30 December 2014

Banjir Terburuk Sejarah Negeri Kelantan. Disember 2014


Banjir terburuk sepanjang hidupku adalah pada 23 Disember 2016 dimana seluruh kelantan mengalami banjir yg teruk sehingga jajahan Gua Musang, Kuala Krai lumpuh sama sekali. Bencana ini hampir menyamai dengan Banjir Merah pada tahun 1967.

Pada ketika itu boleh dikatakan Kelantan belum maju dan sistem saliran belum ada lagi disekitar kelantan. Dikatakan dahulu banjir merah mendapat nama sempena banjir yang telah menelan sebuah bukit sehinggakan banjir dikawasan kota baru berwarna merah.

Dan kini banjir tersebut berlaku lagi namun sistem salirah telah dibina satu persatu. Kerja-kerja merawat cerun yg berpotensi runtuh pn telah dilakulan. Pada hari ini 25 Disember 2016, air banjir telah mulai surut disekitar Gua Musang dan Kuala Krai. Air banjir mula daripada sana mulai turun kebeberapa buah daerah seperti daerah Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.

Semasa petang tadi hajatku ingin lihat air yang naik disekitar kota bharu. Asyik dengan dilihat dikaca television hanya dgn 15minit rasa tidak cukup puas. So aku cadang nk keluar dengan anak saudara aku utk ronda-ronda lihat air. Sewaktu melalui jambatan sultan yahya petra, air mulai naik dan aku hanya melihat sekilas pandang. Sewaktu membuat pusingan dibulatan Pasir Pekan, aku dikhabarkan JKR telah menutup Jambatan Sultan Yahya Petra kerana salah sebuah pier (tiang) jambatan telah dilanggar oleh kayu balak menyebabkan tiang itu condong. So secara automatik jalan tersebut putus.

Aku jadi putus akal sekejap kerana dikhabarkan sebegitu. Oleh itu aku pn menelefon kepada adik ipar aku yg berada diTendong bertanyakan jalan kerana aku difahamkan jambatan tendong (Jambatan Ibrahim Ali,Pasir Mas) boleh digunakan. Apabila ku telefon dia kata suh singgah umahnya dahulu dan bila sampai dirumahnya dia menceritakan bahawa Jambatan Ibrahim Ali boleh digunakan tp laluan nak ke jambatan ditutup melalui tendong mahupun bandar pasir mas.

So nak tak nak kena berkampung dipasir mas semalaman. Pagi esok mesti kena mrh. Hhehehhe. So sekarang aku menulis blog ini didalam gelap kerana ditutup di PMU. Byk viral yang berlaku di whatsapp yg tidak betul. Tempoh hari kata TNB akan menutup semua bekalan api ke kelantan. Siap ada screenshoot daripada TNB Careline lagi. Bila ditanya sendiri dengan staff TNB dan staff ERT TNB dan pengurusi TNB kelantan sendiri berkata mereka tidak akan tutup kesemuanya. Hanya sebahagian kawasan akan ditutup. Kawasan yang betul2 ditutup adalah seperti kuala krai dan Gua Musang kerana bandar ditenggelami air. Kawasan seperti kota bharu, bachok, tidak akan ditutup kerana PMU berada dikawasan tinggi. PMU kota bharu berada dibelakang KBMC. Sekiranya air naik sehingga ke KBMC oleh oleh itu seluruh kota bharu akan bergelap.

Kawasan 50-50 yang akan bergelap adalah tanah merah, pasir mas, dan machang. Jeli dikhabarkan tiada lagi baniir dan air pn mulai surut. So penduduk jeli tidak akan bergelap alhamdulillah.

Sekarang jam 11.30pm aku mcn kedengaran kapal terbang dan helikopter yg terbang rendah bagi memberikan bekalan makanan kepada mangsa banjir. Terima kasih kepada yang membantu.