Hari Raya telah kembali lagi ... Seperti tahun lalu,aku beraya dalam kesedihan,kepiluan dan dalam tangisan. Tahun ini aku akan cuba beraya dalam gembira walaupn terasa sedikit sedih dan sedikit pilu dihati... hehe ... mana taknya pilu dan sedih dihati, beberapa hari nak raya aku mendengar lagu yang buat aku menitis air mata tahun lepas... terasa jugak sebak dihati bila mendengar lagu tersebut. Lirik dia juga mencerminkan keadaan hati aku tahun lepas. Lagu-lagu itu kedengaran di office tempat aku berkerja. Nak suruh diaorang skip,takut diaorang suspek something pulak...isk,biar lah lagu tersebut dimainkan ... Tapi bila mendengar lagu itu, sudah tiada air mata lagi,cuma terasa sebak dihati sahaja... Mau tak mau dengar jugak ... Pilu dan sayu dihati turut terasa bila tiada orang tersayang disisi ... ah, benda yang lepas biar lah lepas. Tapi kenapa aku rasa mahu mengungkitnya lagi. Seolah2 aku hendak ia kembali atau hendak aku memberitahu bahawa betapa kecewanya aku dengannya. Biar lah ia menjadi satu pengalaman yang 'menarik' dalam hidup aku ...
Tadi sewaktu aku berbuka puasa dengan 5 orang classmate aku pun terdengar juga lagu tersebut..aisey meng...pasal laa lagu tu tiap2 ari aku boleh dengar... Balik rumah takdep pulak aku pasang lagu raya..just pasang lagu2 biasa yang aku dengar sahaja ... hehe ... takde lagu raya lagik ....
Ada sorang kawan aku dia tujukan ayat yang berbunyi :
When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us..
Hahaha ... Yang nie memang aku perasang sangat pintu mana yang ditutup dan pintu mana yang tengah terbuka luas sekarang...Ada satu pintu yang sedang terbuka luas tapi aku tak mau.Ada 2 pintu yang terbuka sedikit,tapi cm nak tertutup jek..Pintu yang begitu yang aku mahukan. Tapi kena tunggu 2 tahun lagi adeh,baru pintu tersebut akan terbuka luas ... hehe ... sanggupkan aku menunggu ?
No comments:
Post a Comment