30 January 2013

18 Sebab Jin Merasuk Manusia : Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani




WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Mengapa Allah SWT Menciptakan Syaitan?

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." Surah Al A'raff : 27

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Surah Al-Baqarah : 168

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." Surah Al-Baqarah : 268

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." Surah An-Nisaa' : 
60

"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. " Surah Faathir : 6

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "Al Ma'idah :91






Mengapa Allah SWT menciptakan syaitan? Apakah syaitan ada dan diciptakan untuk menyerang manusia ?

Syerikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi menjawab, Jika tidak ada sesuatu yang mendorongmu untuk bermaksiat, maka ketaatan menjadi sesuatu yang biasa. Ketaatan menjadi sesuatu yang luar biasa dan besar kerana ada yang mengusik dan menggoda untuk melakukan maksiat, lalu godaan itu ditolak dengan berkata tegas, "Tidak!"

Jadi adanya syaitan adalah untuk meningkatkan suhu dalam menjalankan perintah dan mengimbangi keadaan penghambaan diri kepada Allah dengan sesuatu yang berasal dari ciptaan Allah. Jika tidak ada syaitan, maka ketaatan akan menjadi sebuah budaya yang membosankan. Kita, umat Islam, mungkin tidak pernah berfikir untuk makan daging babi. Namun pencegahan diri kita untuk tidak memakan daging babi ini sering timbul kerana tradisi dan rutin, bukan kerana kesedaran akan rasa takut dan penghambaan kepada Allah SWT. Pencegahan diri kerana kesedaran inilah yang diinginkan Allah, bukan kerana pengaruh tradisi dan rutinitas. Dengan kata lain, penghambaan yang sesungguhnya menescayakan adanya provokasi yang kuat untuk menempuh jalan kesesatan lalu kita berhasil menolak dan mencegah diri untuk tidak terpesona, mengenal pasti sikap permusuhan syaitan terhadap anak manusia. 

"Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita." Surah Thaaha : 117

Jadi, inilah pangkal taklif yang dibebankan kepada kita hingga Hari Kiamat, iaitu: perintah, larangan, dan peringatan diri akan permusuhan syaitan kepada manusia.

Hikmah penciptaan syaitan sebenarnya memiliki hikmah yang sama dengan penciptaan kejahatan. Allah menciptakan sebuah kejahatan di semesta ini tidak dimaksudkan agar kejahatan tersebut bermaharajalela akan tetapi Dia ingin menguji keimanan manusia dalam menjauhinya.

Pesan kejahatan di seluruh semesta memotivasi manusia untuk berbuat kebajikan. Melalui kejahatan, unsur baik boleh tetap bertahan di tengah-tengah unsur jahat. Setelah melakukan ujian makmal kerana takut tertular suatu wabak penyakit, kita biasanya akan memberikan suntikan antibiotik kepada orang yang steril dari wabak atau yang biasa dikenal dengan istilah serum kolera atau mikroba penyakit yang sedang mewabah? Agar kita memiliki sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit tersebut. Jadi, keburukan, itu meskipun tiada ada didalam diri kita, ia harus tetap ada untuk mempertahankan aktiviti kebaikan.

29 January 2013

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin


10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin



1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

07 January 2013

Kronologi Kes Mat Yo & PBNJ



Vs.

KRONOLOGI KES
NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA DAN
PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR

01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain

12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak

14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak

22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain

24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013

30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)

30.10.2012(tarikh sama diatas)
Surat daripada PBNJ kepada KAFA menyatakan minat untuk menggunakan khidmat Pemain dan persediaan menebus baki kontrak Pemain sebanyak RM 300,000.00

12.11.2012
Surat jawapan KAFA kepada PBNJ mengenai tawaran pemindahan Pemain yang memberi terma pemindahan Pemain termasuk MENYATAKAN JUMLAH bayaran perpindahan yang sanggup diterima oleh KAFA

16.11.2012
Surat jawapan daripada PBNJ kepada KAFA menolak jumlah bayaran pemindahan KAFA dan menyatakan persetujuan hanya untuk membayar RM 250,000.00 kononnya menurut Artikel 39.2 Peraturan
(Yg sebenarnya merujuk kpd BAYARAN PERPINDAHAN..bukan PAMPASAN penamatan kontrek)

22.11.2012
Surat daripada Tetuan Bustaman bagi pihak KAFA kepada PBNJ dan Pemain menyatakan sebab-sebab bagi menyokong jumlah bayaran bagi pemindahan Pemain kepada PBNJ dgn huraian terperinci

20.11.2012
Surat daripada Pemain kepada FAM meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalahnya dengan KAFA.

23.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan kepada KAFA mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM bagi membincangkan isu aduan Pemain yang dijadualkan pada 27.11.2012

27.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM pada 27.11.2012 membenarkan pemain daftar dgn PBNJ spt di persetujui kafa TETAPI NILAI BAYARAN dan PERPINDAHAN akan di tentukan setelah meneliti affidavit kedua pihak

30.11.2012
Notis Rayuan difailkan oleh KAFA kepada FAM bersabit beberapa keputusan yg tidak konsisten dgn prosedur
-
7.12.2012.
Petisyen Rayuan difailkan oleh KAFA dengan FAM secara resmi dan terperinci

3.1.2013
TSAM menjawab pertanyaan media mengenai status kes mat yo dgn me maklumkan kafa belum menerima apa apa bayaran lagi DAN berharap FAM bantu menyelesaikannya

4.1.2013
TMJ menyatakan akan bayar RM250 hari ini juga spt DIARAH OLEH FAM dan minta TSAM jgn berdrama dan bertindak PROFESIONAL

5.1.2013
TSAM mengingatkan presiden PBNJ supaya lebih cermat dlm membuat komen dan jgn menggunakan nama FAM kerana FAM belum membuat keputusan spt di dakwa

6.1.2013
Akhbar menyiarkan pengesahan FAM BAHAWA MRAT MENGENAI HAL INI BELUM DIBUAT DAN HANYA AKAN BERSIDANG PD HARI KHAMIS 10.1.13 dan Di sahkan ada 2 isu berasingan yaitu PERPINDAHAN dan PAMPASAN

7.1.2013
Kafa menerima surat peguam mat yo berserta bank draft RM250k kpd kafa dan kafa menyerahkan perkara itu kpd PEGUAM BUSTAMAN &co memandangkan FAM Belum membuat keputusan terhadap NILAI BAYARAN PERPINDAHAN DAN NILAI BAYARAN PAMPASAN PENAMATAN KONTREK..

Source : Facebook TS Annuar Musa

02 January 2013

Filem Terbaik & Terburuk 2012




Bukan mudah untuk memilih filem yang terbaik dan terburuk apatah lagi 2012 mempersembahkan begitu banyak filem yang sangat cemerlang dan sangat mengarut dalam masa yang sama. Namun begitu, kami telah memilih antara filem-filem yang kami anggapkan cukup kukuh untuk disenaraikan. Ada sesetengah filem seperti "The Hobbit", "Les Miserables" dan "Cloud Atlas" yang sudah memasuki carta di Hollywood tidak memasuki senarai kami disebabkan masih belum atau masih baru ditayangkan di pawagam. Ada pula filem lain seperti "Prometheus" dan "John Carter" yang tidak memasuki carta kerana terlalu banyak percanggahan akibat sesetengah penonton yang amat menyukai kedua-dua buah filem ini dan ada yang menganggap kedua-duanya filem yang teruk.

Ini pilihan kami. Apa pula pilihan anda?

Filem Terbaik 2012

Life of Pi

Apa yang boleh dibenci tentang filem arahan Ang Lee ini? Dari sudut sinematik, Life of Pi merupakan hasil yang indah, hebat dan menakjubkan dan membuktikan kekuatan Ang Lee sebagai seorang pencerita. Malah desas-desus mengatakan filem ini tidak mungkin tidak akan memasuki senarai pencalonan Oscar!

The Dark Knight Rises

Bahagian akhir trilogi Batman arahan Christopher Nolan ini mungkin tidak dapat menarik minat begitu ramai seperti filem sebelumnya, "The Dark Knight" (1998). Namun tidak syak lagi, dari sudut plot dan penceritaan, apatah lagi efek khas dan perkembangan watak, ia tidak kurang hebatnya. Malah interpretasi Nolan dan Tom Hardy untuk watak Bane sebagai antagonis yang punya visi dan misi menjadikan Bane antara watak jahat Batman yang terunggul.

Skyfall

Selepas kejayaan "Casino Royale" dan kekecewaan "Quantum of Solace", Daniel Craig sekali lagi menarik perhatian umum sebagai James Bond, kali ini melalui penciptaan semula watak ikonik tersebut di bawah arahan Sam Mendes. Sebagai sebuah francais, Skyfall juga berjaya menjadi sebuah filem aksi yang boleh berdiri dengan sendirinya. Malah, sekiranya ini bukan filem Bond, ia tetap boleh menjadi filem aksi yang mengagumkan. Kehadiran Javier Bardem sebagai antagonis Raoul Silva bagaikan bonus buat filem ini!

Chronicle

Chronicle merupakan antara filem yang anda tidak sangka akan menjadi sebuah filem yang hebat, tetapi anda akan terus menonton hingga ke akhirnya. Sekalipun dipersembahkan dalam bentuk found footage/sains fiksyen, Josh Trank tidak terpengaruh untuk menghasilkan genre seram, tetapi bertindak menghasilkan sebuah filem yang memaparkan elemen asal-usul kejadian adiwira dan antagonisnya, yang juga sebuah kisah tentang dua saudara/rakan karib yang menggunakan kuasa yang mereka dapati dalam dua cara berbeza disebabkan gaya hidup yang berlainan.

The Cabin in the Woods

Apa yang menarik tentang The Cabin in the Woods ialah Drew Goddard berjaya menjadikan filem ini lucu, aneh dan menakutkan dalam masa yang sama, tidak jauh bezanya dengan apa yang berjaya Sam Raimi lakukan dengan francais "Evil Dead" tiga dekad yang lalu. Bayangkan H.P. Lovecraft, Sam Raimi dan Sigourney Weaver disatukan dalam bentuk filem, itulah cara paling mudah yang boleh kami jelaskan.

The Hunger Games

Pada awalnya, ramai yang tidak punya kepercayaan terhadap adaptasi karya Suzanne Collins ini kerana umum tahu novelnya ditulis dalam bentuk monolog dan sudut pandang karakter utama. Namun begitu, pengarah Gary Ross berjaya menterjemahnya ke bentuk filem dengan lebih baik dan lebih mudah difahami penonton. Malah, lakonan Jennifer Lawrence yang cukup mantap sebagai Katniss sekalipun tanpa bantuan monolog (seperti dalam novel) dan hanya menggunakan penghayatan reaksi wajah menjadikan The Hunger Games satu pengalaman yang memuaskan.

The Avengers

Apa lagi yang boleh dikatakan tentang gabungan beberapa pelakon hebat yang melakonkan watak-watak adiwira Marvel kegemaran ramai? The Avengers telah pun menjadi tumpuan dan filem mesti tonton 2012 belum pun ia memulakan penggambaran.

Looper

Looper menggunakan tema jelajah masa yang agak klise dan membosankan, tetapi berjaya menjadikannya sebuah filem yang hebat dan inovatif - anda tidak pasti sama ada ia sebuah filem aksi, sains fiksyen atau drama tetapi ia memiliki kesemuanya. Sayangnya, filem arahan dan tulisan Rian Johnson lakonan JOseph Gordon Levitt ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sekalipun dengan kekuatan ceritanya.


Filem Teruk 2012

Filem yang tidak mendapat undian kami muncul dalam bentuk dan genre yang seakan sama!

Filem Pontianak 

"Abraham Lincoln: Vampire Hunter" & "Dark Shadows"

Idea Abraham Lincoln sebagai seorang pemburu pontianak memang menarik, malah ditulis dengan baik oleh novelisnya, Seth Grahame-Smith. Namun begitu, filem arahan Timur Bekmambetov dan terbitan Tim Burton ini terlalu serius membincangkan soal patriotisme dan perjuangan Lincoln sehinggakan anda sudah tidak pasti sama ada ini adalah filem fiksyen tentang seorang pemburu hantu yang kemudiannya menjadi presiden AS, atau cara bosan untuk menjadikan pengajian tentang falsafah politik Abraham Lincoln lebih menarik. Begitu juga dengan sebuah lagi filem Tim Burton, Dark Shadows. Ia mungkin menarik dan lucu pada setengah jam yang pertama, tetapi lawak yang sama diulang tayang berkali-kali selama dua jam menyebabkan anda mula mempersoalkan diri sendiri, sama ada anda ke panggung kerana filem ini filem berkualiti atau kerana anda ingin melihat Johnny Depp melakukan gelagat dan solekan anehnya. Mungkin Abraham Lincoln patut pancung Barnabas Collins dengan kapaknya.

Filem Adaptasi Permainan Video 

"Resident Evil: Retribution" & "Silent Hill: Revelation 3D"

Dua buah filem adaptasi permainan video yang tidak tahu bila masanya untuk berhenti. Retribution (Hukuman) dalam Residet Evil adalah menghabiskan sejam lebih di dalam panggung menonton francais yang tidak berkesudahan ini sementara Revelation (Pendedahan) filem Silent Hill pula adalah kesedaran para penonton bahawa mereka baru saja menghabiskan wang untuk menonton filem 3D yang tidak menakutkan atau pun memberi sebarang perbezaan sebelum dan selepas menontonnya.

Filem Snow White

"Mirror Mirror" & "Snow White and the Huntsman"

Dua buah filem tentang Snow White, dan kedua-duanya membosankan dalam dua cara yang berbeza. "Mirror Mirror" seolah-olah cuba memaksa anda menerima bahawa ini adalah sebuah filem feminisme, kononnya satu pembaharuan kerana Snow White juga seorang penentang dan bukan sekadar mangsa keadaan. Malangnya, ini bukanlah kali pertama seorang pengarah cuba memasukkan unsur sedemikian ke dalam filem. Lihat saja sebuah lagi filem Snow White, "Snow White & the Huntsman". Percubaan untuk menjadikan filem tersebut lebih fantastikal mungkin idealistik, tetapi jujur kami katakan, kita semua sudah tahu bagaimana kisah Snow White berakhir, menyebabkan keseluruhan plot hanya menjadi satu pengembaraan yang menarik bagi Snow White dan si Pemburu, bukan bagi penonton.

Filem Found Footage 

"The Devil Inside" & "Paranormal Activity 4"

Sudah tiba masanya untuk menghentikan, paling tidak pun, mengurangkan filem-filem genre found footage apatah lagi yang menggunakan tema pemujaan syaitan atau kerasukan. "The Devil Inside" arahan William Brent Bell tidak nampak seperti filem tetapi seperti cara mudah untuk mendapatkan keuntungan (siapa yang tidak suka filem genre found footage, kan?) dengan menggunakan bajet paling kurang dan gaya pengarahan yang paling malas. Hasilnya? Sebuah lagi karya tentang kerasukan dan aktiviti menghalau hantu. Manakala "Paranormal Activity" mungkin satu idea yang bernas suatu masa dahulu, tetapi kini tidak lebih dari sebuah francais yang tidak tahu bagaimana caranya untuk berhenti. Berdoalah ia tidak akan menjadi seperti francais "Friday the 13th", "Child's Play" atau "Nightmare on Elm Street".

Periksa Lama Sesawang / Website

Assalamualaikum,

Tips kali ni membongkarkan rahsia sama ada laman sesawang yg anda rasa rasakan down atau ader masalah mmg betul betul bermasalah ker atau ia berpunca dari PC/laptop anda. Anda leh masuk laman sesawang nie dan periksa:


Downforeveryoneorjustme

Contoh :

Contoh saya masukan

Kalau begini hasilnya bermakna website OK!!!!

Kalau begini hasilnya bermakna website TAK BOLEH GUNA!!!