31 May 2010

Bulan Paling Banyak Habis Duit



Bulan Mei ialah bulan yang paling banyak aku habiskan duit. Duit gaji habis untuk bayar kereta,duit loan dan paling banyak aku habis bebelanja ialah percuti ke Sabah. Dah laa terlepas tiket kapal terbang gara-gara akak aku turun lewat dari umah. Lepas tu suh pulak aku berhutang,lantak lah...kira hutang itu susah nak bayar. Klu di paksa pn aku byr ansur2 selama setahun. Haha...bru padan dengan muka. Klu parent aku tau terlepas,memang gerenti dia kena marah ng bapak aku. Aku sah-sah tak kena marah sbb aku tukang follow jek... Haha

Kemudian sewaktu kat sabah hampir RM500 jugak laa aku habis duit untuk beli cenderamata dan barangan ke-2. Memang cantik,tp aku harap ianya muat pada suatu hari nanti. Ini ada beberapa gambar sewaktu aku bercuti di Kota Kinabalu



Berada dijeti sementara menunggu bot ke pulau-pulau Mamutik & Manukan


Welcome To Pulau Manukan. Pulau dia memang cantik dengan ikan-ikannya

Kejap lagi akan terjun ke dalam laut untuk snorkeling


Dapat makan lobster ini memang best. Rm25/100gram...Sape berani nk makan? hehe. Tapi kitaorang tak mkn pn sebab terlalu mahal...huhu. Tp aku makan ketam yang dipanggil Soft Skin Crab. Sedap,dengan kulit2 aku makan... hehe

Ini ialah hotel tempat aku tido. Boleh tahan laa murahnya klu nak berbanding dengan hotel yang lain-lain

Haaaa...dapat main Parasailing kat pulau Mamutik. Lepas ini tak nak main dah sebab tak best... hehe... Terasa diikut...klu terasa cm terbang tu best laa jugak. Hehe


Dah on the way balik ke pulau selepas penat snorkeling kt pulau2...



Tibanya aku kat LCCT...

Sampai jek LCCT flight seterusnya aku pulang ke KB pada jam 7.50 dengan flight AirAsia jugak...



21 May 2010

PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

20 May 2010

Al-Quran Penenang Hati

Hurm... Petang tadi aku berasa amat gelisah kerana aku terlupa untuk membuat bayaran gaji kepada sorang pekerja. Ada laa dekat dengan RM400. Betul-betul terlupa. Tuannya sudah pulang kerumah. Tapi supervisor aku kata tak mengape. Tapi aku berasa tak sedap hati yang amat. Rasa bersalah sebab terlupa buat gaji. Mesti dia maki-maki aku belakang sebab terlupa akan gajinya. Bukan sengaja.

Kemudian aku pun pulang kerumah dengan hati yang rasa bersalah dan gelisah. Sesudah bersihkan diri,aku bukak PC aku dan bukak Metacafe tengok apa application yang telah didownload. Aku bukak laa satu,ada iklan yang menarik dan sebagainya. Kebanyakan video kat Metacafe nie orang putih punya.

Kemudian aku buka satu video dan mendengar video dan hati ini terasa semakin tenang apabila mendengar video bacaan Al-Quran. Aku replay banyak-banyak kali kerana bacaan yang amat menenangkan jiwa aku yang tengah gelisah dan susah hati dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah...