Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itu adalah Al-QURAN dan SUNNAHKU - Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
28 August 2014
Always Do It Yourself
01 June 2014
Kisah Sebelum Tidur
Sebelum tidur ingin aku cerita kembali kisah 10 tahun dahulu. Banyak persoalan yang berngiang-ngiang dimindaku namun aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
10 tahun dulu doa punya doa supaya awek aku dlu kawen dengan aku alih2 dia kawen dengan orang lain dan aku pun kawen dengan orang lain. tetiba cerita pasal ex-gf lak. anyway aku bukan nak scandel dgn sape2 cuma tergerak hati nk search dlm fb akan namanya. igtkan xde fb. upanya ada. Sekali lagi peringatan, aku bukan nak buat scandel dengan bini org. cuma cari balik kwn2 lama.
bagaimana jikalau Allah jodohkan aku dengan dia bkn dgn bini aku sekarang? mesti suram sahaja. Life aku sekarang sangat seronok dengan wife aku. Dengan cahaya mata kami yang pertama yang bernama Aryan Iskandar. TQ Sayang.
Life dia nampak cam seronok jugak dengan dia sudah ada 2 cahaya mata. so hopefully dia gembira selalu. Rasa dendam/marah/kecewa pun sudah hilang kerana kehadiran wife yang sangat aku cintai. Biasa laa muda2 dlu hot tempered.
k lah. nak tido dulu. esok nk jd penyambut tetamu dirumah dato ir shaari. mantan parlimen tanah merah
14 April 2014
9 Jenis Nama Anak Setan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai / Mall kalo jaman sekarang..Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, klub malam & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merusakkan dan melalaikan Alloh dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.
08 March 2014
Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
#Pray4MH370