai Ummu Sulain, celaka! kamu telah membuka aib wanita." Maka Rasulullah berkata kepada Aisyah," Justeru kamulah yang celaka. Ya, hendaklah dia mandi! wahai Ummu Sulain jika dia mengalami hal tersebut." 
Hadis Riwayat Muslim 1/171

Penuturan Nabi Muhammad s.a.w Tentang Isa Al-Masih dan Dajjal


Dari Abdullah bin Umar r.a, dia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai, lalu baginda bersabda,"Sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah. Ketahuilah, sesungguhnya mata kanan Dajjal itu buta, biji matanya bagai buah anggur yang menonjol kedepan." Kata Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda,"Aku pernah bermimpi di sisi Kaabah lalu di situ ada seorang lelaki yang berkulit sawo matang, seperti dia orang berkulit sawo matang yang paling tampan, rambutnya panjang lagi berombak sampai ke bahu dan ia memercik kepalanya dengan air. Dia meletakkan kedua tangannya di atas bahu dua orang lelaki dan bertawaf di Baitullah dengan didampingi dua orang lelaki tersebut, kemudian aku bertanya,'Siapa ini? 'Mereka menjawab, Isa putera Maryam.'Di belakangnya kamu lihat seorang lelaki berambut kerinting dan mata kanannya buta, seolah-olah mirip dengan seorang yang pernah aku lihat iaitu Ibnu Qathan. Lelaki tersebut meletakkan lengannya di atas bahu dua orang lelaki sambil tawaf di Baitullah, lalu aku bertanya, "Siapa ini? Mereka menjawab, Ini adalah al-Masih ad-Dajjal."