1st time rasa makan tak lalu. Kelmarin ada buat solat hajat sempena mak ayah aku nak pi umrah pada 9/3 nie. So mak ayah aku nk ajak anak-beranak dan jiran terdekat untuk menunaikan solat hajat. Lauk selepas sembahyang tu adalah nasi putih, ayam berempah, ayam gulai, acar dll. Memang sedap makan semalam
Breakfast pagi tadi pn dengan lauk semalam, memang sedap gak.
Kemudian something happend on the way time aku balik kerja. Membuatkan aku berfikir yang amat panjang. Fikir benda negative. Sekali gus menghilangkan selera makan aku. Actually selera makan aku telah kekurang sejak beberapa hari, tapi hari ini ialah hari yang paling terus.
Bila makan nasi putih dengan ayam berempah, rasa tawar jek. Takde rasa apa. Walaupn hati susah, tp kita tetap kena makan. Kemudian bila aku minum air Coke rasa sedap. Sudah lama aku berpantang dengan air Coke. Aku anggap air Coke ini air beracun kerana air yang tidak elok untuk kesihatan.
Entah kenapa air beracun itu menjadi perangsang kepada selera aku malam ini.
Walaupn aku tulis status kat FB yang berbunyi " Makan nasi rasa tawar, minum coke rasa sedap". tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui betapa resah,susah gundah gulanah hati ini.