Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul
ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di
muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu
tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam
iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari
satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu
pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.
Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum,
pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai
kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa
sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar
besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang
menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya
dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.
Al-Quran tidak menerangkan siapa sebenarnya Yakjuj dan
Makjuj, daripada bangsa dan keturunan mana mereka itu. Al-Quran hanya
menjelaskan sifat-sifat mereka, iaitu kaum pembuat kerosakan di bumi, kalau
tembok penghalang dibuka, mereka akan turun mengalir seperti mengalirnya air
bah, dan apabila tembok penghalang kukuh, mereka tidak masuk dan tidak dapat
membuat kerosakan. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt
menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran.
Antaranya, menerusi surah
al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman: -
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati
di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat
memahami perkataan.
Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj
dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya
kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan
syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa
Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia. Yakjuj dan Makjuj akan turun
ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat
ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:
Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok
yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap
tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka
dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak
(sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah
tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini,
bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
Menurut sebahagian ulama, Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan
Yafis, putera Nuh itu. Demikian juga pendapat Nasafi, seorang ahli fekah, usul
fekah dan tafsir yang bermazhab Hanafi yang menyatakan bahawa Yakjuj berasal
daripada suku Turk, manakala Makjuj pula berasal daripada suku Jail serta
Dailam keturunan Yafis yang membuat kerosakan di muka bumi. Mereka tidak mati
dan masing-masing memiliki 1,000 keturunan yang dilengkapi dengan senjata.
Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? . Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama’ juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu
Segala kebenaran hanyalah milik Allah swt.
No comments:
Post a Comment