31 December 2012

Kenang Paling Manis 2012

Tahun 2012 adalah kenangan paling manis bagi aku. Mana tidaknya, 27/1/2012 aku telah dijodohkan dengan Nor Atikah.

3 Rabiul`Awwal 1434 = 27 Januari 2012 = Penghulu Hari

Banyak juga kenangan pahit yang terpalit sepanjang 2012 ini apabila sesudah berkahwin. Ada suka dan ada duka. Namun segala kedukaan terubat apabila dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang anak teruna yang bernama Aryan Iskandar. Gembira tidak terhingga apabila lahirnya Aryan Iskandar. Rasanya inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup. Terima kasih kepada isteriku kerana telah melahirkan anak aku yang pertama. 

Nama Aryan Iskandar adalah sempena pahlawan pujaan aku iaitu Raja Iskandar Zulkarnain, walaubagaimanapun aku juga bersetuju apabila diminta oleh isteriku untuk dia mencadangkan sebahagian lagi namanya iaitu Aryan yang bermaksud penuh kekuatan. Seorang Raja Yang Penuh Kekuatan. Aryan memang seorang budak yang berani. Sejak dilahirkan dia jarang-jarang menangis. Time kena mandi pun tak menangis sangat sekadar menangis terkejut. 5 saat kemudian hilang tangisan budak tu :) . Semasa ianya dilahirkan Aryan hanya menangis sekejap sahaja, kemudian senyap. Lega rasanya Aryan tidak kuat menangis seperti baby-baby lain. Mungkin dia tahu susahnya ibu dan abahnya sekarang. Hopefully dia tak banyak meragam bila sudah besar nanti. 

Abah berdoa agar Aryan sihat,bahagia dan jadi orang yang baik. Jaga ibu elok-elok,ikut kata ibu kerana Syurga dibawah telapak kaki Ibu, bukan bawah telapak kaki awek. :) Bila sudah besar nanti jadilah orang yang berguna bukan jadi sampah masyarakat seperti sesetengah orang tersebut. Rajin baca dan mendalami Al-Quran,rajin tolong orang, dengar kata Ibu,jangan tinggikan suara depan Ibu. 



W`salam

No comments: