03 July 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013

KUALA LUMPUR: Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad meleburkan impian pasukan berstatus bintang dengan jolokan ‘Harimau Selatan’ apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-15, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.

Kelantan memulakan permainan dengan tenang tetapi berbisa dengan gerakan kemas sehingga pasukan lawan terpaksa memperketatkan benteng pertahanan selepas asakan bertali arus dilancarkan oleh skuad ‘The Red Warriors’.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak mempertaruhkan gandingan Mohd Norfarhan, Mohd Badhri dan pemain import Dickson Nwakaeme untuk memburu gol.

Bagaimanapun, Johor DT bangkit seketika untuk membalas dan hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan deras pemain import Leonel George Nunez, yang menggantikan Mohd Safee Mohd Sali, berjaya ditepis oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-22.

Pada babak kedua, Kelantan kembali dengan semangat untuk merobek gawang gol lawan dan percubaan bahaya oleh Nwakaeme pada minit ke-54 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Usaha penyerang berbisa Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 tidak dikira apabila berlaku kekasaran sebelum jaringan gol.

Johor DT yang semakin tertekan dengan ketinggalan 1-0 memperkemaskan jentera serangan namun cubaan yang dilakukan oleh Nunez pada minit ke-80 sedikit tersasar melepasi gawang gol.

Terdahulu sebelum perlawanan, kira-kira 90,000 penonton dengan kebanyakan berpakaian warna biru dan merah dihiburkan dengan nyayian lagu Negaraku oleh penyanyi terkenal Jaclyn Victor. – Bernama

Saksikan beberapa video dan gambar yang menarik sepanjangan perlawanan akhir Piala FA.

GOMO KELATE GOMO

TRW Fans.Ayuh Kelate Ku!

Ini bukan lagi This Is Pantai Timur, This Is Malaysia

Selamat Pengantin Baru

Pengganti Piya. Aryan Iskandar 

Perkarangan Bukit Jalil mula dipenuhi lautan merah

Redah kasi pecah. Jam 3.30pm pn masih lum boleh masuk. kata kul 3 dah buka

 Baru jam 4.30 stadium penyokong kelantan hampir memenuhi stadium

Penuh-penuh

Game On. 8.45pm

Ayuh,ayuh kelateku. Hari Ini Kita Mesti Menang

Masuk stadium cepat sebelum seat taken

Ini baru sikit, kat atas lagi ramai

Penyokong Johor belum masuk gelanggang lagi

Pegawai Keselamatan Kafa turut membantu menjaga keselamatan penonton. Terima kasih kepada mereka

No comments: