30 June 2010

Amanat Cikgu Khoo

Sambil jalan-jalan kat blog kengkawan terdengar lak satu amanat daripada cikgu Khoo,mari sama-sama kita dengar




Sakit perut aku mendengar amanat cikgu khoo ini... Siap berpantun-pantun lagi nak bagi amanat. Good 4 you cikgu Khoo

Kredit to : tewe

Fitrah Manusia

Aku suka dengan perkataan fitrah manusia. Ianya membuat aku termenung sekaligus membuatkan aku lebih dekat dengan penciptanya.

Bila google bermacam-macam jawapan dihuraikan mengenai fitrah manusia.

29 June 2010

Uploader Pakai Kepala Lutut

Aku hangin betul lah dengan sesetengah uploader kat jiwang torrent nih. Yang menjadi masalah sekarang ialah bila dh download,kemudian bila nak play macam-macam ragam. Bila nak play sesuatu video download player itu baru leh play. Kemudian kalau download movie lain, xleh play lak, kena download player lain. Klu 10 movie kena play dengan lain-lain player cm mana ? tak ke hang pc tu?

Aku pernah sekali download file berbentuk PDF, kemudian bila nak bukak dengan adobe acrobat reader tak boleh. Bila bagitau tak boleh bukak, uploader kata suruh update adobe acrobat reader yang terbaru. Hampeh sungguh uploader sebegini. Bukan semua orang otai PC nih. Nak update acrobac reader yang latest kena bayar. Klu yang pandai sikit, boleh cari kemudian download yang ada crack. Klu yang tak pandai cam mana? Fikir laa sikit para uploader. Jangan fikir dengan kepala lutut.

Baru-baru ini aku ada download cerita gangster. Video memang menjadi, masalah subtitle lak. Bila download subtitle kuar subtitle cina. Lepas itu,uploader suruh play dengan VLC player lak. Satu hal pulak yang xde VLC player kena cari,download dan install VLC. Klu tak menjadi jugak uploader akan bagitau suruh update yang terbaru laa,itu laa ini laa. Pelbagai alasan diberikan apabila dia boleh play dan tangkap screenshoot. Uploader yang noob ini laa yg fikir dengan kepala lutut. Hanya nak kan ratio jek. Bukan nak support torrent jiwang

27 June 2010

Hari Pertabalan Member-Member

2 Minggu cuti sekolah telah berlalu.Time cuti sekolah ini laa ramai yang pakat-pakat nak kawen. Kali ini aku kena 6 jemputan kawen daripada kawan2 dan sanak saudara. Mau tak kena jaga perut yang makin membesar selepas setiap kenduri kawen. Hehe... Saje jek nak share sebagai memori kawan-kawan aku yang telah ditabalkan sebagai raja sehari. Hampir semua aku sempat snap gambar diaorang kawen laa. Takde laa giler sangat nak jadi fotographer. Hehe...


Majlis pertama yang ku hadiri ialah kawan classmate aku semasa belaja kt unisel dahulu. Aku panggil dia Ichah. Nama penuh aku tak ingat sebab complicated sangat. Hehe. Untuk pengetahuan semua, kakak dia mengajar satu sekolah dengan kakak aku mengajar iaitu Sekolah Menengah Long Gafar. Yang menariknya ialah, si Ichah nie kirim kad jemputan melalui kakak dia,so kakak dia pass lah kad itu kepada kakak aku untuk bagi kepada aku. Kira satu jemputan terhormat lah jemput melalui kad, bukan SMS atau khabar melalui kawan-kawan. Hehe... Yang menariknya ialah kad aku belum terima tapi aku dah pergi kenduri. Seb baik xde security cm VVIP pass...klu tak mmg nanya laa aku xdpt masuk. Hehe. Actually dia buat kat umah dia sahaja. Hehe... Kemudian pulak, yang menarik kakak dia tak jemput lak kakak aku pergi kerumah dia makan. Hehe...Memang lawak tul lah kitaorang...Main ciku cak cm tuu..hehe


Ini pula majlis perkahwinan classmate time sekolah lak. Ini hanya gambar aku ambik kat facebook kawan dia jek. Aku ada jgk snap dlm bilik pengantin tp entah kenapa tak menjadi. So what ever lah...Janji ada...hehe



Ini pn classmate aku jugak. Tapi lagi lama,classmate time sekolah rendah. Umah dia dekat jek dengan umah aku. Hehe...budak pandai nih...


And finally my best friend wedding kt batu gajah perak...Jauh tuh. hehehe... Aku turun dari umah seawal jam 5.30am. Kemudian subuh ditengah jalan. Agak mengantuk jugak laa drive awal2. Tp aku ada air nescafe sebagai air-back supaya tidak mengantuk. Malam tu ingat tak nak pergi dah sebab jauh sangat, pastu sesorang drive pulak tu. Aku tak risau sesat ke haper sebab aku ada GPS kat N97 mini milik ayah aku,aku pinjam dari kakak aku. Hehe. Kemudian tetiba hati ini rasa gi melencong ke arah lain jek instead pergi umah kawan aku. Kemudian pagi tu pergi laa lalu ikut Gerik. Memang hajat utama nak gi Gerik jek bila dapat cuti. Kemudian tengok keadaan kalau larat baru pergi Batu Gajah. Lagipn ini 1st time aku drive seorang diri dengan jarak perjalanan yang jauh jugak laa... hehe. Sampai jek ke Gerik, dpt laa jumpa "buah cempedak diluar pagar". Kemudian gi jalan2 kejap ng dia kemudian nak ajak skali gi Batu Gajah,tp maybe mak dia risau @ dia yg risau aku tak tau laa. Takut aku kiddnap..hehe... Takpe,aku mengerti. Hehe. Kemudian terasa tak letih sangat sebab, so aku pergi jek lah batu Gajah. Memula sampai tu aku dh tersesat dh majlis, sebab majlis perkahwinan tu dekat-dekat jek. Ada 3 majlis perkahwinan disekitar umah dia. Memula aku dah tersalah majlis lah. Dimana apabila aku sampai tu tengok semua kete xde no plate kelantan e.t.c. Tengok orang sekeliling aku tak kenal jek. Dengar cara percakapan pn takde yang lorat kelantan. Aku makin pelik. Kemudian aku call kawan aku rupanya aku tersalah majlis. Hehehe...So aku pn cari2 terjumpa jugak. Seb baik tak masuk lagi dalam. Hehe...

Apa pn aku ucapkan tahnniah kepada kawan-kawan aku semua





24 June 2010

Penjara Pudu Rebah Kebumi

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Tiba detik 10 malam Isnin, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama mendapati, proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan malam esok, Isnin pada pukul 10 malam.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Menurutnya, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya.

Chew Chong Huai, 52, berkata tindakan tersebut amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya.