21 March 2010

My 1St/New Car


Akhirnya aku memiliki juga kereta sendiri. Susah lelah,penat simpan duit,akhirnya dapat jugak aku beli kereta sendiri. Duit sendiri,semua sendiri. Ini lah myvi aku. Myvi aku nie version Sxi. Kenapa tak beli yang Myvi SE terus? Well, aku ambil Myvi Sxi ini,sebab aku nak modd sendiri kereta aku.

Bila aku tanya salesman Produa,dia hanya kata yang beza Myvi SE dengan Myvi Sxi ini ialah accessori dia sahaja. Aku rasa,klu aku tambah sendiri,rasanya lebih jimat. Hehe. Tayar akan aku tukar kepada sport rim 16", nak tinted gelap sikit. Pastu nak add skirt,cari yang lawa sikit. Kemudian nak pasang "sayap" kiri dan kanan. Apa nama orang panggil aku pn tak tau. Hehe.

Ayah aku tak suka Myvi sebab dia kata Myvi untuk orang-orang muda sahaja. Dia beli Viva Elite. Aku tengok Viva Elite untuk orang-orang tua dh. Hehe... There are always pros and cons when buying a car. Hehe...

Ari tu paih tanya aku,kenapa aku tak beli vios terus. Ini jawapan aku.

1) Sayang aku nak bawak masuk vios baru masuk site yang jalan belum bertar lagi. Klu projek dh nak siap,boleh laa. Hehe
2) Gaji ciput jek walau pn mampu. Nak kumpul untuk perkara yang lebih penting. Hehe
3) Lagi kecik dari vios walaupn lagi jimat minyak. BTW,minyak kete aku disupport oleh company aku. Hehe...
4) Janji ada transport yang baru yang boleh membawa aku & "para penumpang" dari destinasi A ke destinasi B
5) Bila kawen nanti,just in-case bini takde kete,aku kasi kete myvi nie kt dia.Aku beli kete baru jek....Hahaha

Nak cerita,harga kereta ini ialah RM46,700.00. Tapi leh dpt diskaun dalam beberapa ratus jek sebab ayah aku penah beli dengan salesman ini jugak. Nak jugak mintak lebih-lebih,tp biar lah. Salesman pn bagus gak. Setiap bulan aku hanya bayar RM400+- jek. Jangan tanya berapa downpayment berapa dan aku buat loan dari EON Bank

Nak cerita tentang loan ari tu. Memula nak buat loan Bank Islam kat Kubang Kerian, Tapi punya laa susah nak buat loan. Kena tunggu hampir sebulan untuk tunggu jawapan. Last-last Pegawai Bank Islam cakap, KWSP aku tak tally dengan slip gaji aku. Hampeh sungguh,entah mana silapnya. Dulu pn memang susah nak buat loan kerete dengan Bank Islam. Lepas tu salesman tu cari bank lain sebab susah sangat,last-last jumpa EON Bank dimana interestnya sama tinggi dengan Bank Islam. Memula Pegawai EON Bank call aku untuk untuk kepastian, kemudian dia call office aku untuk kepastian bahawa aku bekerja disitu. Kemudian Pegawai itu call salesman bagitau loan dan approve. Salesman bagitau aku, 3jam jek dh boleh selesai urusan loan bank. Laju sungguh.

So,rasanya setakat ini dahulu edisi my new brand car. Nanti hujung bulan nie nak tambah beberapa accessory kt "bini" baru nih...hehe

1 comment:

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..keta baru...
waaaaaaaaaaa....ai je lom ada keta