Sebagai pengguna antivirus Kaspersky, anda tentu mengetahui bahawa saiz definisi kemaskini untuk antivirus ini semakin hari semakin besar. Proses kemaskini untuk antivirus ini pada kali pertama akan mengambil masa yang sangat panjang tambahan pula jika menggunakan internet berkelajuan rendah. Bagaimana jika anda perlu menguruskan komputer yang banyak? Contohnya di cybercafe, setiap komputer akan memuat turun definisi secara berasingan dan menelan bandwidth internet. Bagaimana pula jika anda perlu memasang pada komputer klien, adakah setiap kali anda perlu muat turun keseluruhan definisi dari internet?
Penyelesaian yang digunakan ini adalah seperti menggunakan Kaspersky for Workstation. Di mana server akan muat turun definisi dan mengagihkan definisi tersebut kepada komputer-komputer yang lain.
Di dalam perisian Antivirus Kaspersky, terdapat satu fungsi iaitu Update Distribution yang boleh digunakan untuk melaksanakan proses ini. Tapi, kita tidak akan menggunakan fungsi tersebut kerana kita menyasarkan aplikasi dan versi yang pelbagai.
Komputer Induk
Komputer ini akan menjadi sebagai ‘server’ untuk menyimpan definisi kemaskini Kaspersky.
Mula dengan muat turun Kaspersky Updater. Buat satu direktori contohnya D:\KLUpdater. Ekstrak kandungan KLUpdater.zip ke dalam direktori tersebut. Jalankan aplikasi KasperskyUpdater.exe.
Klik pada butang Applications dan tandakan pada aplikasi yang hendak dikemaskini. Setelah siap memilih klik butang OK. Klik pula pada butang Schedule dan pilih pada kekerapan yang anda mahu aplikasi ini menyemak kemaskini. Klik butang OK dan teruskan klik pada butang Start.
Akan muncul dua folder di dalam direktori ini iaitu, Temp dan Updates. Anda hanya perlu kongsikan folder Updates.
Komputer Klien
Komputer ini perlu ditetapkan supaya menerima kemaskini dari komputer induk.
Buka aplikasi Kaspersky, pergi ke Update Settings dan klik pada butang Update Source. Klik pada butang Add dan pilih folder yang telah anda kongsikan tadi.
Pilih pada item yang baru ditambah tadi dan klik butang Move up.
Kemaskini aplikasi Kaspersky seperti biasa.
Nota: definisi kemaskini - update definition / database signature
Tips: Jika anda tidak mahu menggunakan komputer induk ataupun tidak mahu mengagih melalui network, masukkan Kaspersky Updater ke dalam USB Drive untuk mengagih kemaskini melalui USB.
No comments:
Post a Comment