Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itu adalah Al-QURAN dan SUNNAHKU - Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
05 January 2018
Mimpi Seram
11 February 2017
Cara Pendinding Rumah
Dm azril:
~PAGAR RUMAH SECARA ISLAM~
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
~Niatkan memagar rumah dari segala kejahatan manusia,jin dan binatang..
Us Hussin
DARUL MUALLIJ
08 January 2017
Selamat Menyambut Tahun 2017
Tahun 2017 ini aku tidak mempunyai azam apa kerana azam yang tahun lepas pun banyak belum tercapai. So azam tahun ini sama sahaja dengan azam 2017. Sekiranya ada rezeki lebih nak majukan diri sendiri dan keluarga. Itu sahaja.
Tahun 2016 menyaksikan suka duka yang telah aku lalui. Paling aku tak leh lupa aku dijangkiti penyakit...ada org kata kayap, ada org kata chicken pop. Sehingga Alisha dan Aryan pun turut sama dijangkiti. Akibatnya bila dh dijangkiti penyakit seperti itu ada laa beberapa kesan parut dimuka ini yang menjadi kenangan. Anak-anak aku insyallah parutnya akan hilang dari semasa ke semasa. Tapi parut orang tua seperti aku ini akan kekal buat selama-lamanya sehingga mati.
Lupa nak perkenalkan seorang lagi ahli keluarga baru iaitu Alisha Izz Zara. Alisha tu aku yang pilih nama. Izz Zara itu mak dia yang pilih sebab terpengaruh dengan cerita-cerita novel yang ditayangkan dikata television. Apa-apa hal aku harap, Anak aku dapat membesar dengan cerita. Tahun ini juga Aryan mula bersekolah di PASTI. Hari pertama sudah tidak mahu kersekolah sehingga dia dipaksa sehingga teriak si aryan itu. Hahaha. Kemudian bila habis waktu sekolahnya, Van sekolah akan datang untuk pickup dia di PASTI untuk di transit kan ke Taska Anis Syakini. Nak naik van pun menangis sehingga bila sampai ke Taska baru dia tak menangis. Nak buat macam mana, dia tak biasa ke rumah orang. Totally stranger dia mula rasa takut. Harap Wife aku bersabar lah dengan dugaan anak-anak nih.
Kadang-kadang aku kesian juga dengan wife aku sampai mati akal dh dia melayan karenah 2 org budak nie. Alisha masih tinggal dengan Opahnya.
Tahun ini juga menyaksikan aku menguruskan 3 buah projek serentak iaitu
1) Projek Naik Taraf Jalan Sg. Rual (Jeli)
2) Central Spine Road (CSR) Kota Bharu - Kuala Krai (Pakej 2B)
3) Projek Infrastructure Pulau Jarak (Lumut)
Penat weh kesana-kemari dengan nak handle 3 projek besar ini. 1 OTW nak siap 1 lagi pertengahan jalan dan 1 lagi baru nak mula. Letih-letih. Macam-macam karenah nak layan diaorang ini. Aku tak mintak pun untuk projek ke-3 tapi wallahualam laa cam mana boleh terbabit dgn projek ke 3 nih. Wish me Luck ok. Lagipun projek ke 3 nie aku di pinjamkan sahaja. Bila tamat musim banjir dikelantan aku nak stay di projek KBKK laa. Penat giler handle 3 projek ini. Tak cukut masa, letih tenaga zahir dan batin. Orang igt relex jek kot, cuba tukar tempat dengan aku nih, bru tahu letih atau tak handle 3 projek berbekalkan gaji yang baru naik 1x. hahaha.
Ok lah jam pun dh menunjukan dh 1.11am. Masa untuk tido dah. Mata mengantuk gila dh nie. Next time aku tulis lagi.
Assalamulaikum w.b.t
28 September 2016
Majlis Perasmian Pejabat Operasi Chengaljati Sdn. Bhd. Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang
05 March 2016
3 CARA MUDAH NAK CARI HANDPHONE ANDROID ANDA BILA HILANG DALAM MODE SILENT
Pergi ke Google. Pastikan anda log in ke akaun Google yang dah didaftarkan pada telefon pintar anda.
Cari, ‘Where’s my phone?’ dan satu peta akan keluar.
Tak lama selepas itu, lokasi telefon anda akan keluar.
30 December 2014
Banjir Terburuk Sejarah Negeri Kelantan. Disember 2014
23 September 2014
9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam
12 September 2014
9 Pedang Patah di Tangannya
Rasulullah bersabda, "Jika Zaid mati syahid, maka Jaafar yang menggantikannya. Jika Jaafar mati syahid, maka Abdullah bin Rawahah penggantinya."
Peperangan Mu'tah termasuk peperangan besar dalam Islam. Tentera Islam berjumlah 3000 orang menentang 200 000 orang tentera Rom Nasrani.
Tentera Islam dan tentera musuh saling berhadapan kedudukan tentera di medan perang terdiri daripada 5 pasukan;
Pasukan Depan
Pasukan Belakang
Pasukan Kanan
Pasukan Kiri
Pasukan Tengah
Tentera musuh dengan jumlah yang sangat ramai memerlukan seorang sahabat melawan puluhan musuh.
Peperangan berkecamuk dengan dahsyat. Musuh memberikan perhatian khusus kepada pembawa bendera kaum Muslimin hinggalah syahid panglima pertama, Zaid Bin Harithah.
Lalu bendera perang diambil oleh panglima kedua; Jaafar Bin Abi Talib. Beliau berperang habis-habisan hingga tangan kanannya terputus, lalu bendera dibawa dengan tangan kirinya hingga terputus. Beliau merangkul bendera dengan dadanya hingga terbunuh. Sebagai balasan, Allah menggantikan angannya dengan sayap di syurga. Setelah beliau syahid, ditubuhnya terlihat lebih 90 luka hasil tusukan pedang, panah dan tombak.
