21 January 2010

Puaskah Siti Sayangku...?

Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004 - Biarpun ini bukan rekaan saya, namun saya berharap ianya akan memberikan manfaat buat kita semua. InsyaAllah

20 January 2010

Bahaya Posting Di Internet

Kalau dahulu, kita boleh posting apa sahaja yang kita nak. Boleh tulis apa sahaja yang kita nak,kiranya boleh luahkan segala pendapat kita di internet nih. Boleh posting kt blog,kat friendster,kat facebook dan sebagainya.

Tapi sekarang dh tak boleh dh nak tulis sesuka hati. Kiranya hajat kita untuk meluahkan pendapat dan perasaan sudah menjadi terbatas. Kalau tulis cm gini kt blog @ facebook, kena tangkap,kena masuk mahkamah,masuk jail dan sebagainya atas tuduhan yang macam-macam.

Baru-baru ini seorang pelajar ASWARA kena tangkap kerana membuat ugutan yg berbaur racist dan lain-lain tuduhan... Pelajar itu pn patut fikir gak apa yg perlu tulis. Sebelum ini pn ada penulis blog yang menghina instutisi diRaja,kena tangkap dan kena penjara. Aku pn rasa nak tulis jek pasal Raja aku nih, tp silap haribulan tak pasal-pasal kena tangkap dgn polis dan masuk penjara...so aku biarkan lah.

Sekarang dh tak boleh dh nk posting pendapat diri sendiri. Kalau tulis nanti dituduhnya mengancam keselamatan negara dan sebagainya. Hampes... Dulu aku selalu jugak baca blog sting, menarik...tp sekarang cm monotunes jek...a.k.a copy n paste... tp blog ayam serama aku masih sedap lagi dibaca... yg lain2 diaorang dh jarang update kot-kot kena tangkap atas tuduhan mengancam keselamatan negara... blog erni ng karl sememangnya dh bersawan...labah2 dh bercucu-cicit dh... hehe

08 January 2010

Very-very Tired WeeK!!!

Argh...very-very tired week. Hari yang starting penat ialah hari Ahad. Boss aku suruh aku gi Kuantan pada hari Selasa = 5/1/2009, jam 11.30am kerana ada site visit kt Kuantan untuk projek Pejabat Pencegahan Kastam. So aku planning untuk pergi lepas kerja sekitar jam 5pm. Last-last aku turun dari rumah jam 6pm. Dh laa hari kerja tersebut amat memenatkan. Penat kepala dok isi Borang SPK bergaban banyak.

Kemudian aku suruh driver aku bawak kete semampu yg dia boleh. Coz aku nak berehat... tp aku tak tido jugak dalam kereta tu...tgk cara driving. Agak mengong jgk laa driver aku bawak tu. Nk marah orgnya dh tua dh. Xmengape lah. Last2 lepas sikit dari kawasan PAKA kitaorang tukar,giliran aku drive dia lak tido, coz dia kata dia mengantuk dan dh tak boleh tahan dh. Time tu mata aku ok lagi laa,lom ngantuk tahap gaban lagi. So bawak laa dengan bantuan MAPKING di pda yang aku pinjam daripada abg aku. Hehe. Jalan memang ikut PDA tu,kalau sesat,memang sesat laa jawabnya. Hehe... Sebelum sampai tu aku dh call dh Hotel Seri Malaysia, Hotel Grand Continental, diaorang kata memang banyak kosong. Last2 aku gi hotel Vistana,sebelah Hotel Seri Malaysia. Sewa bilik untuk 1 malam sahaja. Nak jek aku gi Hotel M.S Garden, tp tak nampak lak hotel tu. Al-maklum lah,1st time aku smpi Kuantan selepas 14 tahun aku xgi kuantan. Hehe...

Kemudian sampai hotel, driver aku terus sambung tido dan aku mandi kejap dan terus tidow... Penat2....

Keesokkan harinya pulak aku gi stesen bas Pluslinear untuk ambil barang. Lepas ambil barang aku terus gi breakfast dekat Kilang Hume, Sedap gak nasi lemak kt situ... Pedas2 suam... hehe

Kemudian lepas makan tu aku gi cari kt mana JKR Daerah Kuantan. Last2 jumpa dan mmg JKR Kuantan pejabat yang hujung sekali. Hehe... Kemudian jam 11.30 gi site visit dan lepas site visit ingat nak jumpa ng Sting, siap tunggu bawah hotel dia lagik tu. Pastu sms tak balas, call pn xangkat... last2 aku chow lah. Terus balik ke kelantan... sok sek

01 January 2010

Happy New Year 2010

Copyed & Credited = StingraY