Hurm... Petang tadi aku berasa amat gelisah kerana aku terlupa untuk membuat bayaran gaji kepada sorang pekerja. Ada laa dekat dengan RM400. Betul-betul terlupa. Tuannya sudah pulang kerumah. Tapi supervisor aku kata tak mengape. Tapi aku berasa tak sedap hati yang amat. Rasa bersalah sebab terlupa buat gaji. Mesti dia maki-maki aku belakang sebab terlupa akan gajinya. Bukan sengaja.
Kemudian aku pun pulang kerumah dengan hati yang rasa bersalah dan gelisah. Sesudah bersihkan diri,aku bukak PC aku dan bukak Metacafe tengok apa application yang telah didownload. Aku bukak laa satu,ada iklan yang menarik dan sebagainya. Kebanyakan video kat Metacafe nie orang putih punya.
Kemudian aku buka satu video dan mendengar video dan hati ini terasa semakin tenang apabila mendengar video bacaan Al-Quran. Aku replay banyak-banyak kali kerana bacaan yang amat menenangkan jiwa aku yang tengah gelisah dan susah hati dan sewaktu dengannya.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment