14 February 2013

Nabi Sulaiman A.S dalam Hadis Nabi



Rasulullah S.A.W bersabda "Suatu ketika dua orang ibu sibuk bekerja dan meninggalkan bayi masing-masing di tempat yang sama. Tiba-tiba, datang seekor serigala dan mengambil salah satu bayi. Keduanya pun bertengkar merebutkan bayi (yang masih hidup) Ibu yang lebih tua berseru, "Yang dibawa lari (serigala) itu anakmu!" Ibu yang lebih muda tak mahu kalah, Anakmulah yang dibawa lari!'

Keduanya, lantas membawa masalah ini kepada Nabi Daud A.S dan beliau memutuskan beliau bayi milik ibu yang lebih tua. Tak puas dengan keputusan tersebut, keduanya lalu menemui Nabi Sulaiman A.S. Ketika itu, Nabi Sulaiman A.S berseru, Pengawal, ambilkan pisau, biar aku belah bayi ini menjadi dua bahagian sehingga masing-masing ibu tersebut mendapatkan bahagiannya masing-masing dari anak ini. " Ibu yang lebih muda lalu berteriak mengalah". Semoga Allah mengasihi engkau. Biarlah bayi ini menjadi miliknya. "Akhirnya Nabi Sulaiman A.S memutuskan bahawa bayi tersebut milik (ibu yang lebih muda.)" (HR. Al Bukhari, Muslim, An-Nara'i dan Ahmad)



Rasulullah S.A.W bersabda, "Sulaiman bin Daud berkata,"Malam ini akan kudatangi tujuh puluh wanita sehingga masing-masing wanita akan mengandung bibit pejuang yang siap berjihad di jalan Allah." Sahabatnya kemudian berujar, Insyallah."Namun ia rupanya tidak jadi melakukannya sehingga mereka tidak mengandung kecuali satu orang wanita dan itu pun melahirkan anak yang pincang."

Rasulullah S.A.W lanjut bersabda, "Seandainya malam itu ia jadi melakukannya, maka mereka benar-benar akan berjihad di jalan Allah." (HR. Al Bukhari)

Diriwayatkan dari Aisyah RA, ia berkata, "Suatu ketika Rasulullah S.A.W datang dari perang Tabuk atau Khaibar dan waktu itu kotak batuku tertutup kain. Tutupi angin berhembus kencang, sehingga menerpa kain yang menutupi sehingga tersingkaplah boneka-boneka menjawab,"mainanku." Diantara boneka-boneka mainan tersebut beliau melihat kuda-kudaan bersayap dua dari kain tambalan, maka beliau bertanya, "Apakah ini yang paling tengah?" Aku menjawab 'Kuda.' Beliau lalu bertanya lagi, 'Apakah pula yang ia kenakan ini?' Aku menjawab, 'Dua Sayap.' Beliau lantas berkata,' Kuda bersayap dua!' Aku lalu menukas, Belum pernahkah engkau mendengar bahawa Nabi Sulaiman memiliki kuda-kuda bersayap?' Mendengar itu, beliau tertawa sampai gigi-gigi taringnya terlihat olehku." (HR Abu Daud)

1 comment:

Anonymous said...

Yang second tu salah.
Nabi Sulaiman a.s cuma tak mengucapkan Insya'Allah,tu pasal tak jadi. Bukan dia tak buat. Manusia patut tak takut dengan kebenaran dan takutkan Allah s.w.t... Bukannya takut manusia...Zaman dulu memang wanita ni sama taraf dengan pasu bunga..orang main tradeoff..ada yang dibunuh sebab tak cantik..nak sembunyikan kebenaran selama mana lagi??