10 May 2013

Rela Dimasukkan Ke Dalam Neraka


Suatu hari Nabi Musa a.s. sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa a.s melihat seseorang sedang beribadat. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa a.s., aku telah beribadah kepada Allah s.w.t selama 350 tanpa melakukan perbuatan dosa. Dimanakah Allah s.w.t akan meletakanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah s.w.t.". Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. memberitahukan kepadanya dimana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah s.w.t berfirman, "Wahai Musa sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakannya didasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa a.s. kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah s.w.t, kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s.. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, dimana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s. kembali. 

Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s.,"Wahai Musa a.s., aku rela Allah s.w.t.Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t.. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka Allah s.w.t berfirman,"Wahai Musa, sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkanya di Syurga-Ku yang paling tinggi".

No comments: