30 June 2010

Amanat Cikgu Khoo

Sambil jalan-jalan kat blog kengkawan terdengar lak satu amanat daripada cikgu Khoo,mari sama-sama kita dengar




Sakit perut aku mendengar amanat cikgu khoo ini... Siap berpantun-pantun lagi nak bagi amanat. Good 4 you cikgu Khoo

Kredit to : tewe

Fitrah Manusia

Aku suka dengan perkataan fitrah manusia. Ianya membuat aku termenung sekaligus membuatkan aku lebih dekat dengan penciptanya.

Bila google bermacam-macam jawapan dihuraikan mengenai fitrah manusia.

29 June 2010

Uploader Pakai Kepala Lutut

Aku hangin betul lah dengan sesetengah uploader kat jiwang torrent nih. Yang menjadi masalah sekarang ialah bila dh download,kemudian bila nak play macam-macam ragam. Bila nak play sesuatu video download player itu baru leh play. Kemudian kalau download movie lain, xleh play lak, kena download player lain. Klu 10 movie kena play dengan lain-lain player cm mana ? tak ke hang pc tu?

Aku pernah sekali download file berbentuk PDF, kemudian bila nak bukak dengan adobe acrobat reader tak boleh. Bila bagitau tak boleh bukak, uploader kata suruh update adobe acrobat reader yang terbaru. Hampeh sungguh uploader sebegini. Bukan semua orang otai PC nih. Nak update acrobac reader yang latest kena bayar. Klu yang pandai sikit, boleh cari kemudian download yang ada crack. Klu yang tak pandai cam mana? Fikir laa sikit para uploader. Jangan fikir dengan kepala lutut.

Baru-baru ini aku ada download cerita gangster. Video memang menjadi, masalah subtitle lak. Bila download subtitle kuar subtitle cina. Lepas itu,uploader suruh play dengan VLC player lak. Satu hal pulak yang xde VLC player kena cari,download dan install VLC. Klu tak menjadi jugak uploader akan bagitau suruh update yang terbaru laa,itu laa ini laa. Pelbagai alasan diberikan apabila dia boleh play dan tangkap screenshoot. Uploader yang noob ini laa yg fikir dengan kepala lutut. Hanya nak kan ratio jek. Bukan nak support torrent jiwang

27 June 2010

Hari Pertabalan Member-Member

2 Minggu cuti sekolah telah berlalu.Time cuti sekolah ini laa ramai yang pakat-pakat nak kawen. Kali ini aku kena 6 jemputan kawen daripada kawan2 dan sanak saudara. Mau tak kena jaga perut yang makin membesar selepas setiap kenduri kawen. Hehe... Saje jek nak share sebagai memori kawan-kawan aku yang telah ditabalkan sebagai raja sehari. Hampir semua aku sempat snap gambar diaorang kawen laa. Takde laa giler sangat nak jadi fotographer. Hehe...


Majlis pertama yang ku hadiri ialah kawan classmate aku semasa belaja kt unisel dahulu. Aku panggil dia Ichah. Nama penuh aku tak ingat sebab complicated sangat. Hehe. Untuk pengetahuan semua, kakak dia mengajar satu sekolah dengan kakak aku mengajar iaitu Sekolah Menengah Long Gafar. Yang menariknya ialah, si Ichah nie kirim kad jemputan melalui kakak dia,so kakak dia pass lah kad itu kepada kakak aku untuk bagi kepada aku. Kira satu jemputan terhormat lah jemput melalui kad, bukan SMS atau khabar melalui kawan-kawan. Hehe... Yang menariknya ialah kad aku belum terima tapi aku dah pergi kenduri. Seb baik xde security cm VVIP pass...klu tak mmg nanya laa aku xdpt masuk. Hehe. Actually dia buat kat umah dia sahaja. Hehe... Kemudian pulak, yang menarik kakak dia tak jemput lak kakak aku pergi kerumah dia makan. Hehe...Memang lawak tul lah kitaorang...Main ciku cak cm tuu..hehe


Ini pula majlis perkahwinan classmate time sekolah lak. Ini hanya gambar aku ambik kat facebook kawan dia jek. Aku ada jgk snap dlm bilik pengantin tp entah kenapa tak menjadi. So what ever lah...Janji ada...hehe



Ini pn classmate aku jugak. Tapi lagi lama,classmate time sekolah rendah. Umah dia dekat jek dengan umah aku. Hehe...budak pandai nih...


And finally my best friend wedding kt batu gajah perak...Jauh tuh. hehehe... Aku turun dari umah seawal jam 5.30am. Kemudian subuh ditengah jalan. Agak mengantuk jugak laa drive awal2. Tp aku ada air nescafe sebagai air-back supaya tidak mengantuk. Malam tu ingat tak nak pergi dah sebab jauh sangat, pastu sesorang drive pulak tu. Aku tak risau sesat ke haper sebab aku ada GPS kat N97 mini milik ayah aku,aku pinjam dari kakak aku. Hehe. Kemudian tetiba hati ini rasa gi melencong ke arah lain jek instead pergi umah kawan aku. Kemudian pagi tu pergi laa lalu ikut Gerik. Memang hajat utama nak gi Gerik jek bila dapat cuti. Kemudian tengok keadaan kalau larat baru pergi Batu Gajah. Lagipn ini 1st time aku drive seorang diri dengan jarak perjalanan yang jauh jugak laa... hehe. Sampai jek ke Gerik, dpt laa jumpa "buah cempedak diluar pagar". Kemudian gi jalan2 kejap ng dia kemudian nak ajak skali gi Batu Gajah,tp maybe mak dia risau @ dia yg risau aku tak tau laa. Takut aku kiddnap..hehe... Takpe,aku mengerti. Hehe. Kemudian terasa tak letih sangat sebab, so aku pergi jek lah batu Gajah. Memula sampai tu aku dh tersesat dh majlis, sebab majlis perkahwinan tu dekat-dekat jek. Ada 3 majlis perkahwinan disekitar umah dia. Memula aku dah tersalah majlis lah. Dimana apabila aku sampai tu tengok semua kete xde no plate kelantan e.t.c. Tengok orang sekeliling aku tak kenal jek. Dengar cara percakapan pn takde yang lorat kelantan. Aku makin pelik. Kemudian aku call kawan aku rupanya aku tersalah majlis. Hehehe...So aku pn cari2 terjumpa jugak. Seb baik tak masuk lagi dalam. Hehe...

Apa pn aku ucapkan tahnniah kepada kawan-kawan aku semua





24 June 2010

Penjara Pudu Rebah Kebumi

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Tiba detik 10 malam Isnin, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama mendapati, proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan malam esok, Isnin pada pukul 10 malam.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Menurutnya, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya.

Chew Chong Huai, 52, berkata tindakan tersebut amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya.


20 June 2010

Mengape Perlu Berkahwin [Tazkirah]

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :


Nabi melarang daripada hidup membujang.

(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :

"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.

(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :

"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.

(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".

(An Nur : 32)

Kredit to : oislabeb @ jiwang.org

15 June 2010

Just For Laugh

DON’T LOOK AT NAKED LADY
Boy 1: Why do you run from a naked lady?
Boy 2: Becos my mum said that if I look at a naked lady, I’ll turn into stone. A part of me is getting hard already!

NAMES OF WIVES
A malay man had 4 wives, and he called his…
4th wife….. baby doll
3rd wife….. china doll
2nd wife…..barbie doll
1st wife….. panadol !

HOW INDIA GOT ITS NAME
This is how India got its name…..
The king was having sex with his mistress while thinking a name of his country and his mistress ask him “is it In Dear?”…

RESEARCH FINDING
Research shows men are fatter than women because
every-night men get fresh milk & 2 papayas
women only get 1 banana, 2 peanuts & 1 tea-spoon of starch!

ARAB MAN
An arab was being interviewed at a US checkpoint.
‘Your name pls.’?
“Abdul Aziz ”
“Sex? ”
“Six times a week!! ”
“No, no, I mean male or female! ”
“Doesn’t matters, sometimes even camel !”

SERVICE
Sex is like a restaurant.
Sometimes you get full satisfactory service, and sometimes you have to be satisfied with self-service”

HAPPY MAN
What makes a happy man?
Daughter on the cover of cosmo.
Son on the cover of sports illustrated.
Mistress on the cover of playboy
and .. Wife on the cover of “missing persons”

SWIMSUIT
Why was the 2-piece swimsuit invented?
To separate the HAIRY section from the DAIRY section.

GOOD AMBITION
Teacher: What do you want to become?
Little Johnny: Doctor !!
Teacher: Why?
Little Johnny: Coz its the only profession where u can tell a woman to take off her clothes and ask her husband to pay for it.

DENTIST
Woman complaining to dentist: “It’s so painful, I’ll rather have a baby than have a tooth removed.”
Dentist: “Make up your mind soon, I’ll adjust the chair accordingly.”

VIRGIN
Old lady, 85, a virgin, about to die. wanted her tombstone to read :
BORN A VIRGIN, LIVED A VIRGIN, DIED A VIRGIN.
The engraver shortened it to: ” RETURNED UNOPENED ”

OLD MAN AND YOUNG GIRL
75 yr old man got married to a 15 yr girl.
On their first night both were crying – why???
Coz she didn’t know anything, and he had forgotten everything.

11 June 2010

Urat Mata Kanan Bergerak

Ahad baru-baru nie 6/6/2010 aku bangun awal pagi. Sebab nak pergi kerja. Kemudian lepas mandi haper aku dapati Urat disekeliling mata kanan aku bergerak2 tanpa sebab. Orang kata kita akan jumpa orang yg dah lama tak jumpa. Ada kebenaranya tapi tiada bukit yg sintifik.

Kemudian petang tu aku pergi laa kenduri kawan sekelas aku kat Pasir Tumbuh. Dia memang undang aku dengan yang lain-lain. Sewaktu planning aku akan pergi bersama Mira dan jumpa kat Station minyak Shell sebelah Istana Kelantan. Tapi dia sms aku tak dapat pergi kerana emaknya sakit,so tak mengape lah kalau gitu. Aku pergi sorang2 jek lah. Lepas waktu kerja sekitar jam 5pm, aku terus pergi ke Pasir Tumbuh untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku. Seb baik time tu dah tak ramai orang dh yang datang. Leh makan banyak sikit.

Aku pn sampai kt umah kawan aku dan sewaktu aku sampai tu, aku tengok seorang pakcik. Dia tengok aku,aku tengok dia. Dalam hati aku,adakah aku kenal pakcik ini? Dia senyum kat aku jek nih. Dia pn tegur aku, "Dah lama ke sampai". Kemudian bru aku teringat dan syak something..Dia ini ialah

Bapak kepada Ex-GF aku yg telah tinggalkan aku 3 tahun yang lalu.

Aku pn mulai rasa tak senang duduk sebab selama ini aku sentiasa mengelak daripada melihat diaorang. Klu korang nak kata aku ini jahat ke haper ke,sukahati korag lah kerana aku merasa benci apabila melihat diaorang dan benci kerana apa yang mereka telah buat kepada aku 3 tahun lepas. Dan still membara dalam hati ini. Sebab itu apabila aku balik kerja, lalu depan umah diaorang,aku tak pandang langsung umah diaorang. Coz i really hate them. Honestly,even it has pass over 3 years.Seperti yang Hakita bagitau aku, kalau sesuatu perhubungan tak menjadi, men take the blame 100%. Sampai sekarang aku masih terasa semua kesalahan-kesalahan seperti setia disaat akhir,menjalankan hubungan yang serious dan sebagainya aku seorang yang tanggung. Hampir gila aku dibuatnya. Namun aku semakin pulih disebabkan DIA...

Back to our short story, aku yang sampai dahulu,kemudian diaorang smapai. Aku ambil laa makanan dahulu, dan duduk, kemudian bapak ex-gf aku smpi dan tegur aku. Dia pn ambil makanan dan terus datang duduk disebelah aku. Dalam hati aku,marsyallah,kenapa laa dia perlu datang duduk disebelah aku. Tempat lain kan kosong,aku sudah tiada kaitan dengan korang. Dalam saat itu, aku menjadi serba salah antara Menghormati Orang-Orang Tua dan Membenci Bekas Bakal Mertua aku terdahulu yang telah buat aku merana sampai sekarang. Tapi sikap aku yang Menghormati Orang Tua mendahului sikap benci aku terhadap mereka,mengatasi segalanya2. Walaupn aku hanya bertanya 1 soalan sepanjang 30minit duduk bersama, tp aku tetap dingin dengan diaorang. Lepas makan dan minum,aku terus menghulur tangan aku bersalam untuk minta diri. Klu aku ini menjadi kurang ajar sesangat memang aku dah tak salam dah dengan diaorang.Aku blah cm tu jek.

Lepas salam,aku pn salam dengan abg dan bagi senyuman kambing masak gulai kepada mak ex-gf aku. Kemudian aku masuk dalam umah dan jumpa classmate aku....kira tunjuk muka laa sebelum balik. Tanda aku datang kerumahnya. Lepas tu aku pn blah cepat2...Namau lagi aku jumpa dengan orang tua....

Memang betul juga orang-orang tua kata kalau Urat mata kanan bergerak tanda akan berjumpa dengan orang yang jauh, tp bukan mereka yang aku nak jumpa. Mereka yang aku benci

07 June 2010

Balik Pukul 2,3 pagi!!!

Tadi on the way aku balik ke rumah,ada laa aku dengar satu radio x-fresh kot. Satu rancangan mengenai ala-ala nak kenakan orang laa.Tapi bukan rancangan mengenakan masyarakat,tp mengenakan pasangan orang yang bercinta, ada pakwe dan ada makwe dan ada Dr. Love sebagai pemain peranan mengenakan dengan orang tersebut.

Yang menarik perhatian aku tentang rancangan ini tadi, Dr. Love mengaku abang kepada seorang makwe, so kira Dr. Love ini call pakwe dia ini nak warning ke haper benda aku pn tak tahu laa...katanya pakwe dia nie bawak balik awek dia sampai kul 2@3 pagi. Kemudian si pakwe itu pn balas balik laa,selama ini mak bapak dia tak bising, abang dia pulak yang bising. Si pakwe ini sebenarnya panas baran. Time tepon bunyi cm gengster jek,cakap "Lu","Gua" dan sebagainya...

Yang membuat aku termenung, orang zaman sekarang dah tak seperti orang zaman dahulu. Kemana hilangnya sikap orang Melayu kita. Bawak kuar awek sampai pukul 2,3 pagi. Parent pulak tidak peduli anak perempuannya kuar sampai kul 2,3 pagi. Jikalau perkara ini benar-benar berlaku, dan aku percaya perkara ini betul-betul berlaku dikalangan masyarakat kita, apa yang akan terjadi? Pakwe melawan balik kata-kata abg makwe ini. Elok kah orang ini dijadikan pakwe seterusnya dijadikan suami? Adakan makwe ini hanya mahu setakat pakwe-makwa...tidak mahu sampai ke jinjang pelamin?

What happen to our culture?

06 June 2010

What Happend To Our Friendship

Tibanya hari pertabalan member-member menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing-masing. Aku bukan nak cerita tentang pasal pertabalan,cuma aku ingin meminta pendapan para bloggers kita apa yang patut dan apa yang tak patut. Ini berkenaan tentang jemputan majlis oleh orang ke-3

Al-kisahnya begini laa...aku ada laa sorang member yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 6/6/2010. So dia mintak laa tolong aku bagitau kepada member-member sekelas supaya hadir ke majlis perkahwinannya. Just in-case ada kawan-kawan lama yang telah lost contact dia nk jemput jugak lah. Kawan aku ini ada bernama Fadzilah...betul ke nama dia nie atau nama Fadilah.Tp aku panggil Dillah jek senang...lantak lah,hehe...

Kemudian aku send laa sms kat member-member semua,ada yang kata akan pergi dan ada yang kata tak dapat pergi walaupn tak dijemput oleh tuan empunya sendiri kerana urusan peribadi.Itu tak mengape laa...

Kemudian ada sorang kawan aku nih, headclass time sekolah menengah jugak laa,terkejut gak aku dgr jawapannya. Dia kata dia tak nak pergi sebab tuan empunya tak jemput direct kepada dia. Dia kata dia malu laa sbb Dillah nie tak jemput dia,tp hanya jemput aku jek. Wahal,kawan aku dilah nie,xde contact dengan Headclass aku nih,klu ada contact tu pn wallahualam laa.

So,persoalan aku sekarang nie, kenapa jadi cm ginie? Kawan-kawan sekelas masa sekolah menengah,tp tidak mahu pergi kerana tidak dijemput secara terus...tapi kawan-kawan aku yg lain beriya-iya nak pergi walaupn dijemput oleh 3rd party. Tapi kalau tak bagitau pulak, nanti kata "Sampai hati kawen tak bagitau langsung,sampai hati tak jemput" Tapi bila dh dibagitau kemudian dijemput,kata cm tu pulak. Adakah ini alasan korang tak nak pergi kemajlis pertabalan member-member @ korang pernah suatu masa ketika dahulu ada scandal?

01 June 2010

he Dangers of Using a Debit Card

Consumers need to be particularly careful during vacation season because identity thieves come out in droves. That makes it pivotal that consumers keep their debit cards on ice, said Beth Givens, director of the Privacy Rights Clearing House and one of the nation's foremost experts on keeping your private information private.

What makes debit cards so dangerous? Givens has so many reasons, her organization has put out an exhaustive fact sheet on whether you should use cash, credit or debit cards when shopping. (The report also explains the shortcomings of gift cards.)

Here's the short version of the dangers of debit:

1. Loss Limits

Like credit cards, federal law limits your liability for fraudulent transactions on a debit card to $50. But that's only if you notify your financial institution within two days of discovering the theft. If you're a space cadet and don't check your bank statements for a couple of months, you could lose everything.


2. Pay Now/Reimburse Later

If someone has fraudulently used your credit card, you don't have to pay the charge. But when somebody has fraudulently used your debit card, the money comes directly out of your account in real time. That means you're out the money while the bank does a leisurely examination of their records to investigate your fraud claim. Many consumers complaining to Privacy Rights Clearing House said they lost access to their funds for several weeks. In the meantime, they were caught short and unable to pay their bills, Givens said.


3. Merchant Disputes

The same problem affects merchant disputes. If you pay with a credit card when ordering something online, and that product comes damaged, broken or not at all, you can dispute the charge and stop payment with your credit card. If you used your debit card, the charge is paid when you made the order. By the time you find out the goods weren't what was advertised, the merchant has your cash and you're in the unenviable position of having to fight to get your money back.

4. Phantom Charges

If you use a credit card at a hotel, the hotel takes an imprint when you check in, but doesn't charge your card until you check out. It's a far different story with a debit card. Generally, hotels will put a “hold” on funds in your account for more than you're spending. Yes, more. They hold the full amount of your stay, plus an estimated amount for “incidentals,” such as meals at the hotel restaurant and dipping into the mini-bar. This is not an actual charge–the hold will come off your account at the end of your stay. But it affects the available balance in your checking account anyway and can lead to overdrafts. One consumer said these phantom charges cost him $140 in overdraft fees. These “holds” are commonly placed on debit card transactions made at hotels, gas stations and rental car companies.

5. Overdrafts, Overdrafts and More Overdrafts

Overdraft charges have been soaring in recent years and the vast majority of consumers who pay them explain that their overdraft was the result of a debit card transaction. Many consumers naively assumed that if they didn't have sufficient funds in their accounts, their bank wouldn't approve a debit swipe. But they were wrong. The result: a $4 coffee could trigger a $35 overdraft fee. Government regulators are reigning in these fees by demanding that banks give consumers a chance to “opt out” of automatic overdraft protection, but that doesn't start for existing accounts until August. (If you have a new account, it's starts in July.)

6. Skimming

Financial crooks have gotten sophisticated in recent years and are using “skimming” machines to read your card data and charge your account, Givens said. When your debit card is skimmed, your bank account can be drained before you know that you've been had.