"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." Surah Al A'raff : 27
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Surah Al-Baqarah : 168
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." Surah Al-Baqarah : 268
60
"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. " Surah Faathir : 6
"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "Al Ma'idah :91
Mengapa Allah SWT menciptakan syaitan? Apakah syaitan ada dan diciptakan untuk menyerang manusia ?
Syerikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi menjawab, Jika tidak ada sesuatu yang mendorongmu untuk bermaksiat, maka ketaatan menjadi sesuatu yang biasa. Ketaatan menjadi sesuatu yang luar biasa dan besar kerana ada yang mengusik dan menggoda untuk melakukan maksiat, lalu godaan itu ditolak dengan berkata tegas, "Tidak!"
Jadi adanya syaitan adalah untuk meningkatkan suhu dalam menjalankan perintah dan mengimbangi keadaan penghambaan diri kepada Allah dengan sesuatu yang berasal dari ciptaan Allah. Jika tidak ada syaitan, maka ketaatan akan menjadi sebuah budaya yang membosankan. Kita, umat Islam, mungkin tidak pernah berfikir untuk makan daging babi. Namun pencegahan diri kita untuk tidak memakan daging babi ini sering timbul kerana tradisi dan rutin, bukan kerana kesedaran akan rasa takut dan penghambaan kepada Allah SWT. Pencegahan diri kerana kesedaran inilah yang diinginkan Allah, bukan kerana pengaruh tradisi dan rutinitas. Dengan kata lain, penghambaan yang sesungguhnya menescayakan adanya provokasi yang kuat untuk menempuh jalan kesesatan lalu kita berhasil menolak dan mencegah diri untuk tidak terpesona, mengenal pasti sikap permusuhan syaitan terhadap anak manusia.
"Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita." Surah Thaaha : 117
Jadi, inilah pangkal taklif yang dibebankan kepada kita hingga Hari Kiamat, iaitu: perintah, larangan, dan peringatan diri akan permusuhan syaitan kepada manusia.
Hikmah penciptaan syaitan sebenarnya memiliki hikmah yang sama dengan penciptaan kejahatan. Allah menciptakan sebuah kejahatan di semesta ini tidak dimaksudkan agar kejahatan tersebut bermaharajalela akan tetapi Dia ingin menguji keimanan manusia dalam menjauhinya.
Pesan kejahatan di seluruh semesta memotivasi manusia untuk berbuat kebajikan. Melalui kejahatan, unsur baik boleh tetap bertahan di tengah-tengah unsur jahat. Setelah melakukan ujian makmal kerana takut tertular suatu wabak penyakit, kita biasanya akan memberikan suntikan antibiotik kepada orang yang steril dari wabak atau yang biasa dikenal dengan istilah serum kolera atau mikroba penyakit yang sedang mewabah? Agar kita memiliki sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit tersebut. Jadi, keburukan, itu meskipun tiada ada didalam diri kita, ia harus tetap ada untuk mempertahankan aktiviti kebaikan.
No comments:
Post a Comment