26 May 2009

Edwin Mccain - I Could Not Ask For More

Title: Edwin Mccain - I Could Not Ask For More

Lyrics:

Lying here with you

Listening to the rain

Smiling just to see the smile upon your face

These are the moments I thank God that I'm alive

These are the moments I'll remember all my life

I found all I've waited for

And I could not ask for more

Looking in your eyes

Seeing all I need

Everything you are is everything to me

These are the moments

I know heaven must exist

These are the moments I know all I need is this

I have all I've waited for

And I could not ask for more

Chorus

I could not ask for more than this time together

I could not ask for more than this time with you

Every prayer has been answered

Every dream I have's come true

And right here in this moment is right where I'm meant to be

Here with you here with me



These are the moments I thank God that I'm alive

These are the moments I'll remember all my life

I've got all I've waited for

And I could not ask for more


Chorus


I could not ask for more than the love you give me 'Coz it's all I've waited for

And I could not ask for more

I could not ask for more

Download:

http://rapidshare.com/files/237299830/_Edwin_McCain_-_I_Could_Not_Ask_For_More.mp3

Kredit to Nadiyana & LeeSha for contributing this lovely song

Safe

apakah nama lagu ini?

http://rapidshare.com/files/236680813/SAFE__from_www.metacafe.com_.flv

aku nak upload kat utube xboleh pasal kes copyright...

24 May 2009

Tips Penjagaan Tayar Kereta

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Prhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

22 May 2009

So Many Things

Ada banyak perkara yang aku nak cerita, tp selalu kesuntukan masa... Cuma ini malam jek aku dapat bercerita tentang perkara yang lepas.

Semalam tetiba aku baik hati belanja semua orang. Belanja makan tenghari puak-puak consultant kat "Restaurant Palo Retok,Pasir Mas". Femes gak restaurant situ,situ habis kt2 RM32. Sambil2 makan tak perasan lak orang depan aku tu Datuk Husam Musa...keke...lapar bebenar sampai tak kenal orang. Lepas belanja makan tenghari, aku pn balik office. Habis jek office hour,aku belanja lak budak-budak office makan...Situ habis Rm72...total belanja makan Rm104...byk lak duit aku semalam... hehe. Mungkin semalam aku mimpi "Tentang Seseorang". Hehe

Kemudian pagi tadi aku beli lak Jiwang Torrent Flux yang bernilai RM50 per month. Berbaloi gak, upload rekod sepetang dekat2 6gig...giler...aku nk dpt 2gig sehari pn susah,ini kan sepetang boleh dapat 6 gig... haha...so tak rugi beli torrent flux nih...Rm50 per month. Download laju,upload pn laju pakai HFS....

Apa lagi erk nak cerita....banyak sebenarnya aku nak cerita,tp tak kesampaian...hehe. Lain kali lah...Tidow time

19 May 2009

Bahaya Pendingin Hawa Kereta

Bahaya menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.