Mula-mula ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya, Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Pada hari raya ke-2 saya dan isteri melawat ketanah perkuburan ayah mertua. Menghadiahkan bacaan Yassin dan lain-lain bacaan arwah semoga rohnya selamat dari siksaaan kubur.
Bila terkenang akan alam kubur, teringat akan salah seorang Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijamin masuk Syurga kerana amalan dan pergorbanannya terhadap agama Islam, pun menangis ketakutan dengan azab di alam kubur. Jikalau semasa dialam kubur, kita selesa, mana senanglah kita bila berada di akhirat nanti dan bila kita diazab didalam alam kubur, maka susahlah kita apabila berada diakhirat nanti. Alam kubur adalah satu tempat perhentian untuk manusia berehat sementara menunggu hari Kiamat @ hari Kebangkitan dimana seluruh manusia bermula manusia pertama iaitu Nabi Adam hingga penghujung manusia iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W dibangkitkan di Padang Mahsyar.
Apa yang saya perhatikan kita selamber sahaja melakukan perkara bid'ah semasa melawat ke kubur tanpa mengambil pengajaran dan beristigfar kepada Allah S.W.T. Salah satunya yang biasa kita percaya adalah apabila kita menyiram air keatas kubur jenazah, dipercayai akan menyejukan mayat arwah. Persoalannya adakah mayat arwah akan sejuk pada tenghari pada keesokkannya dan adakah mayat arwah akan sejuk juga kita menyiram sedangkan semasa hidup, arwah banyak melakukan dosa,maksiat dan ada sesetengah mati semasa syirik kepada Allah S.W.T ? Pakat-pakat renungkan.
Baru-baru ini saya mendapati ada kepercayaan baru mengatakan jikalau meletakkan batu keatas kubur akan memberatkan mayat arwah? Didalam hati saya, jika amalan yang banyak semasa didunia, walaupun lori lalu diatas kuburnya akan ditambung dengan amal ibadat semasa arwah masih hidup. Tanamkan didalam hati Allah Maha Adil,bukan sekadar dimulut,tapi dihati.
Kita ikut lah cara Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana baginda mengkebumikan umatnya. Baginda meletakkan batu-batu diatas kubur arwah dan memacak pelepah daun kurma jika saya tidak tersilap. Apa khasiatnya, kita tidak mengetahuinya tapi saya percaya apa yang Rasulullah buat adalah bukan perkara yang sia-sia. Baginda mesti tahu apa yang baginda buat akan diikuti oleh umatnya dan baginda mahukan umatnya dirahmati oleh Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment