01 November 2012

Pengalaman berubat dengan tunjuk ajar "Ghaib"

Pada Hari Raya Korban yang ke-3, aku gi lah melawat adik ipar a.k.a Acu di Pasir Mas dengar kata pada malam raya ke3 tu dia meracau yang pelik-pelik sehingga tidak kenal mak mertua aku dan semua adik beradik. Kekuatan dia pun menjadi luar biasa sehingga 4 orang lelaki berbadan besar pun tidak mampu menahan Acu. So petang tu selepas gi jalan-jalan ng wife kat KB di tengok dia, semasa tengok dia tu memang dia tak kenal dan asyik nak marah sahaja. Akak dia a.k.a wife aku pun dia tak kenal,asyik mintak Mak,mak,mak. 

Pada keesokkan harinya,seawal pagi lagi mak mertua aku dari Gerik pergi ke Pasir Mas bersama-sama dengan adik ipar lelakinya iaitu Pakcik Li(Cik Li) dan Cik Jama. Pada rancangan asal mak mertua aku nak bawa balik Acu lah sebab Wan(suami Acu) tak leh tinggalkan bersama-sama dengan mak&ayahnya. Acu jadi nak marah dengan mak&ayah mertuanya. Nanti takut Acu mencederakan mertuanya nanti.

Setibanya mak dan Cik Li dirumah Wan(Pasir Mas), mak terus gi jenguk Acu. Pada mulanya Acu kenal dengan maknya kemudian apabila dah tenang, Acu jadi tetiba tak kenal siapa maknya sendiri. Kemudian apabila nak bawa balik Acu kerumah,Acu tidak memegang erat dengan Wan sambil menangis,meraung dan menjerit. Macam-macam lagi. Kemudian kakak Wan tepun Ustaz dari Pusat Perubatan Islam Darus Syifa cawangan Pasir Mas. Setibanya Ustaz sampai dirumah Wan, Acu menjadi tenang dan bersiap-siap untuk pulang ke Grik,tapi perangainya betul-betul macam budak budak umur 4@5 tahun. 

Kemudian Ustaz menyoal serba sedikit kat Wan tentang Acu, kemudian memulakan perubatan dengan Acu mengadap Kiblat dan Ustaz berada dibelakang. Kemudian mulalah Acu merontak-ronta kesakitan apabila Ustaz membaca ayat-ayat Al-Quran. Aku,Wan, ank sedara Wan(lelaki),Cik Li,ibu mertuaku pakat2 memegang kaki dan tangan supaya tidak melompat keluar dan sebagainya. Ada satu scene "Benda" itu buat-buat pengsan dan tiba-tiba bangun. Kami pn terkejut beruk lah dan pegang balik 4 kerat anggota badannya.

Selepas selesai Ustaz tu transfer kepada Pusat Perubatan Islam Darus Syifa di Lundang,Kota Bharu. Petang tu sewaktu Maghrib,dengan izin Allah,Acu dapat berhubung dengan Moyangnya iaitu Radin Idris Bin Radin Jusoh(Nenda),melalui Acu/"Benda" itu berkata ada "Barang" yang ditanam dibawah pokok yang:

1)Tinggi tak tinggi
2)Rendah tak rendah
3)Daun sebesar tapak tangan

Kemudian Acu suruh tanya kakaknya/wife aku apa yang dia mimpi semalam. Kemudian kebetuan malam sebelum mak mertua aku sampai,wife aku bermimpi akan pokok nangka, seolah-olah ada sesuatu pada pokok nangka tu. Yang peliknya wife aku hanya bagitahu aku dan mak mertua aku jek pasal pokok nangka tu, tapi bagaimana Acu boleh tahu apa yang akaknya mimpi semalam. Pelik? Kemudian dia cakap bawah pokok nangka itu ada barang sebesar sepasang tapak tangan. Nak ambil itu ada caranya iaitu kena gali sambil pegang tongkat. Klu tak pegang tongkat tak akan nampak benda tu. Kemudian nak ambil kena pakai sarung tangan kuning dan hanya Acu dan Wan sahaja boleh ambil benda itu. Orang lain ambil,orang itu akan MATI. So decide balik esok terus gali dan ambil. Namun Nenda bagi kami tempoh 4 hari dan jika kami tidak mengambil pada hari terakhir Nenda sendiri akan pergi ambil. Bagaimana beliau akan mengambil,Wallahualam.

Malam tu aku bawak semua pergi ke pusat perubatan tu lah. Kot-kot ada sesuatu perubahan. Sewaktu menanti akan Ustaz Zaki tu ada laa scene yang kelakar kerana perangai kebudak-budakan Acu. Macam-macam gelaran dia bagi. Aku ng wife aku dapat gelaran Gemuk, anak saudara wan dapat panggilan Panjang. Huhu,macam-macam. Selepas selesai tu cam takde apa-apa jek. Kemudian masing-masing balik rumah.

Bukan gambar sebenar

Pada keesokkan harinya iaitu hari Rabu bermula lah bertolak dari Pasir Mas ke Grik,singgah sebenar kat Bukit Bunga. Kemudian apabila sampai tengok-tengok bawah pokok nangka sudah pun ada orang gali, memang terkejut lah. Check-check ada cebisan baju yang sudah bercampur dengan akar & tanah. Kemudian aku dan Wan pergi cari abg Ajis(abg ipar) kerana suruh dia jaga rumah agar takde orang gi gali malam tu. So memang dia jaga sampai kul 3 pagi. Rupanya-rupanya yg gali itu abg Ajis sdiri tapi dia tak nampak benda itu sebab dia tak pegang tongkat. Acu punya tutup mata dan dia dapat tahu bahawa benda itu dah ada orang ambil sekitar jam 5.00am. Kebetulan abg ajis bangun pada jam 5.30am untuk kencing. So pada ketika itu mungkin orang itu lalu ikut belakang dan terus korek dan dalam kelam kabut tertinggal cebisan kain buruk iaitu baju Acu yang telah lama tertanam.

Kemudian Acu cuba berhubung dengan Nenda,pada masa itu Acu kena marah dengan Nenda sebab tidak ikut katanya,Acu lihat muka Nenda merah padam sebab tak ikut arahannya, pastu tak ingat kat dia. Kemudian bila Acu cuba berhubung balik, Nenda sudah hilang. Kemudian aku tengok jam dan aku bagitahu kat Acu Nenda gi sembahyang Zohor. Jam 1:30 Acu cuba contact balik dengan Nenda dan Alhamdulillah dapat. Acu cakap Nenda gi sembahyang Zohor. :)

Kemudian Nenda berkata dengan air muka yang tenang dan sudah tidak marah. Nenda berkata Allah S.W.T tak izin lagi kami ambil walaupun diberi masa 4 hari. Sebab itu terdapat gangguan komunikasi antara abg ajis dengan kami. Mungkin abg ajis dengar suruh gali sikit-sikit takut-takut terjumpa. Kemudian nenda menyuruh kami 

1)Mengambil cebisan kain yang tidak sempat dilarikan pagi tadi,
2) Ambil akar pokok nangka pada 4 penjuru
3) Semasa mencangkul kena pakai tongkat,nak ambil kain dan akar pokok nangka hendak dibuat oleh Acu @ Wan
4) Letak dalam kain kuning dan balut. 

Gambar Hiasan

5) Kemudian bakar
6) Abu akar dan kain ditabur disekeliling pokok nangka sebanyak 3x mengikut arah tawaf. Yang mesti dibuat adalah tuan rumah iaitu mak mertua ku
7) Lebihan abu dicampur dengan air dan direnjis disekeliling rumah sebanyak 3x mengikut arah tawah. Hanya tuan rumah sahaja yang mesti lakukan.
8) Acara membakar mesti dilakukan selepas waktu Asar dan sebelum Maghrib
9) Apabila bahan-bahan didalam bungkusan kuning dibakar, Acu tidak lagi boleh keluar rumah selama 3 hari

Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan, pokok nangka itu condong sedikit seolah-olah cuba menjauhi "Benda" yang ditanam. Selain itu juga akar-akar pokok nangka ada yang berwarna merah dan ada yang seolah-olah sudah buruk dan tumbuh bunga. Macam akar kayu yang sudah mati. Sambil-sambil tu Acu ada cakap juga,ada orang dikawasan Grik akan meninggal pada keesokan harinya. Kami mula seram sejuk dah kerana Acu kata ada orang akan mati. Takde orang yang tahu ajal seseorang kecuali Allah S.W.T.

