Hari ini sudah masuk 6 Februari 2013. Gaji aku bulan Januari 2013 belum dijelaskan lagi oleh syarikat Ketella Timur Resources. Aku tak tahu lagi apa masalah management company ini sampai aku naik muak sehingga aku berhenti kerja pada 31 Januari 2013.
Aku sebenarnya berkerja hardcore, management lembap nak mampus. Semua keperluan barang diperlukan dari semasa ke semasa untuk menyiapkan kerja. Mereka mintak tolong aku pada mulanya tapi mereka sendiri yang lembap dalam buat keputusan. Aku bukannya boleh buat keputusan. Oleh sebab mereka lambat sesangat membuat keputusan sehingga Pelanggan rasa teranaiya menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Pada bulan 11 November 2012 aku dilantik menjadi "Juruteknik" bagi syarikat Ketella Timur Resources. Pada mula itu top management sedap lah bercakap suruh aku susunatur jadual coz banyak projek menanti. Ting ton ting ton dalam bulan 11/2012 dapat sebuah projek untuk aku handle bersama juruteknik seorang lagi.
Yang menyedihkan juruteknik ini masuk kerja jam 11.00am dan balik sebelum jam 4.00pm. Nak pulak hanya dia dan kawan dia sahaja berkerja. Kemudian dia telah menjadi pekerja tetap sebab kawan rapat share holder syarikat. Tapi pada masa itu boleh lagi nak claim kerja harian. Adoihayol... Baik tak payah bagi gaji tetap bulan-bulan. Duit minyak dan duit makan selalu pau tanpa ada resit. Sian kat kerani.
Bercerita pasal kerani pulak, kerani perasan bagus sangat, "Sangat lah Bagus,Dow", hari-hari main facebook. Cam takde kerja lain. Yang best paling best kerani dia nie, hujung bulan 11 tu dia buat gaji untuk dia sahaja. Gaji orang lain dia takde buat. Hanya dia seorang jek "dalam" syarikat tu barangkali. Aku dengan orang lain bukan dalam syarikat.
Bertungkus lumus aku pi cari bos sana sini, kebetulan time tu bini aku baru bersalin, anak pulak kena kuning dekat 2 minggu. Gaji bulan 11 belum selesai, boleh pulak kerani "Sangat Bagus,Dow" tu kata nak tolong aku. WTFish...Itu bukan kerja dia ke sebab dia sorang jek handle account dan kewangan? Alih-alih aku suruh dia call Bos besar suruh mai office sign cek. Kerani "Sangat Bagus,Dow" tu menyuruh aku call sendiri bos. Aiks, kemudian aku diam sahaja lah. Diam tak bermakna mengalah, diam kadang-kadang malas nak bergaduh dengan Kerani "Sangat Bagus,Dow". Dengan kita-kita sekali jadi "Sangat Bagus,Dow". Hahaha.
Bulan 11 telah berlalu kemudian datang bulan 12. Yang menarik bulan 12 nie pulak, 1st projek aku xleh buat apa sebab hujan lah kononnya, padahal buat kerja dalam bangunan,bukan luar bangunan. So time tuu semangat aku tgh down sebab gaji belum langsai lagi sehingga pertengahan bulan 12. Itu pun bayar yang saki baki dalam account. Dalam bulan 12 tu bos suruh aku buat quotation untuk Pelanggan aku laa.So bila siap aku upload kat email supaya dia boleh check, tapi hampeh tak check. Do bersarang dalam email. Labah-labah pun naik jemu tengok email sama. So hari demi hari berlalu.
Masuk bulan 1 quotation belum settle lagi, so it's my turn aku siapkan projek 1st Pelanggan. Kerani yang "Sangat Bagus,Dow" dan Juruteknik "Koya" tu diberhentikan kerja kononnya xde fund nak support mereka. So tinggal aku orang last terkongtang kanting. Tapi bila aku masuk office tengah bulan 1, ada pulak si mamat Juruteknik "Koya" nih. Siap bagi arahan kat aku lagi. Tu aku start naik angin jugak, bukan dia kena terminate dan takde apa-apa kuasa. Sedap mengarah aku pulak yek. Ari tu masa nak gi melawat rumah 1st Pelanggan tu pun dah sesat 3@4 kali padahal Juruteknik "Koya" tu dah pergi banyak kali dah. Apa laa dalam kepala fikiran dia nie.
1st claim pada pertengahan bulan 12 sebanyak RM3000 aku serahkan kepada Kerani "Sangat Bagus,Dow". So bila dia tahu dia nak diberhentikan dia siap-siap buat gaji dia yang terakhir. Gaji orang lain terkongtang-kanting. Termasuk gaji aku. Lepas tuu pulak bila dah habis perkhidmatannya datanglah bill P1 Wimax kerumahnya kerana office menggunakan namanya untuk guna internet. Bila sampai bill tu kerumahnya dan pada masa itu dia dah berhenti kerja dia paksa aku lak suruh bayar bill internetnya,siap bagi lagi location mana nak pi bayar. Sedangkan time dia sms aku tu aku OTW balik ke rumah mertua. So aku bagitau tak sempat nak pi bayar bill dia dan time tu pun gaji aku pun belum selesai. Dia paksa jugak paksa jugak aku suruh pi bayar kemudian terus aku xlayan. Cara tulis sms tu macam lah klu tak bayar P1 Wimax tu esok boleh mati. Bukannya sampai beribu-ribu pun bill. RM89.60 jek. Itu pun nak kecoh minah nie.
Selesai cerita Kerani "Sangat Bagus,Dow", masuk lak bab claim. 1st claim dengan claim 1st Pelanggan diambil sebanyak RM3000. RM3000 tu sepatutnya dibayar untuk mulakan kerja-kerja & belian barang untuk 1st Pelanggan, boleh pulak digunakan untuk membayar gaji perkerja. Bila habis dan tak cukup duit untuk membeli barang, mula lah bagi alasan hujan dan sebagainya. Kemudian masuk pula 2nd Pelanggan begitu juga. Dipendekan cerita duit advance Pelanggan yang diseleweng kearah lain so aku mengambil keputusan untuk membayar gaji budak-budak kerja aku secara direct. Tidak lagi melalui office. Bila 1st Pelanggan bagi duit, terus aku potong untuk bayar gaji budak-budak kerja. Selebihnya baru bagi kepada office dan belian barang.
Pada 30/1/2013 aku dah memberitahu top management yang aku akan berhenti kerja pada penghujung bulan 1 melalui SMS dan claim hujung bulan 1 adalah sebanyak RM3000. So 1st Pelanggan aku bertanya macam mana dengan projek dan balance lagi. So aku bincang dengan 1st Pelanggan kira dia direct bayar gaji budak-budak aku dan aku xde ambil 1 sen pun. Gaji aku just keuntungan atas barang-barang. 1st Pelanggan cuba contact top management tapi ada yang tak dijawab telefon ada yang tak dapat call. Memang tabiat mereka ini xnak jawab telefon even orang yang mereka hutang pun tak angkat telefon.
Pernah sekali salah seorang "top management" bagi cuti kat selama 7 hari tanpa memberitahu aku. Giler lah punya kerja. Kata cuti kononnya nak mula tahun baru. Hark puiiii
Pernah sekali salah seorang "top management" bagi cuti kat selama 7 hari tanpa memberitahu aku. Giler lah punya kerja. Kata cuti kononnya nak mula tahun baru. Hark puiiii
Hari ini pada 6/2/2013 baru kedengaran sorang top management call kata nak ambil duit RM3000 tu. tapi aku cakap aku dah spend untuk gaji aku,claim minyak,gaji pekerja dan belian barang. Kemudian orang itu cakap hendak ambil balik gaji dan minyak aku time tu atas alasan nak closing account. Bila dapat tahu tanda-tanda cam tu memang aku xakan dapat gaji lah cam tu. Memang aku kerja siap-sia lah bulan Januari. Tapi tak mengape lah memang aku takkan halal duit itu dunia dan akhirat. Semoga Allah membalas mereka balasan yang setimpal.
Cara mereka berkerja itu semuanya slow. Aku nak minta botol kosong pun ada dekat sebulan. Nak mintak tebuk tingkap ada dekat sebulan dan sampai sekarang takde berita sehingga lah dengan muka tak malu datang sorang "top management" datang nak tuntut bayaran. Giler tak malu... Nasihat aku jangan berurusniaga dengan syarikat Ketella Timur Resource yang dibebani dengan kelembapan dan hutang yang banyak. Bukan hendak kata mereka akan menipu tapi itulah cara berkerja mereka. Lembap. Klu aku pelanggan mereka dah lama aku maki-hamun diaorang.
No comments:
Post a Comment