Kemudian bendera perang dibawa oleh panglima ketiga; Abdullah Bin Rawahah dan berperang sehingga mati syahid menyusul 2 orang sahabatnya. Agar bendera perang tidak jatuh, mereka mengangkat bendera it dan bersepakat untuk menyerahkannya kepada Khalid bin Al-Walid. Maka Khalid menjadi jeneral keempat.
Keesokkan hari, Khalid dengan kecerdasannya merangka strategi baharu dengan mengubah posisi pasukan tentera Islam; Pasukan Hadapan ke belakang, Pasukan Kiri ke Kanan dan sebaliknya, sehingga musuh melihat seolah-olah tentera Muslimin mendapat bantuan baharu dan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan menjadi sebab kekalahan mereka.
Setelah lama berperang, Khalid menilai bahawa kekuatan musuh tidak sebanding tentera Muslimin, Maka beliau mengundurkan pasukannya dengan selamat hingga ke Madinah, sedangkan musuh tidak mengejar mereka kerana Rom khuatir kalau-kalau ini taktik perang kaum Muslimin untuk mengajar Rom menuju medan perang ang lebih terbuka di padang pasir. Situasi itu tentunya tidak akan menyebelahi Rom kerana muka bumi sahara akan menyusahkan mereka.
Dalam perang ini, Khalid berperang habis-habisan hingga sembilan bilah pedang patah ditangannya. Hal ini menunjukkan betapa besarnya peperangan tersebut dan betapa besarnya dan membaranya semangat jihad pada sahabat demi Islam. Sekalipun demikian dahsyat peperangan Mu'tah, sahabat yang mati syahit hanya 12 orang dan mereka pastinya memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah. Adapun pasukan musuh tidak dapat dipastikan bilangan mereka terbunuh, tetapi tentunya bilangannya ramai kerana hebatnya peperangan yang terjadi.
28 August 2014
Always Do It Yourself
01 June 2014
Kisah Sebelum Tidur
Sebelum tidur ingin aku cerita kembali kisah 10 tahun dahulu. Banyak persoalan yang berngiang-ngiang dimindaku namun aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
10 tahun dulu doa punya doa supaya awek aku dlu kawen dengan aku alih2 dia kawen dengan orang lain dan aku pun kawen dengan orang lain. tetiba cerita pasal ex-gf lak. anyway aku bukan nak scandel dgn sape2 cuma tergerak hati nk search dlm fb akan namanya. igtkan xde fb. upanya ada. Sekali lagi peringatan, aku bukan nak buat scandel dengan bini org. cuma cari balik kwn2 lama.
bagaimana jikalau Allah jodohkan aku dengan dia bkn dgn bini aku sekarang? mesti suram sahaja. Life aku sekarang sangat seronok dengan wife aku. Dengan cahaya mata kami yang pertama yang bernama Aryan Iskandar. TQ Sayang.
Life dia nampak cam seronok jugak dengan dia sudah ada 2 cahaya mata. so hopefully dia gembira selalu. Rasa dendam/marah/kecewa pun sudah hilang kerana kehadiran wife yang sangat aku cintai. Biasa laa muda2 dlu hot tempered.
k lah. nak tido dulu. esok nk jd penyambut tetamu dirumah dato ir shaari. mantan parlimen tanah merah
14 April 2014
9 Jenis Nama Anak Setan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai / Mall kalo jaman sekarang..Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, klub malam & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merusakkan dan melalaikan Alloh dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.
08 March 2014
Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
#Pray4MH370
21 January 2014
Kisah Yakjuj Dan Makjuj
29 December 2013
23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta
Kenapa anak kecil suka menjatuhkan benda?
- berikan benda/mainan plastik atau yang selamat untuk dijatuhkan.
- berikan pelbagai jenis benda yang menghasilkan bunyi yang berlainan, dengan itu anak-anak akan belajar bahawa benda yang berlainan akan menghasilkan bunyi yang berlainan.
- ibu bapa digalakkan terlibat sama dalam aktiviti ini dengan banyak bercakap dan beri penerangan walaupun ketika itu anak belum boleh bercakap. Bercakap dan beri penerangan hendaklah dalam keadaan yang ceria dan gembira…(“Ala..bola jatuh ke bawah..”)
- selain daripada mengajar konsep ruang, kita juga boleh mengajar nama-nama benda yang dijatuhkan oleh anak-anak. Bila disebut berulang-ulang kali, anak-anak akan dengan sendirinya dapat mengingat nama benda tersebut. Apabila dia pandai bercakap, tentu dia akan menyebut nama benda itu kelak.
- berikan banyak benda yang selamat untuk dijatuhkan. Setelah habis semua, cara untuk menghentikan aktiviti tersebut adalah dengan mengalihkan perhatiannya kepada aktiviti lain seperti memukul-mukul tin kosong dan lain-lain. Elakkan daripada menghentikan aktiviti menjatuhkan benda begitu saja tanpa ada aktiviti lain yang mengganti.
- ibu bapa juga boleh memberikan kembali bola yang dicampakkan anak dengan menggolek. Walaupun anak belum mampu menggolek, sekurang-kurangnya kita mengajarnya bahawa ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat dengan sebiji bola.
- proses pembelajaran seharusnya tidak memberi tekanan atau rangsangan yang berlebihan. Sekiranya ternampak tanda-tanda anak keletihan, maka rangsangan hendaklah dihentikan.



