Nenda juga berkata, semua adik beradik Acu yang berada disekitar Gerik mesti datang untuk membaca Yassin,yang diluar kawasan boleh di abaikan. Seeloknya anak-anak saudara pun kena ada bersama. Setelah selesai semua,kami semua berkumpul untuk sembahyang Maghrib berjemaah dan selepas selesai solat Maghrib, kami dikehendaki membaca surah Yassin sebanyak 3x.

Acu berpesan sekiranya dia pengsan atau menjerit/meraung dia menyuruh kita menghabiskan bacaan surah Yassin sebanyak 3x. 


Kemudian bermula lah bacaan Yassin kami sekeluarga. Cik Li dan keluarga pun turut serta. 

Pada bacaan Yassin pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku,

Pada pertengahan bacaan Yassin kedua, Acu mulai pengsan dan pada akhir Yassin ke-2, tetiba bekalan elektrik terputus. Tiada hujan,tiada ribut tetiba bekalan elektrik terputus

Apabila menghabiskan Yassin ke-2,aku dan mak mertua aku pergi mencari torch light dan bernasib baik kerana aku ada membawa torch light yang diikat pada kepala. Mak mertua aku lak mencari lilin.

Aku mula rasa agak-agak takut kerana ini 1st time berlaku depan diri sendiri. Tangan ini terketar-ketar juga membaca surah Yassin. Seb baik laa aku membaca surah Yassin melalui HP dan lampu yang aku pakai tu aku supply kat 3 orang lagi. 

Apabila masuk ke bacaan Yassin ke 3. Tetiba bekalan elektrik kembali. Dan pada masa itu selesai membaca surah Yassin, Wan mengambil sedikit air bacaan Yassin dan menyapu pada muka Acu. Kemudian Acu sedar, Alhamdulillah.

Apabila selesai, Cik Li bercadang untuk membuat sedikit tahlil untuk arwah Nenda Radin Idris Bin Radin Jusoh. 

Dan selesai tahlil arwah beberapa telefon berbunyi dan ada berita buruk yang telah diterima dimana salah seorang penduduk Grik telah meninggal dunia. Orang kampung Padang Kunyit. Percaya atau tidak Acu telah memberitahu kami petang tadi bahawa ada orang akan meninggal esok.Namun itu adalah kerja Allah S.W.T dan yang penting Acu telah sembuh buat sementara waktu. 

Semasa Acu pengsan ketika bacaan Yassin ke-2 dia berasa seolah-olah ditarik oleh Nenda kemudian tongkat Nenda diletakkan diatas dada Acu. Dia juga kata hatinya telah dibersihkan oleh Nenda dan Nenda mengajak Acu untuk ikut Nenda bertemu Penciptanya. Namun Acu kata dia tidak mahu lagi mengikut Nenda. Nenda pun melepaskan tangan Acu dan kembali kejasadnya. Keadaan tempat itu adalah gelap tapi cerah. Cam mana tu ?

Nenda juga berpesan dia akan tolong mencari "Barang" yang selebihnya yang diambil orang pada pagi tadi. Jikalau semua "Barang" dapat dibakar, "ilmu bomoh tersebut akan berkurang dan orang yang mengupah akan mati. Namun hanya cebisan sudah cukup untuk membuat orang yang mengupah itu terasa panas.

Mungkin Allah S.W.T mahu orang itu hidup lagi dan memberi peluang untuk menginsafi diri. Sekiranya Allah S.W.T rasanya sudah cukup peluang yang diberi, maka "Barang" itu telah kami ketemui. 

Mungkin inilah cerita yang agak mengarut untuk para pembaca dengar tetapi inilah pengalaman yang dialami oleh saya sendiri. 

Semoga Allah S.W.T menjauhi diri kita daripada hasutan syaitan dan perkara-perkara yang memudaratkan diri. 

Wallahualam

No comments: